Wednesday, March 2, 2011

Tergamakkah Suhaimi Derhaka (ADUN Seri Muda) Buat-Buat Pejam Mata?

Lanjutan dari isu gerai yang hendak dirobohkan yang saya highlightkan di SINI, beberapa perkara yang harus diambilkira oleh pihak berkuasa negeri, sebelum sebarang keputusan dan tindakan dibuat keatas gerai tersebut.

Pertama, kedudukan Jalan Anggerik Tania yang telah menceroboh zon tanah rezab Melayu di Kg Jalan Kebun. Oleh itu mesti ada usaha untuk menganjakkan Jalan Anggerik Tania tersebut ke kedudukan asal iaitu di tanah milik pemaju.

Kedua, latar belakang dan asal usul Kg Jalan Kebun harus diambilkira. Seperti yang sedia maklum, Kg Jalan Kebun merupakan perkampungan tradisi sebelum dimasukkan kedalam pentadbiran MBSA. Oleh yang demikian, layanan secara adil harus diberikan kepada penduduk asal untuk turut sama menikmati kemajuan di kawasan kejiranannya. Oleh itu, peluang untuk menambah rezeki dan mengubah cara hidup mereka wajib diberi keutamaan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri.

Ketiga, hak penduduk asal Kg Jalan Kebun mesti dikembalikan dengan kaedah kerajaan negeri mesti mengambil alih semula keseluruhan kawasan yang diceroboh dan digunakan untuk membina Jalan Anggerik Tania. Seterusnya memberi peluang kepada penduduk asal Kg Jalan Kebun untuk menerima tempias dari pembangunan di kawasan sekitarnya.

Keempat, merobohkan gerai tersebut bermakna kerajaan negeri gagal untuk menyediakan "padang permainan yang rata" untuk penduduk kampung tradisi berbanding kawasan elit yang menjadi kawasan kejiranannya. Justeru ini akan membentuk keadaan "Antara Dua Darjat" di kawasan tersebut.

Kelima, jangan biarkan penduduk asal Kg Kebun terkial-kial untuk survive dalam kehidupan mereka.

Dalam hal ini, kalau Suhaimi Derhaka gagal menyelamatkan gerai tersebut bermakna beliau sengaja memejamkan mata terhadap isu sebenar disebalik isu gerai tersebut.

No comments: