Saturday, September 22, 2012

"You believe me, paling-paling lewat parlimen bubar pada Jun 2013" - Pengerusi SPR


Secara berseloroh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya mengatakan bahawa paling lewat parlimen bakal dibubar pada Jun 2013.

Hakikatnya, itu adalah berdasarkan pembubaran automatik dengan andaian tiada sebarang nasihat PM kepada Yang Dipertuan Agong.

Dalam sidang media yang berlansung semalam, Pengerusi SPR turut mengingatkan bahawa kuasa pembubaran parlimen dan DUN adalah dibawah kuasa Agong dan Sultan-Sultan.

Jadi dalam merujuk kepada kes Selangor yang berhasrat mengadakan pilihanraya berasingan bukan dibawah kuasa Khalid Ibrahim, apatah lagi Anwar Ibrahim.

Khalid Ibrahim Terjebak Dengan Desakan Rakan-Rakan


Ogos lalu, sebuah memoir MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah dilancarkan. Menurutnya, buku ini terhasil ekoran desakan rakan-rakannya supaya menceritakan pengalamannya dalam dunia korporat.

Kejujuran Khalid dalam menceritakan pengalamannya begitu terserlah. Khalid tanpa sedar mengakui bahawa ia membesar dalam suatu sistem pentadbiran yang adil, yang seterusnya memberi ruang kepadanya dapat menaiki tangga korporat secara saksama, meskipun berasal dari kampung.

Jodol memoir Khalid sudah cukup untuk memperakukan, keadilan sosial yang terjamin di negara yang ditadbir oleh BN sejak tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957. Memoir Khalid berjodol "Fearless : From Kampung Boy To CEO".

Dari segi politik pula, meskipun Khalid adalah MB pertama dari PKR, namun beliau telah meletakkan dirinya sebaris dengan bekas-bekas MB BN yang berasal dari kampung seperti Dato' Hormat Rafie, TS Muhammad Mohd Taib, TS Abu Hasan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.

Keadilan yang terbuka luas, membolehkan Khalid dan MB-MB terdahulu boleh duduk sebaris dengan anak-anak bangsawan seperti DS Najib dan DS Hishamuddin Hussein.

Dimana kepincangan sistem di Malaysia dibawah pentadbiran BN?

Friday, September 21, 2012

Dr Hasan Ali Mulakan Raptai Berucap Di Pentas BN Sebagai Persiapan PRU13


Menatap gambar di atas, seolah-olah ia adalah sesi raptai Dr Hasan Ali berucap di pentas BN.

Berucap di atas pentas van UMNO, dengan bendera BN yang terpampang, sudah cukup untuk menggambarkan Hasan sudah cukup bersedia untuk berkembpen untuk BN dalam PRU13.

Dengan gerak roadshow atas tema 'Selamatkan Akidah' melalui NGO JATI, Hasan sering menyerang parasit-parasit dalam PAS, disamping kecaman-kecaman terhadap PKR.

Hasan acapkali menyebut jangan undi parasit-parasit dalam PAS dan PKR, tetapi belum pernah merayu rakyat mengundi pihak mana?

Dengan kerelaan Hasan berucap di pentas BN, maka mulai hari ini bolehlah Hasan 'mengasah lidah' untuk menyebut "UNDILAH BN".

Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim Telah Menyaksikan Sendiri Kemusnahan Bangunan Yang Dibina Pengamal Seks Luar Tabii


Khutbah Jumaat di sebuah masjid di Daerah Klang tengahari tadi mendedahkan bahawa Rumah Anak Yatim Batu 14, Hulu Langat yang ditimpa musibah tanah runtuh pada 21 Mei 2011 sebenarnya diasaskan oleh guru ajaran sesat dan pengamal seks luar tabii.

Sebahagian dari teks khutbah yang bertemakan "Penyelewengan Ajaran Jurozon" boleh dibaca di SINI


Sebelum ini memang telah kedengaran desas-desus berkenaan hal tersebut, namun perkara ini telah dinafikan oleh pihak-pihak berwajib.


Mengimbas kembali kepada peristiwa berkenaan, MB Selangor Khalid Ibrahim yang ketika itu berada di luar negara, hanya mampu berkunjung ke lokasi beberapa hari selepas kejadian.

Anwar Ibrahim turut hadir bersama Khalid dan telah meninjau dengan mata kepala sendiri akan musibah yang menimpa rumah anak yatim yang diasaskan oleh pengamal seks luar tabii berkenaan.

Latar belakang dan ciri-ciri ajaran sesat ini boleh dirujuk di SINI.

PKR Diambang Kejatuhan - Tian Chua Mula Gerakan Sondol Anwar


PKR diambang kejatuhan.


Naib Presiden PKR Tian Chua memulakan gerakan halus untuk menjatuhkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Beliau telah menyebarkan Anwar bersama pemimpin-pemimpin PKR dalam penerbangan dengan sebuah jet mewah.

Dalam kata lain, PKR kini bukan parti marhaen dan memperjuangkan rakyat. Sebaliknya, sebuah parti mesra businessman.

Thursday, September 20, 2012

Bila Anwar Ibrahim Berperangai Lebih Teruk Dari Kassim Baba


Bila diamat-amati, perangai Anwar Ibrahim lebih teruk dari Kassim Baba (dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok).

Kassim Baba mencemburui adiknya sendiri yang bernama Ali Baba.

Seperti Kassim Baba, Anwar mencemburui Ali Babacan.


Pejabat Ketua Umum PKR sibuk dua tiga hari ni. Sibuk kerana perlu memberikan laporan langsung kepada Anwar mengenai program/aturcara lawatan Timbalan Perdana Menteri Turki ke Malaysia. Anwar mahu tahu siapa, apa dan sebarang info yang dibincangkan oleh Ali Babacan dan pemimpin Malaysia.

Malahan, ada cubaan Anwar untuk membeli informasi daripada beberapa pegawai kerajaan yang terlibat. Apa yang Anwar risau dan desperate sangat? Apa yang Anwar nak tahu sangat? Khabarnya, yang paling Anwar risau adalah pertemuan Ali Babacan dengan Tun Mahathir yang berlaku di Menara Kembar Petronas.

Anwar cuba juga untuk mendapatkan maklumat tetapi gagal. Ali Babacan dikatakan banyak meminta pandangan Tun mengenai kedudukan Turki di dalam negara Islam pada ketika ini. Tun sendiri dikatakan sangat kagum dengan pencapaian Turki.

Baca keseluruhan cerita di SINI.

PM Najib Hampir Pasti Tak Pilih November 2012 Sebagai Tarikh PRU13


Teka-teki tarikh PRU13 semakin terbuka.

Kalau berdasarkan laporan terbaru (baca petikan dari Utusan di bawah), kemungkinan berlansung pada bulan November 2012 kelihatan samar.


Melainkan, PM cuba melakukan kejutan.

Nampaknya, telahan bahawa PRU13 berlansung pada Februari 2012 kini menjadi sandaran.

Kita tunggu Bajet 2013 pada minggu depan dan mungkin petunjuk-petunjuk baru (tarikh PRU) dari PM yang juga Menteri Kewangan bakal berlaku.

Wednesday, September 19, 2012

'Wasiat Di Penghujung Usia' - Nasihat Khusus Dari Sahabat Untuk Anwar Sebelum Menemui Ajal?

Saya terbaca ulasan Prof Dato' Dr Sidek Baba keatas pantun 7 rangkap nukilan Tan Sri Prof Ulung Mohd Kamal Hasan.

Perlu diingatkan bahawa kedua-dua tokoh akademik di atas adalah sahabat-sahabat Anwar Ibrahim ketika era kegemilangannya.

Saya cuba mencari puisi ini melalui injin carian tetapi sekadar menemui rangkap yang tidak penuh di blog Terang Bulan:-
Di anjung gua pendekartua menunggu lawan
Lamanya bertapa inginkebal tangkis serangan
Dihujung usia akutinggalkan sebuah pesanan
kerana duka melihat umattuju perpecahan
Firman ilahi ngajar ummatbendung nafsu“ Wa’ tasimuu bi- hablillahi jamii’anWa- laa tafarraquu’ (Q 3: 103)(Berpengang teguhlah pada tali Allah, jangan berpecah)
Melulu takut nasib Andalusia berulangmengukir malu…..
Buah delimaMaharaja CinaRempah kari benua India
Sudah lama Melayu……
….
Kepada sesiapa yang memliki rangkap penuh puisi berkenaan sila tinggalkan di ruangan komen blog ini untuk tatapan dan renungan para pembaca.

Di bawah adalah ulasan Dr Sidek Baba yang dipetik dari Utusan Malaysia:-


Sebagai seorang sahabat, meneliti tujuh rangkap pantun yang diungkapkan memberi usikan yang mendalam kepada diri saya. Saya mengenal Tan Sri Prof. Mohd. Kamal Hasan sebagai seorang yang tawaduk dan apolitikel. Pandangannya terkandung pemerhatian mendalam terhadap nasib umat Melayu kini.
Lazimnya pandangan mengenai hal-hal negara dan umat diucapkan oleh kelompok-kelompok politik yang mempunyai kepentingan. Amat jarang sekali seorang sarjana terkenal melontar pandangan kepada khalayak supaya wujud polimik yang bermakna. Ini mengingat saya mengenai faktor kekuatan tamadun Islam iaitu berlaku sinergi ulama/ilmuwan dan umara' atau pemimpin.
Sinergi ini sangat perlu supaya pemerhatian dan penelitian para sarjana dijadikan bahan berguna kepada umara' sebagai pedoman mengurus negara dan mencari permuafakatan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.
Mengurus negara apa lagi masyarakatnya yang berbilang tidak mudah. Kesabaran dan kebijaksanaan amat dituntut supaya asas-asas yang fundamental dalam bernegara dapat disepakati dan kelemahan yang terjadi dapat dirungkaikan secara berhemah.
Selalunya pendekatan yang diambil kadang-kadang menjadi tidak popular kerana dunia persepsi terlalu kuat pengaruhnya sehingga pandangan yang baik sering jatuh ke tangan orang yang tidak rasional dan sering emosional dan taksub dalam membuat penilaian.
Saya percaya Prof. Kamal sedar akan kemungkinan ini. Tetapi memberanikan diri untuk menyatakan sesuatu setelah menulis pelbagai jenis buku dan mentadbir pusat ilmu yang sifatnya antarabangsa, ia adalah sesuatu yang wajar dan berani untukWasiat di Penghujung Usia ini diperkongsi dengan khalayak supaya ada kejernihan berfikir melihat nasib umat yang serba gawat.
Rangkap pertama pantunnya jelas rasa dukanya "melihat umat tuju perpecahan".
Kedukaan ini dirasakan sama oleh banyak pihak. Islam adalah agama wehdah dan persaudaraan. Kita solat menghadap ke kiblat yang sama, al-Quran yang digunakan adalah al-Quran yang sama, syahadah yang dilafazkan adalah syahadah yang sama tetapi mengapa ia tidak membentuk watak yang sama sebagai hamba Allah yang istiqamah menjaga ukhuwah walaupun perbezaan dari sudut cara wujud.
Mengkaji jatuh-bangun tamadun silam sepatutnya memberi kita pengajaran dan mengambil ibrah dan kisah yang berlaku. Dan sifat kisah dan sejarah mengulangi. Kita hanya mampu nostalgik mengenai kejayaan silam tetapi tidak reflektif mengenai faktor-faktor yang membawa keruntuhan tamadun kita.
Sejarah dan kisah bakal mengulangi jejak. Perpecahan boleh menyebabkan peminggiran berlaku. Lebih-lebih lagi di zaman globalisasi di mana peranan media baru amat mempengaruhi khalayak pengguna terutama di kalangan generasi muda.
Perpecahan yang terungkap dalam rangkap kedua pantunnya diberi maksud "Takut Nasib Andalusia berulang mengukir malu." Sarjana dan ahli sejarah amat arif mengenai sebab bangun dan jatuhnya Andalusia. Antaranya ialah berlaku integrasi ilmu yang hebat, kaji selidik dan penghasilan karya yang subur dan iklim muafakat yang cukup baik.
Apabila ulama dan umara' hilang sinergi, perebutan pengaruh atas nama kelompok terjadi, faktor Ilahiah tidak dijadikan pedoman, menyebabkan keretakan dan perpecahan terjadi. Bila ketaksuban dan sifat tidak terbuka berlaku ia menghasilkan watak dendam kesumat dan kebencian dan akhirnya umat Islam hilang kuasa dan runtuhlah tamadun.
Hari ini penjajahan pemikiran (al ghazwul fikir) terjadi dan menyebabkan melakukan dominasi terus menerus dan meletakkan umat Islam sebagai umat pengguna dan umat penciplak bukan umat menyumbang terhadap tamadun umat manusia.
Dalam rangkap keenam, Prof. Kamal memberi erti kepada wasiat ini dengan mengungkapkan , "Natijah yang baik tanda kewarasan. Kampung Tergadai … tanda tak siuman ". Bagi yang serius merenung ungkapan ini teringat kisah Melaka di zaman Tun Perak mampu menjadikan Melaka pusat kemajuan yang tersohor di rantau ini.
Apabila wujud watak "Si Kitol dan raja Mendaliar" wajah kekuatan umat berubah. Lalu lahir kisah peminangan Puteri Gunung Ledang yang memberi kias ibarat yang amat bermakna mengenai kejatuhan Melaka di tangan penjajah luar.
Kewarasan adalah sesuatu yang amat berharga bagi kita. Hilang kewarasan selalunya hilang perimbangan antara idealisme dan realiti. Apa yang dipantulkan ialah syarah-syarah umum yang sifatnya retorik dan popular dan hilang kemampuan untuk mengisi makna dan pendekatan perubahan dan kemajuan sehingga tidak wujud strategi bijaksana memperkasa Islam dalam model dan sistem.
Inilah penyakit yang sedang ditanggungi warga umat lalu kita terjebak dalam krisis yang pelbagai. Kita gagal membaca pengalaman sejarah dan senario terkini hingga menyebabkan kita hilang keutamaan dan fokus dan menyebabkan proses peminggiran berlaku secara strategik baik dalam ekonomi apa lagi politik.
Kita ini ibarat mengejar fatarmogana, lalu membina impian yang tinggi untuk sampai suatu titik perjuangan kelompok. Kita tidak berfikir secara baik, merancang dengan bijaksana, menentukan prioriti atau kebijaksanaan lalu pihak lain merancang dan menggunakan strategi dan muslihat hingga menyebabkan peminggiran berlaku secara nyata.
Di akhir rangkap wasiat Pof. Kamal ialah "Jangan tabik akal berlumpur. Daulatkan wahyu kembali gemilang " adalah rumusan yang amat releven. Umat Islam akur dengan pemikiran terbaik, strategi bijaksana dan bersikap terbuka tetapi berprinsip dan kembali kepada dukungan wahyu yang menjadi intisari rujukan supaya petunjuk dari al-Quran menjadi sumber pedoman dan amalan dalam mengurus perubahan dan kemajuan.
Moga-moga 'Wasiat Di Penghujung Usia' ini dapat ditanggapi dengan positif supaya asas muhasabah terbina, renungan mendalam terjadi, keutamaan terhadap memperkasa umat berlaku. Berbeza dengan etika yang baik di mana yang patut berbeza dan menemukan titik persamaan yang banyak supaya kehadiran kita di dunia sifatnya memberi guna bukannya menyumbang ke arah perpecahan dan peminggiran.

Pak Kadiaq Sahkan Dirinya Gila, Sejurus Berhenti Jadi Menteri


Dari tutur katanya, Pak Kadiaq mengesahkan dirinya gila.

Bisikan-bisikan (halusinasi) sering terngiang-ngiang di telinganya.

Kalau betul gila tak apa, tak perlu taubat.

Bisikan syaitan yang masuk ke telinganya, dikatakan suara Allah.

Monday, September 17, 2012

ADUN DAP Hanya Sekadar Mengangguk-angguk Bila Dikatakan 'BODOH' Oleh Che Bard!


Dalam perjumpaan pengusaha-pengusaha burung walit dengan Menteri Pertanian, tidak kedengaran DS Noh  Omar mengatakan ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim sebagai bodoh. Kalau ada pun, kedengaran perkataan "YB ketinggalan zaman".

Sebaliknya yang sebut Ng bodoh ialah Che Gu Bard.

Yang lawaknya, Ng menerima 'cop bodoh' dari Bard dengan mengangguk, seolah-olah mengaku dirinya bodoh.


Tonton video-video terawal di SINI yang buat 2 orang ini terkedu, mati akal dan tak tahuaapa nak cakap.

Telatah Bard ini menunjukkan yang dia cuma berani di belakang. 

Sunday, September 16, 2012

Amati Detik-Detik ADUN DAP Sekinchan Tersepuk Kena Henjut Dengan Noh Omar

Sia-sia perbuatan ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim yang sengaja cari pasal dengan Menteri Pertanian & Asas Tani DS Noh Omar.

Sebelum ini, Ng pernah buat di Pasir Penambang Kuala Selangor bila hasut Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pembangunan tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Bila dailog diadakan, Exco Selangor Ronnie Liu telah dipertemukan untuk berdailog dengan masyarakat Cina di perkampungan nelayan Pasir Penambang. Ng punya pasal, tapi Ronnie yang kena boo oleh nelayan-nelayan Cina di kampung tersebut.

Kali ini, Ng terpaksa berdepan sendiri dengan Noh. Berbeza dengan pertembungan Ronnie - Noh, Ng semalam yang cuba jadi hero burung walit, telah meminta escort dari Che Bard dan Yahya Saari (Setiausaha MB Selangor yang dipecat kerana collect 'duit tong' Sambutan 100 Hari Pentadbiran PR di Selangor.

Bila Ng kena henjut sekali dari Noh, "Saya ingat YB ketinggalan zamanlah", kelihatan Yahya Saari naik angin, manakala Ng pula sekadar terpinga-pinga malu.

Mungkin juga, kenyataan Noh itu adalah peluang terbaik bagi 3-Stooges nak cabut lari.


Rasanya Ng memang malu. Itu sebab, dia panggil penyokong-penyokongnya balik


Dalam pada itu, bila Noh menjawab satu persatu memorandum, Ng memberi tahu bahawa tiada dalam niatnya untuk memperpolitikan isu berkenaan.

Mungkin kerana malu kot?