Sia-sia perbuatan ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim yang sengaja cari pasal dengan Menteri Pertanian & Asas Tani DS Noh Omar.
Sebelum ini, Ng pernah buat di Pasir Penambang Kuala Selangor bila hasut Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pembangunan tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Bila dailog diadakan, Exco Selangor Ronnie Liu telah dipertemukan untuk berdailog dengan masyarakat Cina di perkampungan nelayan Pasir Penambang. Ng punya pasal, tapi Ronnie yang kena boo oleh nelayan-nelayan Cina di kampung tersebut.
Kali ini, Ng terpaksa berdepan sendiri dengan Noh. Berbeza dengan pertembungan Ronnie - Noh, Ng semalam yang cuba jadi hero burung walit, telah meminta escort dari Che Bard dan Yahya Saari (Setiausaha MB Selangor yang dipecat kerana collect 'duit tong' Sambutan 100 Hari Pentadbiran PR di Selangor.
Bila Ng kena henjut sekali dari Noh, "Saya ingat YB ketinggalan zamanlah", kelihatan Yahya Saari naik angin, manakala Ng pula sekadar terpinga-pinga malu.
Mungkin juga, kenyataan Noh itu adalah peluang terbaik bagi 3-Stooges nak cabut lari.
Rasanya Ng memang malu. Itu sebab, dia panggil penyokong-penyokongnya balik
Dalam pada itu, bila Noh menjawab satu persatu memorandum, Ng memberi tahu bahawa tiada dalam niatnya untuk memperpolitikan isu berkenaan.
Mungkin kerana malu kot?
No comments:
Post a Comment