Saturday, July 9, 2011

Anwar Makin Parah - Lehernya Terkehel, Mungkin Teleng Seumur Hidup

Penyakit leher terkehel dah datanglah pulak!

Foto Terkini : Anwar Nazak Dan Bernyawa Dengan 'Life Support'

Inilah muka badigol yang nak minta m.c elak pebicaraan mahkamah.

Hadi Awang Kini Ditahan Di Balai Polis,Teringin Nak Makan Nasi Bungkus Jinjang

Hadi Awang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Kesian, perut lapar. Teringin nak makan makan nasi bungkus Jinjang di dalam lokap.

Kelakar Gila..... Kain Pelikat Hadi Awang Terburai Ketika Ditangkap Polis


Tak dapat dibayangkan semasa Hadi Awang semasa ditangkap polis.

Mahu terburai kain pelikatnya? Nasib baik pakai jubah.

KUALA LUMPUR 9 Julai – Penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis di KL Sentral di sini hari ini.

Mereka ditahan semasa bersama para penyokong Bersih merempuh benteng polis pukul 2.20 petang.

Turut ditahan sebelum itu, Maria Chin, Mohamad Sabu, Tian Chua, R. Sivarasa dan Ngeh Koh Ham. – Utusan

Masalah Dalaman : Anwar Ditampar Ambiga?

SharpShooter membuat provokasi, kononnya Anwar dipukul polis.

Bohong adalah pasti untuk kenyataan di atas.


Jangan-jangan Anwar kena penampar Ambiga!

Friday, July 8, 2011

Khalid Ibrahim Akhirnya Tersenyum Puas Memperdaya Bekas Pengarah JAIS

Kali ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim tersenyum puas.

Betapa tidaknya, beliau telah berjaya mengenakan SUK Selangor Dato' Khusrin Munawi untuk menandatangani dokumen yang memberi lesen T.O.L kepada I-City. Tambah lebih berat lagi yang harus ditanggung oleh bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu ialah kelulusan kepada I-City untuk menjadi pusat hiburan 24 jam.

Sebelum ini Space U8 telah diberi hak menjalankan operasi cineplex dan dengan termetrinya Perjanjian Pengurusan Pembangunan I-City, maka Shah Alam mengorak langkah sebagai koridor hiburan bagi Lembah Klang.

Kalau Pakan Rakyat masih berkuasa, tidak mustahil premis judi nombor ekor pun boleh diluluskan satu hari nanti.

SHAH ALAM 7 Julai - Pelan induk projek bandar i-City Selangor milik I-Berhad akan dikaji semula selari dengan pertambahan nisbah plot tanahnya yang bakal menyaksikan nilai pembangunan kasarnya (GDV) meningkat kepada RM3 bilion berbanding RM2 bilion pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Eu Hong Chew berkata, kajian semula akan dibuat berikutan persetujuan kerajaan negeri mengeluarkan lesen menduduki sementara (TOL) seluas 12.1 hektar di kawasan berhampiran bagi tujuan landskap dan tempat letak kereta.

''Kami akan mengambil peluang mengkaji pelan induk i-City bagi menangani pertambahan nisbah plot iaitu 1:3 yang sedia ada kepada 1:5," katanya selepas majlis memeterai perjanjian pengurusan dan pembangunan i-City antara syarikat tersebut, kerajaan negeri dan Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Pada majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan mewakili MBSA dan Hong Chew bagi pihak I-Berhad.

Menurut Hong Chew, melalui perjanjian tersebut, i-City mendapat pengesahan rasmi bagi menjalankan aktiviti hiburan selama 24 jam selain menjadi tumpuan sektor pelancongan malam.

Katanya, antara program paling awal yang akan dapat manfaat ialah Festival Ramadan bagi pelancong-pelancong Arab pada bulan Ramadan nanti yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan.

''Perjanjian ini meletakkan i-City sebagai pentas dunia bagi pelabur-pelabur, pelancongan dan acara antarabangsa dan sejajar dengan visi kerajaan negeri menjadikannya sebagai pemangkin pembangunan Shah Alam sebagai bandar antarabangsa bagi menarik kemasukan pekerja berpengetahuan dan pelancong.

''Kami akan melaksanakan pembangunan infrastruktur sama seperti Cyberjaya memandangkan i-City juga mendapat status Koridor Raya Multimedia (MSC) selain mengutamakan teknologi hijau," katanya.

Selain itu, beliau berkata, i-City juga diberikan kebenaran menjadikan keseluruhan 29.1 hektar kawasannya sebagai zon berpagar dan pengawal selain diberikan kebenaran membuat tuntutan segala kos menyediakan perkhidmatan perbandaran daripada MBSA.

Dalam pada itu, Heng Chew menjelaskan, dasar penjualan melibatkan 30 peratus kouta bumiputera juga sama seperti di Cyberjaya tetap dikekalkan dengan i-City akan meneruskan strateginya melaksanakan jualan secara blok kepada pelabur-pelabur institusi.

''Perjanjian ini memberikan fokus kepada aspek operasi membabitkan sektor-sektor perniagaan terbabit dan ia membolehkan i-City dibezakan dengan pusat-pusat lain di bandar raya ini," katanya. [Utusan]

WTF - Khairy Jamaluddin Akan Teruskan Perarakan Patriot?

Biar betul!

KJ ni nak berpolitik atau nak beremosional?

Kalau betul KJ nak teruskan perarakan Patriot, ini bermakna wujud percanggahan dengan kenyataan asal NKP UMNO Dato' Razali Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 8 JULY, 2011: Umno Youth Chief, Khairy Jamaluddin Abu Bakar today announced that Patriot will continue with their rally tomorrow.

Members of Patriot will assemble in Bukit Bintang area before marching to Stadium Merdeka. [Malaysian Digest]

Saya Dihalang Memasuki Kuala Lumpur, Maaf Kalau Saya Katakan What The Fuck - Khairy Jamaludin

TERKINI @ 11:17:29 PM 07-07-2011
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Khairy Jamaluddin mendakwa polis Kuala Lumpur hari ini menyemarakkan ketegangan berkaitan Bersih 2.0 dengan menggunakan perintah mahkamah melarang beliau dan 90 yang lain daripada memasuki ibu negara Sabtu ini.
July 07, 2011
Ketua Pemuda Umno ini yang pulang dari menyertai misi kemanusiaan ke Gaza petang ini mendapati dirinya “diharamkan dari bandar raya beliau tinggal.”

“Daripada bertindak ke atas penyelesaian, mereka telah membawa alih jalan penyelesaian (yang ada),” kata Ahli Parlimen Rembau ini.

Pemuda Umno memutuskan untuk tidak mengadakan perhimpunan balas selepas Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan mengadakan perhimpunan aman di dalam stadium iaitu Stadium Merdeka.

“Perintah mahkamah telah menegangkan situasi. Sekarang penyokong saya, penyokong Perkasa dan penyokong Bersih kecewa.

“Situasi sekarang terawang-awang. Tidak siapa pun tahu apa langkah menyusul,” katanya sambil menambah, kepimpinan Pemuda Umno akan bertemu pagi esok bagi membincangkan opsyen.

Terdahulu, Khairy (gambar) menghantar mesej Twitter bahawa beliau baru sahaja mendarat di Kuala Lumpur selepas cuba mengatasi halangan Israel di Gaza, tetapi mendapati “saya dihalang memasuki Kuala Lumpur. Maaf, kalau saya katakan ‘WTF’?”

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan juga mempersoalkan keikhlasan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengadakan pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur petang.

Pada pertemuan itu, Ambiga berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perintah melarang mereka memasuki ibu negara yang diperoleh. [Malaysian Insider]

Wah...... ini sudah main kasar bro!

(p/s Tampalan di atas aku copy dari Al-Kesah AloqStaq)

Dimana Din Pudu Raya Nak Bikin Projek Bila Hotel Pudu Raya Ditutup Sabtu Ini?

Bila Pudu Raya, Hentian Putra dan Hentian Pekeliling adalah antara terminal pengangkutan awam yang bakal ditutup pada Sabtu 9/7/2011.

Langkah penutupan ini adalah sebahagian daripada tindakan pencegahan oleh PDRM terhadap sebarang perhimpunan haram yang berkaitan dengan BERSIH.

Keputusan PDRM ini, secara langsung membawa kepada penutupan Hotel Pudu Raya yang terletak di Pudu Raya.

Bukankah dengan penutupan hotel tersebut akan membawa kepada kesukaran kepada Din Pudu Raya bikin projek?

The Puduraya, Hentian Putra and Hentian Pekeliling bus terminals will be closed on Saturday as police will block off major roads into the city centre.

Acting City police chief Senior Asst Comm Datuk Amar Singh said buses headed to Hentian Putra would be diverted to the Integrated Transport Terminal-Bandar Tasik Selatan (ITT-BTS).

"Those headed to Puduraya and Pekeliling will be diverted to Hentian Duta," he told reporters at a press conference here Thursday.

Meanwhile, the Land Public Transport Commission (SPAD), in a statement, confirmed the police's orders would take effect from 12.01am to 10pm Saturday.

The statement clarified that all bus operations at Puduraya except for the KL-Seremban route would temporarily cease.

SPAD's statement also said the last LRT and KL monorail stops that passengers would be allowed to disembark at would be:

* Titiwangsa LRT and monorail station for those coming from Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching and Jalan Duta,

* Datuk Keramat LRT station for those coming from Jalan Ampang,

* Maluri LRT station for those coming from Jalan Kg Pandan and Jalan Cheras, and

* KL Sentral monorail station for those coming from the Federal Highway through Jalan Bangsar, Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan and Jalan Damansara. [The Star]

Thursday, July 7, 2011

Tengku Zafrul Aziz Terpaksa Menyemak Diri Sendiri Samada Layak Untuk Menduduki Kerusi CEO Maybank Investment Bank

Telahan CEO Maybank Investment Tengku Dato' Zafrul Aziz bahawa perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA akan menjejaskan pasaran, nampak semakin meleset.

Sebenarnya, bukan keyakinan terhadap Isa Samad yang terjejas, sebaliknya Tengku Zafrul sendiri terpaksa menyemak dirinya sendiri samada layak untuk menduduki kerusi CEO!

Semalam saham MSM Holdings Malaysia Bhd ditutup pada RM5.61 dan harga harian tertinggi RM5.67, berbanding harga runcit asal RM3.38 (individu) dan RM3.50 (institusi) semasa penyenaraian.

Dua laporan menarik dari Business Times berkenaan yang masing-masing:-

PKR Kelam Kabut Bila Najib Razak Tiba-Tiba Muncul Di Dewan Hokkien Klang

Jam 4.26 petang seorang rakan menelefon saya untuk mendapatkan kepastian samada betul PM DS Najib akan hadir disuatu majlis di Dewan Hokkien, Klang. Rakan saya memaklumkan bahawa beliau mendapat maklumat seorang Ahli Majlis PBT (PKR) bahawa Najib ada last minute arranged function di lokasi berkenaan.

Saya sendiri tidak mendapat maklumat tersebut. Kini menjadi kebiasaan bagi BN Selangor tidak begitu mewarwarkan kehadiran PM di mana-mana majlis di Selangor. Berbeza dengan lumrah sebelumnya, bila seseorang PM atau TPM datang melawat maka ada sahaja pihak-pihak yang memberitahu dan mengumpulkan orang untuk meramaikan kehadiran ke sesuatu majlis tersebut. Mungkin, BN Selangor mengambilkan pendekatan yang diluar kelaziman semata-mata bertujuan untuk mendapatkan respons sebenar rakyat terhadap Najib.

Bila saya hubungi seorang rakan yang bertugas di pejabat UMNO Bahagian Klang, rakan berkenaan mengesahkan kehadiran Najib pada jam 5 petang 6/7/2011 dan notis berkenaan cuma diterima 2 hari sebelum.

Blog Darul Ehsan Today melaporkan seramai 5,000 orang meraikan kehadiran Najib di Dewan Hokkien Klang.

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH Punya Pasal Parang Naik Harga RM28

Kawan aku yang seorang ini memang panas baran tapi bukan gangster. Pernah satu hari, depan mata aku (kalau tak silap pertengahan 90an), ketika sedang minum di sebuah restoran, seorang otai yang disegani di kawasan aku panggil dia keluar restoran.

Dia dibawa ke bawah pokok di tepi longkang dan tiba-tiba PANNNG!!! penampar Jepun hinggap ke mukanya. Tapi kawan aku tak berdarah pun dan tetap tegak berdiri. Bila tengok kawan aku tetap tegak dan tak berdarah, otai tu pun melutut memohon maaf.

Ikut cerita orang, kalau otai tu pukul orang, gerenti yang orang dipukul itu tumbang dan berdarah. Maka sebab itulah otai tu respect kat dia. Masa tu ramai yang menyaksikan peristiwa itu dan kawan aku ini mula orang pandang.

Bila timbul cerita BERSIH kawan aku ini mula naik angin. Bila aku jumpa dia, mulalah dia membebel. Aku lebih suka bincang bab politik, tapi dia pula sebok buka bab gaduh.

Pada dia, bukan gaduh yang dicari. Sebaliknya, pada pendapatnya biar dia orang bergaduh. Biar masing-masing rasa, tambahnya.

Aku sanggah pendapatnya dan aku beritahunya sekarang semua orang bertamaddun takkan sampai nak bergaduh. Biasalah bagi orang keras kepala macam dia, takkan dia nak terima pendapat aku.

Dia sering bagi tahu supaya beli parang. Walhal, 3 parang aku pernah aku bagi kat dia untuk diasah. Itu pun, aku beli bukan nak tibas orang tapi dibeli untuk gotong royong adik-beradik menebas semak di kebun pusaka sebab arwah emak aku sering bising sebab kebun tu tak dijaga. Aku beli parang tu cuma RM14 sebilah pada tahun 2002.

Berbalik pada kawan aku, pagi tadi aku jumpa dia. Secara bergurau, aku bertanya.

"Dah beli parang bang?"

"Sial!" jawabnya

"Apahal?"

"Kau tahu parang dah naik harga. Dah naik RM28. Aku tanya taukeh tu, apa pasal mahal? Selalu cuma RM18. Kau tahu apa taukeh tu cakap? Dia kata sekarang banyak orang beli barang woooo..."

Dalam hati aku, payah orang tua ni.....

Apakah Anwar Dah Isytiharkan Perang 7 Keturunan Keatas Najib?

Mengenang kembali Demontrasi Pelajar 1974, dengan watak-watak pemimpin pelajar yang masih aktif dalam bidang masing-masing terdiri dari Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Ibrahim Ali, Kamaruzaman Yaacob dan boleh juga dimasukkan Mat Sabu.

Menurut cerita otai-otai yang sezaman dengan peristiwa itu, daripada nama-nama yang disebut di atas, cuma Mat Sabu sahaja dikatakan hanya sebagai pengikut, sedangkan yang lain-lain merupakan nama-nama yang telah pun menjadi pemimpin sejak zaman pelajar mereka.

Disamping itu, ada juga nama yang jarang disebut tetapi dikatakan pemimpin pelajar yang memihak kepada kerajaan, iaitu Aziz Shamsudin bekas Setia Usaha Politik Tun Dr Mahathir, malah juga bekas Menteri Kabinet sebelum PRU12.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Razak.

Daripada apa yang berlaku, Demontrasi 1974 bolehlah dikatakan sebagai 'generation gap' kerana ia adalah pertembungan antara pelajar dengan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Razak.

Apa yang berlaku dulu, kini dihadapi oleh PM Najib Razak yang kebetulan adalah anak Tun Razak. Watak-watak yang dihadapi adalah watak-watak yang sama seperti Anwar, Hishamudin dan ditambah dengan watak baru Mat Sabu yang tidak dikenali pada 1974.

Sementara itu Ibrahim Ali, kini lebih mirip kepada kerajaan dan adik Kamaruzaman (Ismail Sabri) kini berada didalam kabinet. Aziz Shamsudin pula kini sepi setelah tewas dalam PRU12, namun ideanya mungkin masih boleh dipakai.

Dalam dok fikir-fikir ni, apa sebenarnya yang Anwar & The Gang cari? Kalau dulu, bolehlah dianggap 'generation gap', tapi sekarang ni nak dikatakan apa? Mungkin 'personal grudge' kot? Atau pun dia orang dah isytiharkan perang 7 keturunan terhadap Najib?

Tuesday, July 5, 2011

Hadi Awang Akan Tolak Video Skandal Husam Kerana Ia Besi Dan Tak Ada Telinga!


Blogger RBF Online telah menyaksikan video yang tak ada telinga berkenaan kegatalan Husam Musa.
"Dalam banyak-banyak orang di pusat membeli-belah tersebut pada hari berkenaan terselit seorang ahli Pas di dalamnya, yang mana ahli Pas itu juga seorang tauke kambing janapari.

Tauke kambing itu pun berjalan menuju ke gerai yang menjual madu berkenaan dan dilayan oleh wanita cina tersebut.

Sambil tengok-tengok madu dia bertanya kepada wanita cina itu ,"apa khasiat madu ?"

Dalam dunia ini, siapa yang tidak mengetahui khasiat madu ? Kanak-kanak pun boleh tahu, tak mungkin tauke kambing tak mengetahuinya pula.

Ditambah pula dia sebagai seorang lelaki mustahil dia tidak mengetahui khasiat madu. Dia tahu, tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu dan bertanya kerana dengan niat hendak menggatal. Mungkin harapannya wanita itu akan jawab madu mempunyai banyak khasiat untuk tenaga batin lelaki.

Tapi sayangnya wanita cina tersebut tidak menjawab begitu, maka hasratnya untuk pergi lebih lanjut terbantut. Wanita itu menjawab khasiat madu boleh menyihatkan kulit.

Tanpa di sangka-sangka, ahli Pas tersebut terus memegang tangan wanita cina tersebut sambil menggosok-gosok kulitnya sampai ke siku dan berkata "tapi kulit u tak sihat pun" . Fuyooooooooo...... Fewitttt.......

Wanita tersebut tersipu-sipu malu, mungkin terkejut kerana tak menyangka tangannya akan dibelai-belai oleh seorang ahli Pas.

Itulah video yang saya lihat dimana saya percaya ianya dirakam menggunakan gadjet terselindung di badan si perakam. Zaman sekarang ada bermacam-macam jenis perakam yang kita tidak sedari. Ada pen, ada tag nama dan ada jam tangan.

Satu lagi video yang saya pernah lihat ialah bagaimana tauke kambing itu terbeliak biji mata melihat wanita cina pakai mini skirt di atas eskelator di KLCC."

Ambiga Pernah Kecewa Untuk Berucap Didepan 100,000 Orang, Bila Kehadiran Cuma 250 Orang

Ambiga sebenarnya sudah serik untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Awal tahun ini, bersama dengan Haris Ibrahim beliau telah gagal untuk menghimpunkan 100,000 orang melalui program 'Hormati Suara Rakyat Selangor' di Stadium MBPJ Kelana Jaya.

Hasilnya cuma sekadar 250 orang.

Mungkinkah pengalaman silam itu akan berulang apabila BERSIH 2.0 akur untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Keputusan ini dibuat selepas majlis mengadap anggota BERSIH 2.0 dengan Seri Paduka Baginda YDPA. Baca laporan [SINI]

Lagi gambar-gambar program yang tidak mendapat sambutan itu klik [SINI]

Kalaulah Marina Mahathir Bersekolah Di Somalia Mungkin Dia Faham Erti Survival

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

(Dipetik dari sajak 'Perjuangangan Belum Selesai' - Tun Dr Mahathir)

2 X 5 Nafsu Anwar Ibrahim!

Dalam kes yang sedang dihadapinya, pasukan pembelaan Strauss Kahn menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti saksi. Akhirnya beliau dibebaskan dari tahanan rumah tanpa ikatan jaminan.

Namun, ada lagi satu aduan keatasnya berhubung serangan seksual yang didakwa dilakukan pada tahun 2003.

PARIS 5 Julai – Bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn bakal berhadapan dengan satu lagi pertuduhan melakukan serangan seksual selepas seorang wanita Perancis membuat laporan polis, semalam.

Tristane Banon yang merupakan seorang wartawan dan penulis berusia 32 tahun membuat laporan polis mendakwa bekas ahli politik tersebut cuba merogolnya pada 2003 di sebuah rumah.

Dalam kejadian itu, Banon mendakwa Strauss-Kahn menjemputnya datang ke sebuah rumah untuk melakukan sesi temu bual namun selepas tiba di situ, bekas pengarah itu mula menerkam dan cuba merogolnya. – AFP/Utusan

Perbicaraan Soosilawati Baru Saja Bermula, Seorang Remaja Pula Dibunuh Dengan Kaedah Yang Sama

Kejam!

Walhal perbicaraan kes bunuh Soosilawati baru sahaja bermula, semalam terbongkar pula satu lagi kes yang serupa melibatkan remaja.

JOHOR BAHRU 4 Julai – Mayat seorang remaja dilaporkan dikerat sebelum dibakar sebanyak dua kali di dua lokasi berasingan.

Norrahayu Qomaruddin, 16, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 18 Jun lepas dipercayai dibakar di kawasan Sungai Tiram, Ulu Tiram sebelum dibakar buat kali kedua di Tanah Perkuburan Hindu, Masai di sini.

"Cebisan pakaian dan rambut mangsa ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 4 petang semalam sebelum menghubungi polis.

“Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai kepunyaan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin.

Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun di Ulu Tiram.

Lelaki itu yang kini ditahan reman didapati mempunyai lapan rekod jenayah termasuk melarikan orang, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan. – Bernama/Utusan

Monday, July 4, 2011

Anwar Ibrahim & Hadi Awang Satu Sel Di Penjara Sg Buloh Tatkala Mat Sabu Jadi Perdana Menteri!


Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang kononnya bersatu untuk membentuk reformasi dalam politik negara?

Sejauh mana realisasi perencanaan politik mereka, kalau masing-masing berlainan ideologi.

Andaikan Anwar terlebih dahulu ke penjara dan ditakdirkan Pakatan Rakyat Malaysia memerintah, tidak mustahil Hadi Awang akan menuruti Anwar di penjara.

Siapakah Perdana Menteri? Semestinyalah Mat Sabu!

Baca petikan artikel berkenaan Syed Qutb dan Ikhwanul Muslimin dalam Revolusi Mesir 1952.
The Ikhwanis’ including Hassan Hudaibi then came to Abdul Nasir, and reminded him of all the conditions they had set before. He was shocked when Abdul Nasir rejected every single condition put forward; he wasn’t going to implement Shari’ah, nor was he goingto help or support the Ikhwan

So Hassan Hudaibi said to Abdul Nasir, “We still accept you as a Reformist movement”. Hassan still saw good in Abdul Nasir, and said; “If you do good – you do so for the people, if not we will advise you and correct you as Allah wills.”

Abdul Nasir still hadn’t exposed his full plans, and so Syed Qutb would meet up with Abdul Nasir and the Officers, and they would discuss how to stay firm on this Revolution without harm coming to them. Syed Qutb would sometimes stay for upto 12 hours a day to discuss the plans with them in detail.

Syed Qutb was still not a member of Ikhwan and still thought well of Abdul Nasir.

Abdul Nasir set up an organisation called ‘Tahreer’ [Freedom], and the reason for this organisation was because the Ikhwan were very active in the field of Da’wah around Egypt. Abdul Nasir knew this, and he wanted to have another organisation which would also be great in number, and oppose the Islamic movement of the Ikhwan. To further strengthen his cause – he would try assassination attempts of major figures in the Ikhwani movement. (An instance occurred where Zainab al Ghazali had a major car accident, and this was done by some of Abdul Nasir’s agents to kill her – especially since she was so influential in the da’wah [Islamic call]. (This account can be read further in her own book ‘Return of the Pharoah ))

Syed Qutb didn’t know this was the plan of Abdul Nasir, so he helped him for a whole month in supporting this movement of Tahreer. After a month he realised that this was an evil plan of Abdul Nasir, so he quickly separated himself from supporting the ‘Tahreer’ organisation.

Baca keseluruhan artikel [SINI]

Stim Siapa Yang Bakal Terpotong?

Dizaman remaja, kalau seuatu yang sedang hangat atau asyik dilakukan, lantas dikacau maka istilah yang digunakan ialah 'potong stim'.

Lantaran titah YDPA berkenaan perhimpunan yang dirancang oleh pada 9 Julai 2011 oleh BERSIH dan lawannya Patriot serta Perkasa, Patriot yang dinaungi oleh PPUM awal-awal lagi telah membuat kenyataan melalui Naib Ketua Pemudanya Razali Ibrahim, akan membatalkan perhimpunan mereka. Tindakan ini adalah sebagai menghormati titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, rujuk 2 kenyataan Ambiga yang berikut:

PETALING JAYA 4 Julai - Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, keputusan sama ada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 9 Julai ini atau tidak akan ditentukan selepas diadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Untuk itu beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak Istana Negara hari ini supaya pertemuan di antara Seri Paduka dan Bersih dapat diadakan sebelum Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau mengakui keputusan yang bakal diambil itu bergantung sepenuhnya kepada nasihat Seri Paduka di dalam pertemuan tersebut. - Utusan

Kini segalanya terletak pada Ambiga. Andai Ambiga membatalkan Himpunan BERSIH 2.0, pihak yang bakal terpotong stimnya ialah PAS, DAP dan PKR!

Anak Najib Bertembung Dengan Cucu Lee Kuan Yew

Tiada kompromi.

Anak-anak Najib akan bertembung dengan cucu-cucu Lee Kuan Yew.

Bukan pertembungan peribadi, tetapi pertembungan pusingan kedua kelayakan bolasepak Piala Dunia Zon Asia.

Malaysia layak ke pusingan kedua setelah mengalahkan Taiwan dengan kelebihan gol di tempat lawan, selepas perlawanan timbal balik yang berkesudahan dengan agreget 4-4.
Undian kelayakan Piala Dunia Zon Asia

Pusingan kedua:
Thailand lwn Palestin
Lubnan lwn Bangladesh China lwn Laos
Turkmenistan lwn Indonesia
Kuwait lwn Filipina
Oman lwn Myanmar
Arab Saudi lwn Hong Kong
Iran lwn Maldives
Syria lwn Tajikistan Qatar lwn Vietnam
Iraq lwn Yaman
Singapura lwn Malaysia
Uzbekistan lwn Kyrgyzstan
Emiriyah Arab Bersatu lwn India
Jordan lwn Nepal


Perlawanan pertama pada 23 Julai dan perlawanan kedua pada 28 Julai. [Berita Harian]

LHDN Akan Hantar Borang Taksiran Kepada Orang Kaya Hishamudin Rais

Terjumpa video di bawah dari blog Medan Info Kita.

Rupa-rupanya, Hishamudin Rais dah kaya raya. Tiap-tiap tahun banyak cukai yang dibayar pada LHDN.

Dari muda sampai tua asyik membangkang aje.

Sunday, July 3, 2011

Akhirnya Seorang berbaju Merah Juga Yang Selamatkan 10 orang Berbaju Kuning!


Dengan tampanan penalti oleh Sharbinee Alawe yang memakai jersi merah, akhirnya menyelamatkan Malaysia untuk terus mara ke pusingan ke2 kelayakan Piala Dunia 2014.

Meskipun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan di Taipei, penjaga gol dari Terengganu itu telah berjaya menyelamatkan maruah keseluruhan pasukan negara yang memakai jersi kuning.

Sementara itu, sebentar tadi Yang DiPertuan Agong yang juga Sultan Terengganu telah bertitah secara berhikmah, menasihatkan Kumpulan BERSIH. Teks penuh titah khas baginda adalah seperti di bawah:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama/Utusan

Universiti Suan Dusit Bangkok Ramal Baju Merah Atasi Baju Kuning

Universiti Suan Dusit Bangkok meramalkan 'Baju Merah' akan menang.

Tapi bukan dalam hal perarakan jalanan di Kuala Lumpur, Sebaliknya, dalam pilihanraya di Thailand.

Pembangkang dijangka menang besar pilihan raya Thai

03/07/2011 5:15pm

BANGKOK 3 Julai – Parti pembangkang, Pheu Thai dijangka memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum Thailand hari ini dan bakal membuka laluan kepada Yingluck Shinawatra untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini.

Tinjauan selepas pengundian oleh Universiti Suan Dusit di Bangkok, yang dianggap paling boleh dipercayai, menunjukkan Pheu Thai memenangi 313 kerusi manakala Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva hanya meraih 152 kerusi.

Tinjauan oleh Universiti Assumption di Bangkok (ABAC) pula menunjukkan pembangkang memenangi 299 kerusi. – REUTERS/UTUSAN

Lepas Ambiga, Orang UMNO Pula Kena 'Warning'

"Saya tidak ada orang nak dikatakan anak emas, anak perak atau gangsa. Saya cuma ada keluarga dan rakan seperjuangan dan saya tetap hargai rakan... apakan daya kalau gagal dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditentukan dan katalah kalau nak dipilih, KPI mestilah dipenuhi dan ia di tangan pengundi,” - DS Najib
Semalam Ambiga diberi amaran oleh PM DS Najib Tun Razak. Hari ini giliran ahli-ahli UMNO pula diberi amaran.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli UMNO agar berpegang kepada tiga prinsip transformasi politik iaitu calon yang boleh menang, sifar masalah dalaman dan bersikap inklusif dalam usaha mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

'Raja Tepung' Naik Angin: Bikin Roti Untuk Bersaing Dengan Pembuat Roti

Hampir seminggu aku makan roti free. Roti ini tanpa jenama dan diagihkan sepanjang minggu ini secara percuma untuk 'food tasting'.

Menurut isteri, roti itu dibuat oleh pengilang tepung *** untuk dirasa oleh pengguna.

Aku masih ingat diawal 1990an, ibu seorang rakan setugas sering menghantar kuih ke pejabat kami. Kuih ini sebenar dibuat oleh pengilang tepung, sebagai uji kaji kepada tepung keluaran mereka. Jadi, aku menjangka, roti percuma yang diagihkan itu adalah sebahagian dari ujikaji pengilang tepung berkenaan.

Pagi tadi, aku ke kedai runcit yang menjadi tempat pengagihan, kot-kot dapat roti free lagi. Rupa-rupanya, bekalan percuma telah berakhir.

Siasat punya siasat, rupa-rupanya pengilang tepung sudah angin satu badan apabila pembuat roti terkenal jenama USA di negara ini telah tidak membeli tepung dari mereka.

Jadi, sebagai satu langkah menaikkan jualan tepung mereka, pengilang tepung telah membuat keputusan untuk bersaing dengan pembuat roti berkenaan. Mulai besok, roti tersebut akan memasuki pasaran dengan menggunakan jenama dari Itali M******.

Inilah dunia perniagaan dan ini mungkin satu persaingan yang sihat kot?

Najib Menghampiri Tahap Hilang Sabar?

Diperigkat rakyat biasa pun semakin hilang rasa sabar.

Bermula dengan perarakan ke Ibu Pejabat PKR, demontrasi di Pulau Pinang dan diikuti oleh perarakan bermotorsikal di Perak umpama 'warm up' menunggu wisel dari DS Najib Razak.

Di Kelantan, Najib sudah pun meluahkan amarannya.
PASIR PUTEH 2 Julai – “Ambiga jangan fikir kuat sangat.” Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini. - Utusan

"Bersih? Berak Pun Tak Cebok!"

Sememangnya aku mengelak untuk mengelak untuk singgah di gerai kawasan perumahan di sebelah kawasan tempat tinggal aku. Bukan apa, kalau singgah alamat tersangkut lamalah jawabnya.

Tapi semalam, terpaksa singgah juga kerana yang melambai aku ialah seorang sahabat lama yang dah lama tak jumpa.

Bila singgah, topik utama dalam kerancakan sembang-sembang kedai kopi tersebut ialah BERSIH.

Maka berhujahlah seorang pemidato kedai kopi yang terkenal dengan teori dan hujahnya "blah blah blah blah......".

Tiba-tiba menyampuk Mat Pet, "Bersih? Berak pun tak cebok!".

Aku cuma senyum dan sekadar menjadi pendengar di forum kedai kopi itu.