Thursday, July 7, 2011

PKR Kelam Kabut Bila Najib Razak Tiba-Tiba Muncul Di Dewan Hokkien Klang

Jam 4.26 petang seorang rakan menelefon saya untuk mendapatkan kepastian samada betul PM DS Najib akan hadir disuatu majlis di Dewan Hokkien, Klang. Rakan saya memaklumkan bahawa beliau mendapat maklumat seorang Ahli Majlis PBT (PKR) bahawa Najib ada last minute arranged function di lokasi berkenaan.

Saya sendiri tidak mendapat maklumat tersebut. Kini menjadi kebiasaan bagi BN Selangor tidak begitu mewarwarkan kehadiran PM di mana-mana majlis di Selangor. Berbeza dengan lumrah sebelumnya, bila seseorang PM atau TPM datang melawat maka ada sahaja pihak-pihak yang memberitahu dan mengumpulkan orang untuk meramaikan kehadiran ke sesuatu majlis tersebut. Mungkin, BN Selangor mengambilkan pendekatan yang diluar kelaziman semata-mata bertujuan untuk mendapatkan respons sebenar rakyat terhadap Najib.

Bila saya hubungi seorang rakan yang bertugas di pejabat UMNO Bahagian Klang, rakan berkenaan mengesahkan kehadiran Najib pada jam 5 petang 6/7/2011 dan notis berkenaan cuma diterima 2 hari sebelum.

Blog Darul Ehsan Today melaporkan seramai 5,000 orang meraikan kehadiran Najib di Dewan Hokkien Klang.

No comments: