Sunday, July 3, 2011

Lepas Ambiga, Orang UMNO Pula Kena 'Warning'

"Saya tidak ada orang nak dikatakan anak emas, anak perak atau gangsa. Saya cuma ada keluarga dan rakan seperjuangan dan saya tetap hargai rakan... apakan daya kalau gagal dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditentukan dan katalah kalau nak dipilih, KPI mestilah dipenuhi dan ia di tangan pengundi,” - DS Najib
Semalam Ambiga diberi amaran oleh PM DS Najib Tun Razak. Hari ini giliran ahli-ahli UMNO pula diberi amaran.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli UMNO agar berpegang kepada tiga prinsip transformasi politik iaitu calon yang boleh menang, sifar masalah dalaman dan bersikap inklusif dalam usaha mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

No comments: