Tuesday, July 5, 2011

Hadi Awang Akan Tolak Video Skandal Husam Kerana Ia Besi Dan Tak Ada Telinga!


Blogger RBF Online telah menyaksikan video yang tak ada telinga berkenaan kegatalan Husam Musa.
"Dalam banyak-banyak orang di pusat membeli-belah tersebut pada hari berkenaan terselit seorang ahli Pas di dalamnya, yang mana ahli Pas itu juga seorang tauke kambing janapari.

Tauke kambing itu pun berjalan menuju ke gerai yang menjual madu berkenaan dan dilayan oleh wanita cina tersebut.

Sambil tengok-tengok madu dia bertanya kepada wanita cina itu ,"apa khasiat madu ?"

Dalam dunia ini, siapa yang tidak mengetahui khasiat madu ? Kanak-kanak pun boleh tahu, tak mungkin tauke kambing tak mengetahuinya pula.

Ditambah pula dia sebagai seorang lelaki mustahil dia tidak mengetahui khasiat madu. Dia tahu, tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu dan bertanya kerana dengan niat hendak menggatal. Mungkin harapannya wanita itu akan jawab madu mempunyai banyak khasiat untuk tenaga batin lelaki.

Tapi sayangnya wanita cina tersebut tidak menjawab begitu, maka hasratnya untuk pergi lebih lanjut terbantut. Wanita itu menjawab khasiat madu boleh menyihatkan kulit.

Tanpa di sangka-sangka, ahli Pas tersebut terus memegang tangan wanita cina tersebut sambil menggosok-gosok kulitnya sampai ke siku dan berkata "tapi kulit u tak sihat pun" . Fuyooooooooo...... Fewitttt.......

Wanita tersebut tersipu-sipu malu, mungkin terkejut kerana tak menyangka tangannya akan dibelai-belai oleh seorang ahli Pas.

Itulah video yang saya lihat dimana saya percaya ianya dirakam menggunakan gadjet terselindung di badan si perakam. Zaman sekarang ada bermacam-macam jenis perakam yang kita tidak sedari. Ada pen, ada tag nama dan ada jam tangan.

Satu lagi video yang saya pernah lihat ialah bagaimana tauke kambing itu terbeliak biji mata melihat wanita cina pakai mini skirt di atas eskelator di KLCC."