Monday, July 4, 2011

Stim Siapa Yang Bakal Terpotong?

Dizaman remaja, kalau seuatu yang sedang hangat atau asyik dilakukan, lantas dikacau maka istilah yang digunakan ialah 'potong stim'.

Lantaran titah YDPA berkenaan perhimpunan yang dirancang oleh pada 9 Julai 2011 oleh BERSIH dan lawannya Patriot serta Perkasa, Patriot yang dinaungi oleh PPUM awal-awal lagi telah membuat kenyataan melalui Naib Ketua Pemudanya Razali Ibrahim, akan membatalkan perhimpunan mereka. Tindakan ini adalah sebagai menghormati titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu, rujuk 2 kenyataan Ambiga yang berikut:

PETALING JAYA 4 Julai - Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, keputusan sama ada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 9 Julai ini atau tidak akan ditentukan selepas diadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Untuk itu beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak Istana Negara hari ini supaya pertemuan di antara Seri Paduka dan Bersih dapat diadakan sebelum Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau mengakui keputusan yang bakal diambil itu bergantung sepenuhnya kepada nasihat Seri Paduka di dalam pertemuan tersebut. - Utusan

Kini segalanya terletak pada Ambiga. Andai Ambiga membatalkan Himpunan BERSIH 2.0, pihak yang bakal terpotong stimnya ialah PAS, DAP dan PKR!

No comments: