Wednesday, July 6, 2011

Apakah Anwar Dah Isytiharkan Perang 7 Keturunan Keatas Najib?

Mengenang kembali Demontrasi Pelajar 1974, dengan watak-watak pemimpin pelajar yang masih aktif dalam bidang masing-masing terdiri dari Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Ibrahim Ali, Kamaruzaman Yaacob dan boleh juga dimasukkan Mat Sabu.

Menurut cerita otai-otai yang sezaman dengan peristiwa itu, daripada nama-nama yang disebut di atas, cuma Mat Sabu sahaja dikatakan hanya sebagai pengikut, sedangkan yang lain-lain merupakan nama-nama yang telah pun menjadi pemimpin sejak zaman pelajar mereka.

Disamping itu, ada juga nama yang jarang disebut tetapi dikatakan pemimpin pelajar yang memihak kepada kerajaan, iaitu Aziz Shamsudin bekas Setia Usaha Politik Tun Dr Mahathir, malah juga bekas Menteri Kabinet sebelum PRU12.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Razak.

Daripada apa yang berlaku, Demontrasi 1974 bolehlah dikatakan sebagai 'generation gap' kerana ia adalah pertembungan antara pelajar dengan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Razak.

Apa yang berlaku dulu, kini dihadapi oleh PM Najib Razak yang kebetulan adalah anak Tun Razak. Watak-watak yang dihadapi adalah watak-watak yang sama seperti Anwar, Hishamudin dan ditambah dengan watak baru Mat Sabu yang tidak dikenali pada 1974.

Sementara itu Ibrahim Ali, kini lebih mirip kepada kerajaan dan adik Kamaruzaman (Ismail Sabri) kini berada didalam kabinet. Aziz Shamsudin pula kini sepi setelah tewas dalam PRU12, namun ideanya mungkin masih boleh dipakai.

Dalam dok fikir-fikir ni, apa sebenarnya yang Anwar & The Gang cari? Kalau dulu, bolehlah dianggap 'generation gap', tapi sekarang ni nak dikatakan apa? Mungkin 'personal grudge' kot? Atau pun dia orang dah isytiharkan perang 7 keturunan terhadap Najib?

No comments: