Friday, July 8, 2011

Khalid Ibrahim Akhirnya Tersenyum Puas Memperdaya Bekas Pengarah JAIS

Kali ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim tersenyum puas.

Betapa tidaknya, beliau telah berjaya mengenakan SUK Selangor Dato' Khusrin Munawi untuk menandatangani dokumen yang memberi lesen T.O.L kepada I-City. Tambah lebih berat lagi yang harus ditanggung oleh bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu ialah kelulusan kepada I-City untuk menjadi pusat hiburan 24 jam.

Sebelum ini Space U8 telah diberi hak menjalankan operasi cineplex dan dengan termetrinya Perjanjian Pengurusan Pembangunan I-City, maka Shah Alam mengorak langkah sebagai koridor hiburan bagi Lembah Klang.

Kalau Pakan Rakyat masih berkuasa, tidak mustahil premis judi nombor ekor pun boleh diluluskan satu hari nanti.

SHAH ALAM 7 Julai - Pelan induk projek bandar i-City Selangor milik I-Berhad akan dikaji semula selari dengan pertambahan nisbah plot tanahnya yang bakal menyaksikan nilai pembangunan kasarnya (GDV) meningkat kepada RM3 bilion berbanding RM2 bilion pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Eu Hong Chew berkata, kajian semula akan dibuat berikutan persetujuan kerajaan negeri mengeluarkan lesen menduduki sementara (TOL) seluas 12.1 hektar di kawasan berhampiran bagi tujuan landskap dan tempat letak kereta.

''Kami akan mengambil peluang mengkaji pelan induk i-City bagi menangani pertambahan nisbah plot iaitu 1:3 yang sedia ada kepada 1:5," katanya selepas majlis memeterai perjanjian pengurusan dan pembangunan i-City antara syarikat tersebut, kerajaan negeri dan Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Pada majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan mewakili MBSA dan Hong Chew bagi pihak I-Berhad.

Menurut Hong Chew, melalui perjanjian tersebut, i-City mendapat pengesahan rasmi bagi menjalankan aktiviti hiburan selama 24 jam selain menjadi tumpuan sektor pelancongan malam.

Katanya, antara program paling awal yang akan dapat manfaat ialah Festival Ramadan bagi pelancong-pelancong Arab pada bulan Ramadan nanti yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan.

''Perjanjian ini meletakkan i-City sebagai pentas dunia bagi pelabur-pelabur, pelancongan dan acara antarabangsa dan sejajar dengan visi kerajaan negeri menjadikannya sebagai pemangkin pembangunan Shah Alam sebagai bandar antarabangsa bagi menarik kemasukan pekerja berpengetahuan dan pelancong.

''Kami akan melaksanakan pembangunan infrastruktur sama seperti Cyberjaya memandangkan i-City juga mendapat status Koridor Raya Multimedia (MSC) selain mengutamakan teknologi hijau," katanya.

Selain itu, beliau berkata, i-City juga diberikan kebenaran menjadikan keseluruhan 29.1 hektar kawasannya sebagai zon berpagar dan pengawal selain diberikan kebenaran membuat tuntutan segala kos menyediakan perkhidmatan perbandaran daripada MBSA.

Dalam pada itu, Heng Chew menjelaskan, dasar penjualan melibatkan 30 peratus kouta bumiputera juga sama seperti di Cyberjaya tetap dikekalkan dengan i-City akan meneruskan strateginya melaksanakan jualan secara blok kepada pelabur-pelabur institusi.

''Perjanjian ini memberikan fokus kepada aspek operasi membabitkan sektor-sektor perniagaan terbabit dan ia membolehkan i-City dibezakan dengan pusat-pusat lain di bandar raya ini," katanya. [Utusan]

No comments: