Saturday, October 15, 2011

Apa Yang Nak Di'riak'kan Oleh Penyokong PAS? Kalau Di Stadium Shah Alam, Perkara Biasa Penyokong Bola Sepak Berjemaah Dalam Stadium

Ada blog pembangkang menyimpulkan solat jemaah di stadium sebelum perlawanan bola sepak adalah kejayaan tarbiyyah Pok Nik.

Takkan ini nak pelik.

Di Stadium Shah Alam yang aku sering pergi dengan anak-anak sejak di buka pada pertengahan 1990an perkara ini adalah biasa.

Yang membezakan Stadium Shah Alam lebih besar dan di buat di ruang legar Stadium dan bukannya di atas trek seperti dalam gambar.

Kalau di Stadium Shah Alam buat hal macam dalam gambar atas, bermakna saja-saja nak tunjuk riak maknanya!

Jadi, bagi kami di Selangor yang dah buat sejak zaman dulu kala (taklah di depan penonton, cuma di belakang penonton) pun hasil tarbiyyah Pok Nikkah?

Friday, October 14, 2011

Khalid Samad Sudah Ada RM60,000 Untuk Dana Pilihan Raya


Tahniah kepada MP Shah Alam Khalid Samad. Dana piliharayanya sudah meningkat sebanyak RM60,000.00.

Jadi kepada pihak-pihak yang hendak menderma kepada dana tersebut, sila batalkan hasrat anda sebab Khalid Samad sudah kaya.
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerosakan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas. [Bernama/Utusan]

Pengakuan Jujur Khalid Samad - Anak Abah Terlanjur Menipu Lembaga Zakat Selangor

Timbalan Pesuruhjaya PAS membuat pengakuan yang sungguh luhur dan jujur bahawa anaknya mendapat Bantuan Umum dari Lembaga Zakat Selangor yang untuk tempoh 2001 -2009. Ini bermakna sejak dibawah pentadbiran BN, anaknya menikmati bantuan tersebut.

Dalam pada itu, cuba fahami kenyataan dibawah yang dipetik dari Selangorkini:-
“Berkenaan dengan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad, anak beliau telah belajar di universiti di Jordan dalam bidang pengajian Islam telah menerima bantuan umum pelajaran sejak 2004 hingga 2008. Anak beliau telah menerima bantuan sebanyak RM1,000 sahaja pada setiap tahun dan pada 2008 yang dia menerima RM5,000 kerana LZS sudah menaikkan bantuan kepada semua pelajar di Jordan secara keseluruhan,” - CEO LZS Mohamed Izam
Oleh kerana terdapat perbezaan dalam jawapan diberikan, apakah anak abah bertindak sendirian memohon bantuan LZS untuk makan kiri kanan (duit abah dan duit LZS) untuk bermewah di Jordan?

Mengapa kursus Pengajian Islam mengambil masa 9 tahun? Apakah LZS tidak membuat penetapan tempoh masa seperti biasiswa, misalnya untuh tempoh 3 atau 4 tahun pengajian sahaja?

Sementara dipihak LZS, untuk menutup kelamahan cuma menyebut bantuan hanya diberikan untuk tempoh 2004-2008?

Saya yakin Bantuan Umum tersebut bukan automatik, sebaliknya dinilai melalui permohonan.

Oleh kerana kenyataan-kenyataan berbeza di pihak Khalid dan LZS tanggapan awal dalam isu ini ialah anak abah telah menipu LZS?

Thursday, October 13, 2011

Apa Muslihat Dr Hasan Ali Bergandingan Dengan Bekas Orang Kuat Anwar Ibrahim?

Foto di atas adalah sempena Seminar Menangani Kristianisasi di Malaysia anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sesuatu yang menarik tentang gambar di atas. Dua dari kanan ialah Prof Dr Sidek Baba, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Selangor

Khabarnya, Dr Sidek Baba yang pernah akrab dengan Anwar Ibrahim kini tidak lagi mengikuti Anwar.

Kehadirannya bersama Exco Selangor Dato' Dr Hasan Ali malah kelihatan akrab menimbulkan tandatanya.

Mungkinkah ada persefahaman diantara 2 pemegang PhD ini untuk berganding bagi melemahkan Anwarista di Selangor? Malah ada desas desus mengatakan bahawa Dr Sidek Baba adalah antara individu yang ingin melihat perpaduan antara UMNO dan PAS menjadi kenyataan.

Wallahualam.

Hasut Benci Raja Melayu - 2 Alumni Desak Majlis Senat UIAM Pecat Aziz Bari

Dua orang alumni UIAM, Senator Mohd Ezam Mohd Nor dan Pengerusi GAPS Hamizun Khairudin mendesak Majlis Senat UIAM mengambil tindakan keatas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Ini adalah ekoran sikap biadap dan derhaka Aziz Bari kepada Institusi Raja Melayu, disamping telah menghasut orang ramai untuk membenci institusi berkenaan.

Mereka juga, bersama 4 NGO yang lain telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz Bari dan juga Malaysiakini yang menyiarkan kenyataan tersebut, agar disiasat dibawah Akta Hasutan.

Laporan berkenaan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam jam 4.00 petang tadi.

Dr Hasan Ali Kini Bebas Untuk Menampar Muka Khalid Ibrahim & Khalid Samad

Rupanya isu DUMC yang mulanya kelihatan seperti membawa musibah kepada karier Exco Agama Selangor Dato' Dr Hassan Ali, akhirnya membawa rahmat yang melonjakkan semula namanya dalam PAS.

Seminar Menangani Gerakan Kristianisasi Di Malaysia anjuran JAIS di Shah Alam baru-baru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari NGO-NGO Islam di sekitar Selangor. Dengan berlansungnya seminar tersebut, JAIS dapat memulihkan imejnya yang sengaja dijatuhkan oleh dari dalam PAS Selangor sendiri malah tindakan JAIS di DUMC juga tampak tidak disenangi oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Dengan kehadiran yang begitu menggalakkan bermakna Dr Hassan Ali tidak berseorangan dalam mendepani isu ini.

Akhirnya bagi Dr Hassan Ali, kini beliau bebas untuk menampar muka Khalid Ibrahim dan Khalid Samad yang begitu tidak senang dengan tindakan JAIS diawal mula isu DUMC.

Bila Berketuakan Orang Bodoh Dalam PAS, Senior Manager Pun Boleh Jadi Bingai

Aku terjumpa status FB di atas.

Macam bagus. Tapi sebenarnya dia dengan pemimpin-pemimpinnya lah yang bodoh.

Kalau betul nak bagi jalan short-cut dapat IC pada pendatang asing, tak payah pergi Putra Jaya, kat bandar dia tinggal pun JPN boleh buat. Buat apa nak angkut pergi Putra Jaya sebab namanya pun dah penipu. Sekarang semua on line beb!

Lagi satu, prosedur untuk dapatkan nama tersenarai dalam senarai pemilih pun akan cecah hingga ke 5 bulan. Bayangkan dengan proses pendaftaran, pameran untuk bantahan dan akhir sekali digazetkan.

Apa ingat SPR boleh buat suka-suka hati tak melalui proses bantahan? PAS kawasan bebalkah kerana tak pernah tengok pameran senarai pemilih baru? Sekarang ni pun yang banyak bantahan pun dari puak-puak PAS. Pantang tengok senarai pengundi bertambah, ada sajalah yang nak dibangkangnya.

Kesimpulannya, kalau ikut PAS, orang pandai pun boleh jadi bodoh sebab selalu diperbodohkan pemimpinnya.

Wednesday, October 12, 2011

Tonjol Menonjol Nak Jadi Winnable Candidate Sudah Bermula

Sepanjang perjalanan balik dari meninjau vacant land milik seorang sahabat yang terletak jauh di luar kawasan, kami berborak panjang berkenaan winnable candidate.

Sahabat berkenaan memberitahu kini dah mula main bentes membetes. Ada pihak yang mula berkira-kira pasang orang untuk memburukkan rivalnya ke pimpinan tertinggi.

Seterusnya, sahabat tersebut berkata bahawa pastinya pucuk pimpinan tertinggi tidak boleh terima bulat-bulat cerita buruk tersebut. Pasti mereka juga akan check sumber cerita dan dengan sendirinya pihak yang membawa cerita buruk tersebut yang tergucil.

Nampak ada logik pandangan sahabat saya itu.

Dalam pada itu di pihak rivalnya pula sudah mula pasang orang-orang alim untuk buat soal hajat supaya dirinya terpilih sebagai calon.

Tiba-tiba perbualan terganggu dengan deringan telefon sahabat saya. Lantas dia pun on loud speaker.

"Bro! Gua terima maklumat dari pihak PR, calon BN kawasan kita ialah calon luar. Calon wanita lagi!"

Kami saling berpandangan.

Hebat PR, dia orang lagi tahu siapa bakal calon BN.

Mentang-Mentang Sama-Sama Orang Terengganu Shabery Chik Izinkan Hadi Awang Kumpulkan 15,000 Pemuda-Pemudi Di Stadium Hoki Bukit Jalil

Bukan Hadi Awang Presiden PAS. Tapi Dato' Abdul Hadi Awang Kechil yang akan menghimpunkan 15,000 bekas pelatih PLKN.

Petanda kecil atau petanda besar pilihanraya?

SETIU 12 Okt – Perhimpunan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diadakan selama dua hari di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur, mulai Jumaat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, perjumpaan itu adalah di atas permintaan bekas pelatih sendiri untuk bertemu rakan-rakan semasa mereka mengikuti latihan.

"Seramai 15,000 bekas pelatih akan berkumpul di Stadium Hoki di Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu ini," katanya sepada pemberita selepas acara pelepasan 100 peserta berjalan kaki Anak 1Malaysia Kem PLKN Merang Suria, yang terdiri bekas pelatih PLKN ke Stadium Hoki Bukit Jalil di sini hari ini. [Bernama/Utusan]

Khalid Samad Akan Draf Enakmen Untuk Permudah Tauliah Mengajar Agama Di Masjid & Surau Seluruh Selangor?

Kini telah ada sijil ekspress.

Masuk PAS anda akan dapat tauliah untuk memberi syarahan di masjid mahu pun surau di negeri Selangor.

Anda akan dibekalkan immuniti dari sebarang tindakan JAIS. Anda akan dapat pembelaan dari pihak berkuasa negeri jika ditahan atau diambil tindakan oleh JAIS. Bob Lokman adalah contoh terbaru.

PAS Selangor yang dipimpin oleh Dr Rani Osman dan Khalid Samad pun satu dol jugak.

Sementara PAS masih jadi sebahagian dari anggota Kerajaan PR Selangor, mengapa tidak berusaha draf satu enakmen baru dan bentangkan di DUN Selangor.

Dapatkan perkenan Diraja. Habis cerita.

Tuesday, October 11, 2011

Apa Nak Kecoh Beb? Bagilah Peluang Mahfuz Omar Merasa Jadi Kelas Menengah Melayu!

Ada beberapa blog yang memaparkan foto Naib Presiden PAS Mahfuz Omar bersama keluarganya (di atas) dan disaingkan dengan foto Nik Aziz yang merajuk bersarapan nasi bungkus disebabkan tiada sarapan disediakan dirumahnya.

Apa nak kecoh Beb? Bagilah peluang Mahfuz Omar merasa jadi kelas menengah Melayu!

Najib Bakal Ambilalih Teraju UDA Holdings?

Utusan Malaysia melaporkan berdasarkan sumber yang layak dipercayai bahawa Pengurus Besar Pembangunan Tanah MAHB Muhd Najib Mohd Rawi telah ditawarkan untuk menerajui UDA Holdings Berhad sebagai Pengarah Urusan yang baru.

Jawatan Pengarah Urusan UDA Holdings kosong kematian mengejut Muhammad Radzi Mohd Bazar pada 31 Julai lalu, yang kebetulan memangku jawatan tersebut ekoran perletakan jawatan Pengarah Urusan yang terdahulu Dato' Jaafar Abu Hasan.

Ahli PAS & Penyokong PAS Berbengkel Untuk Betulkan Aqidah Pemimpinnya?

Satu bengkel anjuran Gabungan NGOs Islam Malaysia baru berlangsung hujung minggu lalu.

Menariknya, kebanyakan peserta bengkel terdiri dari penyokong PAS.

Sepatutnya, bagi kebanyakan ahli PAS mahu pun mereka yang bersimpati dengan PAS semestinya melihatkan ke dalam diri PAS sendiri.

Puncanya amat mudah iaitu ketakburan MP Shah Alam Khalid Samad. Beliau mendakwa akidah orang yang di luar PAS disifatkan sebagai senipis kulit bawang.

Maka dengan sebab itu Khalid Samad lebih cenderung untuk bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Keadaan ini ditambah pula dengan tempelakan Khalid terhadap JAIS berhubung dengan isu DUMC.

Lebih buruk lagi, kalau benarlah dakwaan wujudnya adegan Anwar Ibrahim seperti berikut,
Dalam babak tersebut, Anwar bersama-sama seorang sami yang terkenal di Bangkok bernama Laukhon telah berbomoh dengan cara Buddha atas tujuan menyelamatkan Anwar daripada kes liwatnya. Anwar di dalam babak tersebut dilihat memegang sejenis tangkal dan diminta berdoa di hadapan patung Buddha dengan penuh khusyuk dan tawadduk. [Parpukari]
maka PAS haruslah memilih untuk bermufarakah dari Anwar.

Al-Fatihah - Biduan Dato' Ahmad Jais Meninggal Dunia

Dilaporkan Biduan Dato' Ahmad Jais meninggal dunia pagi tadi.

Beliau bersuara lunak dan merdu. Bagi abang ipar saya yang begitu meminati arwah, menyifatkan arwah sebagai penyanyi yang dinafikan kemenangannya dalam Bintang Radio iaitu pertandingan yang menjadi batu loncatan kepadanya menempa nama. Arwah hanya mendapat tempat ke 3.

Namun itu hanya pendapat abang ipar saya yang begitu meminati Dato' Ahmad Jais dan sesungguhnya para juri Binang Radio ketika itu yang berhak membuat keputusan.

SHAH ALAM 11 Okt. – Penyanyi terkenal era 60-an, Datuk Ahmad Jais meninggal dunia pukul 9.20 pagi ini akibat kesukaran bernafas ketika dirawat Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar DEMC di sini.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Negeri di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21. - Utusan

Mampukah Selangor?

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

Memang sudah lama saya sudah tidak turun ke Stadium Shah Alam, apatah lagi apabila FAS dipimpin oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim. (Perlembagaan FAS menetapkan Presiden dipegang oleh MB).

Namun, tidaklah bermakna saya tidak mengikuti perkembangan pasukan Selangor kerana jika ada siaran langsung di televisyen, saya turut menontonnya.

Malam tadi, tergerak untuk menyaksi dan menyokong pasukan Selangor menentang Perak dalam perlawanan suku akhir pertama yang berkesudahan dengan Selangor menang 3-1.

Menyaksikan perlawanan tersebut, saya melihat taktikal yang disediakan oleh jurulatih P. Maniam yang mengambil alih ekoran perletakan jawatan K. Devan, tampak lebih mirip kepada formasi bekas jurulatih Ken Worden. Pengaruh Ken Worden ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana Maniam lama berada dibawah jurulatih tersebut. Tambahan pula, Maniam mula mencipta nama atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih yang berasal dari Australia itu.

Meskipun formasi Maniam kelihatan negatif bila hanya menggunakan 1 striker, namun pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani mencuba, disamping memberi peluang kepada pemain-pemain yang lebih junior. Pada saya, ini satu langkah berani.

Cuma, bahayanya formasi yang diterap oleh Maniam ia amat mudah dibaca. Jika Maniam tidak mempelbagaikan taktik, maka ia akan boleh memakan diri.

Apa pun, tahniah kepada P. Maniam dan keseluruhan pasukan yang dibimbingnya.

Khalid Ibrahim Semakin Serabut Memikirkan hal JAIS

Apakah maksud sebenar MB Selangor TS Khalid Ibrahim berhubung memperkasa SOP JAIS?

Mungkinkah beliau sendiri inginkan kuasa yang lebih kepada JAIS untuk 'serbu' dan bukan sekadar 'periksa'?

Hakikatnya, cadangan ini dari Khalid Ibrahim sendiri dan bukan dari UMNO. Jadi sebarang tindakan dari JAIS selepas ini, adalah dari Pakatan Rakyat sendiri dan janganlah menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

SHAH ALAM 10 Okt. - Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperkasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membolehkannya memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan.

"Kerajaan negeri Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini. Sebaliknya ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan JAIS serta pengumpulan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama/Utusan

Monday, October 10, 2011

Isteri MB Kelantan Mula Gelabah Bila Nik Aziz Mula Makan Luar

Ada orang Negeri 9 antar wall photo kat fbnya.

Cuba baca dan faham apa dia tulis di atas.

Orang ni pun satu dol jugak, tak faham kenapa Pok Nik makan luar.

1. Gerenti bininya tak masak sarapan.
2. Sesape yang komited dengan kerja, dia orang memang susah nak suka-suka pergi makan.
3. Kalau Pok Nik ajak staf dia keluar makan sekali, sape pulak nak buat kerja? Lagi pun bukan contoh baik keluar makan waktu kerja. Nanti jadi ikutan orang bawahan.

Bila Pok Nik makan sorang-sorang macam tu secara tak langsung dia dah malukan isterinya.

Ada member meter-reader JBA (sekarang SYABAS) baca meter air kat rumah seorang menteri berasal dari Negeri 9 pada tahun 1980an. Tak apalah, kita sebut sajalah namanya, Rais Yatim. Kebetulan masa tu Rais Yatim tengah bersarapan pagi, maka terus dilambainya member tu makan sekali. So, apa nak heran?

Masa tu tak ada blog, tak ada fb. So, cuma diketahui oleh beberapa kerat orang aje.

Pengalaman aku sendiri lagi menginsafkan. Satu hari, aku makan makan satu famili, siap order siakap steam dan macam-macam lagi. Niat tu nak belanja bapak dan emak aku (kini dua-duanya arwah). Tiba-tiba datang seorang insan yang memang famili kami kenal, lalu kami pelawa makan. Mungkin dia malu, salam-salam dengan kami semua lalu beredar duduk di meja lain.

Bila habis makan dan minta bil, tauke tu kata insan yang kami kenal tadi dah bayar. Aku sedih. Bukan apa. Dia cuma kerja jaga, bujang tua, ada cacat sedikit di muka dan kami tahulah kedudukan ekonominya. Bukan orang senang sangat. Tapi dia bayar makan malam kami yang lebih sedap dan mahal dari yang dia sendiri makan.

Subhanallah.

Lepas PRU13 Rokok Naik?

Penggunaan rokok haram mencecah ke paras 40% menjadi faktor kepada tiada pengumuman mengenai harga rokok.

Tapi ia tidak bermakna ia tidak dinaikkan sama sekali.
PM beri penjelasan ketiadaan cukai tembakau baru dalam Bajet 2012

SUNGAI BULOH: Kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga rokok dalam Bajet 2012 bagi mengelakkan peningkatan penggunaan rokok haram yang kini mencecah 40 peratus, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh menaikkan harga rokok terlalu mendadak kerana penggunaan rokok haram sudah terlalu tinggi.
Bagaimanapun, kerajaan boleh menimbangkan kenaikan (harga rokok) pada bila-bila masa sekiranya dirasakan perlu, katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Nurani Rakyat, Sayangi Selangor Bersama Perdana Menteri di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kundang dekat sini, semalam. [Berita Harian]

Sunday, October 9, 2011

Baru Beberapa Tapak Najib Tinggalkan Ijok, PKR Kuala Selangor Terus Jadi Kecoh

Belum pun sempat pentas PM DS Najib Razak berucap di Ladang Tuan Mee semalam (8/10/11) dikemaskan, PKR Cabang Kuala Selangor pimpinan MB TS Khalid Ibrahim terus berdepan dengan kekecohan.

KUALA SELANGOR 9 Okt. – Mesyuarat Agong Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini hari ini kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan.

BACA SELANJUTNYA DI SINI

Silap-Silap Gaya Anwar Boleh Menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Jangan main-main beb. Kalau duration video mencecah 43:19 bermakna ia sudah dikira sebagai satu siri drama. Dicampur dengan iklan, maka ia boleh cecah 60:00 dan boleh bertanding Anugerah Berita Harian 2012.

Kalau benarlah video tersebut ada imej Anwar Ibrahim, maka dengan sendirinya Anwar layak dicalonkan untuk ABPBH.

Kategori apa? Kau orang cadanglah sendiri!