Saturday, May 21, 2011

Kalau Utusan Malaysia Bukan Mewakili Melayu, Pakatan Rakyat Juga Bukan Mewakili Rakyat

Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS dalam kenyataan di blognya mengatakan Utusan Malaysia bukan mewakili Melayu.

Kalau disandarkan kepada jumlah undi popular antara BN dan PR pada PRU12, masing-masing mendapat 4.1 juta undi dan 3.8 juta undi.

Oleh itu, layakkah PAS, DAP dan PKR menggunakan nama Pakatan Rakyat? Majoriti rakyat suka kepada PRkah?

Ini bermakna PR bukanlah mewakili rakyat, tetapi merupakan pakatan orang-orang bebal yang menipu rakyat!

Lim Guan Eng Mulakan Provokasi Di Pulau Pinang?

KENAIKAN harga mendadak menyebabkan perniagaan ayam merosot di beberapa pasar di sekitar Georgetown. (Berita Harian)

Mungkinkah KM Pulau Pinang Lim Guan Eng mula mencetuskan provokasi di Pulau Pinang?

Harga ayam telah meningkat RM12/kilo di Pulau Pinang.

Hal ini memudahkan Pakatan Rakyat menuding jari kepada Najib ekoran kenaikan harga tersebut.

Sudah sampai masanya untuk penguatkuasaan Price Control & Anti Profiteering Acts 2010.

Bapak Gangster Pun Aku Tak Takut


Malam ini S. Gobalakrishnan akan berucap di Taman Seri Berembang, Pelabuhan Klang, sempena program SSDE.

Dulu taman perumahan ini merupakan kawasan setinggan, atas nama Kg Berembang yang telah dimajukan menjadi kawasan perumahan sempurna.

Dilaporkan ada cubaan untuk menghalang Gobala, oleh kumpulan gangster. [Baca laporan Medan Info].

Bapak gangster pun aku tak takut. Apa dia orang ingat orang Kg Berembang tunggul?

Untuk makluman semua orang, arwah Dato' Zakaria Md Deros pun pernah tinggal di Kg Berembang.

Ayuh turun ke sana!

Patutlah Jalanraya di Selangor Teruk - Khalid Ibrahim Kelepet Peruntukan

Tahun lalu, Akar Umi pernah komplen pada seorang kenalan di JKR Selangor, tentang jalanraya negeri yang keadaannya tidak sebaik semasa pentadbiran BN.

Akar Umbi tanya samada betul cakap-cakap yang peruntukan persekutuan telah turun tapi Khalid Ibrahim sudah guna ke tempat lain. Kenalan tersebut, sekadar mengangguk tanda setuju.

JITRA 21 Mei – Kementerian Kerja Raya akan mencari mekanisme baru bagi memastikan peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri bagi menyelenggara jalan-jalan negeri tidak lagi disalahgunakan untuk tujuan lain.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, peruntukan kerajaan persekutuan itu bagi memastikan jalan-jalan negeri berada dalam keadaan baik tetapi ada kerajaan negeri menggunakan peruntukan itu untuk tujuan lain termasuk membina jalan baru.

"Wang untuk penyelenggaraan tidak boleh digunakan untuk buat jalan baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, dekat sini, hari ini.

Justeru itu, katanya, kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan tentang kemungkinan wang peruntukan itu diberikan terus bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri.

Beliau berkata, setiap kerajaan negeri akan diberikan peruntukan tertentu bagi penyelenggaraan jalan negeri bergantung kepada panjang jalan negeri yang ada di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Ditanya negeri yang dikesan menggunakan peruntukan itu untuk tujuan lain, Shaziman berkata tahun lepas perkara itu dikesan di Selangor dan beliau juga difahamkan di Kedah peruntukan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang sepatutnya.

Mengenai kerja membaikpulih jalan yang rosak akibat banjir, beliau berkata Kabinet telah bersetuju supaya kerja-kerja itu dijalankan secara berperingkat. - Bernama/Utusan

Najib Bakal Tersungkur Jika Tidak Dakwa Dato' T?

Perdana Menteri DS Najib Razak dibayangkan bakal kehilangan kepercayan oleh Dato' Mat Zain Ibrahim (Bekas Ketua CID Polis Kuala Lumpur), jika tidak mengambil tindakan terhadap trio Dato' T yang pada Mat Zain dianggap sebagai mempersenda Islam dengan memakai baju kalis peluru ketika majlis angkat sumpah Dato' Eskay di dalam masjid tempohari.

Kebanyakan blog pro PR telah menyiarkan kenyataan Mat Zain, yang antara lain menyebut ,

"Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam".

Mat Zain Ibrahim telah beberapa kali membuat kenyataan terbuka yang kebanyakan menyerang Peguam Negara, mantan KPN dan kepada PM, Mat Zain menyatakan,

"terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB."

Apabila kenyataan demi kenyataan dibuat, semakin meluat pula membacanya, seolah menyerang bekas bos yang tidak menaikkan pangkat beliau (?).

Mat Zain boleh buat pelbagai tuduhan dan andaian tetapi beliau terlupa melihat dirinya sendiri. Beliau seolah-olah lupa kepada qada' & qadar sehingga tidak pula mempersoal dan mengkaji, mengapa beliau tidak naik melalui tangga kerjayanya hingga ke jawatan KPN?

Sesungguhnya, setiap sesuatu kejadian sebenarnya mempunyai asbab yang menentukan takdir ketentuan ilahi.

Perbuatan Mat Zain, menambahkan lagi sangkaan buruk terhadapnya, mungkinkah beliau mengidamkan jawatan Menteri KDN apabila Anwar atau Pakatan Rakyat mengambil alih Putra Jaya?

Mat Zain seharusnya insaf bahawa Allah swt memberikan amanah mengikut kemampuan masing-masing. Diam itu sebenarnya lebih baik. Kalau rekod Mat Zain sendiri baik, takkan tergamak Najib memandang sebelah mata terhadap beliau. Najib bukan sehari dua dalam politik, malah tidak keterlaluan dinyatakan Najib akan memanggil dan mendengar sendiri pandangan Mat Zain, andainya pandangan tersebut baik dan memberi kesejahteraan kepada negara.

Saidina Ali pernah ditanya oleh para sahabat berhubung kecelaruan diera pemeritahannya. Jawapannya, "kerana khalifah-khalifah terdahulu mempunyai pengikut-pengikut seperti aku dan zaman pemerintahanku, pengikut-pengikut berperangai seperti kamu," (merujuk dari segi perangai dan taat setia).

Kebenaran kata-kata Saidina Ali melarat hingga ke hari ini. Sebelum-sebelum ini, tidak pernah bekas pegawai-pegawai kanan polis yang menyoal ketuanya. Sekiranya perangai Mat Zain tidak berubah, maka tidak hairan kecelaruan semakin parah, akibat dari bertambahnya pesara-pesara yang berperangai seperti Mat Zain Ibrahim ekoran teladan yang ditunjukkannya!

Perkara pokok sebenarnya ialah samada Anwar Ibrahim layak sebagai PM? Mujur video ditunjukkan sebelum Anwar menjadi PM. Andainya Anwar menjadi PM (atas tiket UMNO selepas Tun Dr Mahathir) dan video ini disebarkan, apakah PAS, DAP dan Mat Zain sendiri akan anggapnya sebagai fitnah?

Biar Betul!! Hadi Awang Beri Amaran Pada Pelatih Mungkir PLKN

Hadi Awang telah memberi amaran.

Bagi mereka yang memungkiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dicari oleh pihak polis sehingga mereka berumur 35 tahun.

Namun yang memberi amaran bukan TG Hadi Awang tetapi Dato'Abdul Hadi Awang Kechil, Ketua Pengarah PLKN.

SEREMBAN: The names of 9,000 national service dodgers since the inception of the program in 2004 have been given to police, who will track them till age 35, said National Service (NS) Training Program director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

“The National Service Training Act includes provisions to track dodgers up to age 35 and be made to serve their time,” he told reporters after his visit to Seri Perkasa NS camp, here on Friday.

Furthermore, they would have to do community service before reporting for duty, he added.

The police have passed the names of the 9,000 dodgers to the Attorney-General Chambers, he said.

The first batch of 500 dodgers who have been recalled have one week to show up, he said. - Bernama/The Star

Friday, May 20, 2011

Ketua AMK Sam Ketot Lari Menyorok Disebalik Briged Amal PAS!

Rupa-rupanya Sam Ketot menyorok disebalik 300 penyokong PAS yang berdemontrasi di hadapan Kedutaan Australia, selepas solat Jumaat petang tadi.

Kalau alasan berdemo di kedutaan Australia dijadikan penyebab pembatalan demo di Jalan Chan Sow Lin, masakan jumlah peserta demo di situ, cuma berjumlah 300 orang seperti dilaporkan oleh Harakahdaily? Pastinya ahli AMK yang dapat dikumpulkan, kurang dari 30 orang. Jika peserta dari AMK ramai, jumlah prostestor sepatutnya lebih dari 300 orang,

Rasa-rasanya Sam Ketot terlindung di belakang protestor kerana kependekannya dan tidak nampak langsung wajah dan susuk tubuhnya didalam foto di bawah.

Kesian Sam Ketot, apabila tiada seorang pun penyokong PAS yang rela menjulang Ketua AMK itu supaya kelihatan di khalayak!

Din Sharpshooter Hina Polis Diraja Malaysia - Wajar Dipenjara

Selepas kemerdekaan, Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu telah dikurniakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan gelaran 'Diraja' (24 Julai 1958).

Bermula saat itu, pasukan polis telah dikenali sebagai Polis Diraja Persekutuan dan mula dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1963. [Wikipedia]

Namun, kedudukan mulia PDRM yang menjaga keamanan negara yang diamanah oleh Seri Paduka Baginda telah dihina oleh blogger Din Sharpshooter.

Din Sharpshooter boleh persoal PDRM, namun jangan sesekali hina sebuah pasukan yang mempuyai gelaran 'Diraja'. Penghinaan yang dibuat secara langsung, menghina Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara.

Pihak berkuasa, tolong dakwa makhluk ini dibawah Artikel 149(1.b) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.[Wikisource]

Apa Pula Skandal Rekaan Bakal Didedahkan Oleh Din Pudu Raya Bila Baca Berita Ini?

Ahli-ahli perbankan sedang sebok memimikirkan untuk membentuk bank bersaiz mega.

Namun Anwar Ibrahim dan Wan Azizh semakin pening dengan isu jam Omega.

Sementara itu, bagi bekas kerani MUI Bank (bank yang lenyap ekoran transformasi dalam sektor perbankan), Salahuddin Ayub a.k.a Din Pudu Raya pula sebok dengan pandangan negatif bila timbul usaha-usaha penggabungan bank-bank.

Apa pula skandal rekaan Din Pudu Raya bila membaca berita berhubung persaingan Maybank dan CIMB untuk menguasai RHB?

Malayan Banking Bhd (Maybank) and CIMB Bank Bhd could be drawn into a battle to take over RHB Capital Bhd, analysts and observers speculated.
- Baca keseluruhan berita di [SINI].

AMK Pakat Nak Ponteng Solat Jumaat?

“ Salam media. Mohon maaf. Dimaklumkan himpunan depan Utusan Malaysia Jln Chan Sow Lin ditunda ke tarikh lain. AMK akan adakan sidang media khas beri penjelasan Jumaat 20 Mei di Rest Pandan Kari Kepala Ikan Jln Yap Kwan Seng jam 12.30 tghari. Tksh. “ - Sumber [Medan Info]
Hari ini Shamsul Iskandar Mat Akin seolah-olah dah plan tak pergi solat Jumaat.

Sidang Media jam 12.30 tengahari. Zuhur masuk 1.13 tengahari.

Andaikan sidang media berlangsung 30 minit. Jadi, cukupkah waktu makan selama 13 minit? Itu belum lagi waktu perjalanan ke masjid yang berdekatan.

Akhirnya, dalam keadaan tergopoh-gapah, khatib pun dah naik mimbar. Atau pun silap gaya, bila sampai masjid, solat Jumaat sudah pun bermula.

Alang-alang lewat, ambil keputusan lepak-lepak di restoran kepala ikan!

Sah Gobalakrishnan Akan Memaki Anwar Di Pentas BN!

Sebelum ini saya cuma dengar-dengar yang Gobalkrishnan (MP Padang Serai) akan berucap di pentas BN melalui Roadshow SSDE.

Mengikut hebahan dari Gerakan Timur, kini sah yang Gobala bakal menjadi penceramah di program tersebut;

Tarikh : 21 Mei 2011

Tempat : Perkarangan Flat Taman Seri Berembang, Pelabuhan Klang

Jam : 9.00 Malam

Dengar sendiri apa yang akan diperkatakan oleh bekas penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Thursday, May 19, 2011

Salahuddin Ayub Bekas Kerani MUI Bank Pertikai Penggabungan Bank


Salahuddin Ayub, calon Timbalan PAS yang telah menarik diri dari persaingan, dengan mudah mengandaikan penggabungan Bank Islam Malaysia Bhd dan Bank Muamalat mempunyai unsur-unsur bail-out.

Apa pengalaman Salahuddin dalam perbankan?

Kalau bersandarkan maklumat dari Wikipedia, biodata Salahuddin ditulis sebagai pernah berkhidmat sebagai pegawai kewangan den
gan MUI Bank (1980). MUI Bank pun hari tidak wujud lagi, ekoran penggabungan bank-bank kecil dengan entiti yang lebih besar.

Yang menghairankan, diploma diperolehi pada tahun 1983 dan tahun persekolahan terakhir beliau ialah 1980. Baca biodata Salahuddin di [SINI]

Itu sebabnya saya katakan pengalaman Salahuddin hanya sekadar kerani bank.

Berbalik kepada penggabungan BIMB dan Bank Muamalat, jika penggabungan menjadi kenyataan pun entiti baru sukar untuk mengatasi kedudukan ranking yang sedia ada berdasarkan aset.

Sumber Carta : 1-million-dollar-blog

Sepatutnya, Salahuddin mengalu-alukan entiti bank Islam yang bakal bersaiz lebih besar.

Bab Ini Memang Sah Kerja Orang PKR!

Borang ditangan ADUN Hulu Klang, YB Saari Sungib di atas berharga RM50.00

Borang itu ialah borang pinjaman mikrokredit (Mimbar) khusus untuk rakyat miskin kawasan bandar, yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Borang pinjaman tersebut sebenarnya percuma, tapi orang PKR sendiri yang sudah kelepet dan jual RM50.00 untuk satu borang.

Ini bukan cerita rekaan, tapi mengikut sumber rasmi di [SINI].

Apa Reaksi Guan Eng Bila Najib Bawa Masuk RM4B Ke P.Pinang?

Pastinya tiada ucapan terima kasih, cuma memek muka yang tersengih-sengih ditunjukkan oleh Lim Guan Eng apabila DS Najib Razak mengumumkan kemasukan pelaburan antara RM5B-RM6B ke Pulau Pinang.

2011/05/19

NEW YORK: Beberapa firma multinasional Amerika Syarikat akan melabur antara AS$5 bilion dan AS$6 bilion di Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pelaburan berkenaan akan melibatkan sektor elektronik lanjutan, tenaga yang boleh diperbahrui, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi, penjagaan kesihatan, farmaseutikal serta perkhidmatan.
Malah, beliau berkata Motorola, yang beroperasi di Malaysia sejak 37 tahun lalu dengan 7,000 pekerja, akan melabur kira-kira RM4 bilion bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Global di kilangnya di Pulau Pinang bagi menyediakan sokongan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik. [Bernama/Berita Harian]
Nampak gaya, tiap-tiap tahun LGE boleh buat konsert keraian P. Pinang sebagai destinasi pelaburan No. 1 Malaysia.

Khalid Ibrahim pun tersengih lebar apabila April lalu Najib membawa masuk RM700M pelaburan syarikat Korea di Banting, Selangor.

Penasihat Ekonomi Selangor buat apa?

Wednesday, May 18, 2011

Perangai Khalid Ibrahim - Dah Rosak Baru Nak Berbincang

Tak tahulah apakah label yang digantungkan ke leher Khalid Ibrahim.

MB paling baik atau MB terburuk dalam sejarah Selangor.

Beberapa kali telah menunjukkan perlakuan bodoh. Contohnya, isu perlantikan SUK. Meracau ke sana sini, siap buat draf pindaan undang-undang tubuh negeri dan akhirnya gagal mendapat majoriti 2/3, meskipun sudah dijangka keputusannya. Kos untuk penggubalan yang diserahkan kepada pihak ke3, hanya Khalid dan konco-konconya sahaja yang tahu.

Begitu juga dengan usaha menyingkirkan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan sekali lagi berpuluh ribu terbang melayang untuk kos mahkamah.

Terbaru ialah isu air. Setelah penat berdemontrasi dan berarak ke istana negara, berserta pula kos untuk banner, billboard dan risalah, akhirnya Khalid buat keputusan untuk berunding dengan kerajaan pusat.

Selangor cadang bincang isu air dengan Kerajaan Pusat

18/05/2011 6:44pm

SHAH ALAM 18 Mei - Kerajaan Selangor bercadang mengadakan satu mesyuarat khas dengan Kerajaan Persekutuan bulan depan bagi membincangkan isu penstrukturan semula industri air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan mengadakan mesyuarat itu pada minggu pertama Jun itu dibuat pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. - Bernama/Utusan

Terima Kasih!

Rasa amat terkejut dan terharu apabila seorang sahabat blogger, Medan Info membuat promosi untuk blog Akar Umbi.

Akar Umbi pernah tidak beroperasi untuk selama 6 bulan, atas sebab keterbatasan masa disamping kebuntuan idea.

Terima kasih Medan Info kerana promo yang anda buat dan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat blogger yang serta merta linkkan Akar Umbi di blog saudara-saudari.

Moga Allah perkenankan doa dan usaha kita bebas dari Pakatan Rakyat!

Gobalakrishnan Akan Berucap Di Pentas BN Hentam Anwar Ibrahim

Khabarnya MP Padang Serai, S. Gobalakrishnan berucap di pentas BN.

Sumber memaklumkan, Gobalakrishnan akan menyertai siri ceramah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), pada 21 Mei 2011, jam 9 malam bertempat di Taman Seri Berembang, Pelabuhan Klang.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim membuat percubaan untuk berucap di Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang (jarak 1.5km dan dipisahkan oleh sebatang sungai dari lokasi Gobalakrishnan bakal berucap) tetapi telah dihalang oleh PDRM kerana tiada permit.

Sesiapa yang berkelapangan dan sekiranya confirm ceramah akan diadakan bolehlah ke lokasi berkenaan.

Nantikan pengumuman rasmi dari penganjur SSDE.

Anwar Ibrahim & Khairy Jamaluddin Pasti Naik Angin - Wikileaks Memihak Kepada Najib

"Speculation is rife in Malaysia's on-line community concerning what it was that set off Razak Baginda outburst, including conspiracy theories alleging the Prime Minister's office had urged Razak to implicate Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak …in return for sparing Razak a guilty verdict and its mandatory death sentence," officials wrote.

Read the rest of the story [HERE]

Menteri Dan Gabenor BNM Mesti Selesaikan Masalah Insuran Kenderaan Lebih 10 Tahun

Isnin lepas saya telah memperbaharui polisi insuran untuk kereta lama saya Proton Wira 1.3 Sedan model 1997.

Kenyataan BNM baru-baru ini menyatakan bahawa tiada caj tambahan untuk kenderaan lama dan ia berkuatkuasa serta-merta. Baca laporan KL-Today [SINI].

Namun untuk kes kereta saya, loading dikenakan sebanyak 15% dan nilai insuran dinaikkan kepada RM12,000.00. Saya berasa terkejut dan pihak agen insuran memaklumkan bahawa perkara yang diumumkan oleh BNM, hanya melibatkan Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP) dan tidak melibatkan syarikat-syarikat insurans.

Ini bermakna kenyataan BNM tersebut telah mengelirukan semua pihak.

Dalam pada itu, BNM harus mengambil serius masalah ini, memandangkan untuk kes saya; saya telah mengikat polisi insurans dengan syarikat insurans berkenaan semenjak kereta itu dibeli. Disamping itu, tiada sebarang claims dibuat samada oleh saya mahu pun pihak ketiga.

Justeru, satu kaedah yang adil harus dirangka agar kedua-dua pihak (insured & insurer) terikat dalam perjanjian yang saksama.

Tu Dia!!! Mahfuz Menang Tanpa Bertanding Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Bukan selayaknya Mahfuz Omar untuk menduduki kerusi Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Sebaliknya Dr Mahfodz Mohamed mengiringi Datuk Harun Taib untuk menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Walaubagaimana pun, untuk jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulamak, menyaksikan 2 orang calon layak untuk bertanding iaitu Dato' Ahmad Yakob dan Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman.

Laporan penuh [Harakahdaily].

Tuesday, May 17, 2011

Teressa Kok Makin Gelabah Mendepani Modus Operandi Najib

DS Najib Tun Razak merupakan Pengerusi BN Selangor. Dengan kedudukan itu, secara langsung Najib dan Teressa Kok bertembung di Selangor, memandangkan Teressa ialah Pengerusi DAP Selangor.

Beberapa perlaksanaan dan tindakan Najib di Selangor, sepastinya menimbulkan kegelabahan di pihak Teressa.

Terbaru, pemansuhan tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) diulas oleh Teressa sebagai ciplakan idea Buku Jingga. Baca [SINI].

Teressa kena sedar yang Najib bukan junior Anwar Ibrahim. Dia telah mengalami sepak terajang dunia politik lebih 30 tahun dan mendahulu Anwar duduk dalam kerajaan. Dengan pelbagai krisis dan peristiwa yang dilalui sepanjang perkhidmatan didalam kerajaan, itu sudah cukup untuk mematangkan Najib.

Lambung Buah Dadu Untuk Pilih Timbalan Presiden PAS

Buah dadu dibekalkan untuk undian Timbalan Presiden PAS


TG Hadi Awang telah disahkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PAS.

Dalam masa yang sama, 6 orang calon disahkan layak untuk bertanding Timbalan Presiden PAS untuk pemilihan pada tahun ini.

Berikut wajah calon untuk ditenung dan ditelek oleh para perwakilan PAS, sebelum mengundi.

Namun, buah dadu mungkin tidak dibekalkan kerana pasti ada yang menarik diri.


AWAS!!! VCD Aksi Anwar Sudah Dalam Pegangan Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim, barangkali ingin memberitahu rakyat Selangor yang VCD aksi Anwar Ibrahim ada dalam pegangannya.

Jadi, Azmin Ali jangan cuba-cuba untuk menurunkan Khalid Ibrahim dari jawatan MB Selangor. Kelak padah akan menimpa dan beribu-ribu lagi VCD tersebut teredar kepada umum.

Hadi Awang Kekal Presiden, Aduka Taruna Hantuk Kepala Ke Dinding

Tahniah kepada TG Hadi Awang yang telah diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAS.

Ikhlas dinyatakan, PAS sewajarnya mengekalkan status quo.

Aduka Taruna dah boleh hantukkan kepala sendiri ke dinding.

Kenyataan Sinis Nik Aziz Kepada Anwar - Kezaliman Akan Kalah Jua Akhirnya

Nik Aziz telah memberikan kata dua kepada Anwar Ibrahim.


Memang tidak dapat disanggah kenyataan Nik Aziz.

Sebaliknya, jika Anwar sendiri berlaku zalim kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, maka ia juga berhadapan dengan kekalahan.

Mungkin kenyataan Nik Aziz itu ikhlas dan tidak mustahil juga ia merupakan kenyataan yang amat sinis.

Tidak kira siapa pun, termasuk Najib mahupun diri saya sendiri, pastinya akan kalah jika berlaku zalim.

Bila Anwar diperintahkan oleh mahkamah untuk membela diri dalam dakwaan liwatnya keatas Saiful, maka akan terbongkarlah segala kezaliman yang tersembunyi.

Rakaman Menarik Wajah Bersalah Pemimpin-Pemimpin PKR

Rakaman menarik Minaq Jinggo akan wajah bersalah pemimpin-pemimpin PKR, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Azmin Ali semasa majlis Munajat Rakyat Menolak Fitnah, di Stadium Selayang, pada !4 Mei yang lalu.

Perbezaan ketara dengan wajah makmum lain (yang relaks) berbanding 3 bagok PKR yang termenung memikirkan apa pula bala' yang bakal datang selepas ini.

Monday, May 16, 2011

Dua Kawasan DAP Dihubungkan Tanpa Tol Berkuatkuasa Selepas Tengahmalam Ini

Selepas tengah malam ini, tidak perlu bayar tol untuk Plaza Tol Metramac menghala ke Cheras dan Petaling Jaya.

Samy Velu tidak bernasib baik kerana satu demi satu plaza tol dirobohkan tatkala tidak lagi memegang jawatan Menteri Kerja Raya.

Laporan Bernama di SINI.

Apa Jadah Anwar Ke Indonesia? Rakyat Indonesia Masih Letakkan Suharto Lebih Baik Dari Pasca Pembaharuan

The Flying Kick melaporkan Anwar Ibrahim telah berlepas ke Indonesia?

Apa jadah ke Indonesia? Nak cari idea?

Rakyat Indonesia sendiri pun masih letakkan Suharto No.1, dikalangan Presiden-Presiden selepas beliau.

Bukan tujuan saya memperkecilkan Presiden-Presiden selepas Suharto, cuma kalau hendak menukar kepimpinan, biarlah yang lebih dari yang ada.

Rakyat Malaysia mesti mengambil iktibar.

Kaji selidik: Suharto jadi pilihan ramai rakyat Indonesia

16/05/2011 6:57pm

JAKARTA 16 Mei – Allahyarham Suharto, Presiden Indonesia kedua, telah diundi sebagai presiden pilihan ramai oleh rakyat Indonesia, mengetepikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, menurut satu keputusan kaji selidik, yang dikeluarkan Indo Barometer semalam.

Separuh daripada responden kaji selidik yang menandakan 13 tahun era pembaharuan berpendapat, kehidupan mereka tidak berubah, manakala lebih daripada satu pertiga memilih Suharto sebagai presiden pilihan.

Sebanyak 36.5 peratus responden memilih Suharto sebagai presiden pilihan diikuti Yudhoyono (20.9 peratus), Sukarno (9.8 peratus), Megawati Sukarnoputri (9.2 peratus), B.J. Habibie (4.4 peratus) dan Abdurrahman “Gus Dur” Wahid (4.3 peratus).

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa 40.9 peratus responden dari kawasan bandar dan luar bandar berkata, rejim Orde Baru di bawah kepimpinan Suharto adalah lebih baik daripada era pembaharuan, manakala hanya 22.8 peratus berkata, era itu adalah lebih baik daripada tempoh-tempoh sebelum itu, manakala 3.3 peratus memilih Orde Lama di bawah Sukarno.

“Suka atau tidak, itulah yang diperoleh melalui kaji selidik itu,” kata Pengarah Indo Barometer, M. Qadari kepada akhbar Jakarta Post. – Bernama/Utusan

Sunday, May 15, 2011

Tak Mungkin Osama Setaraf Anwar Ibrahim

Tak mungkin Osama seorang kaki porno.

Kalau Anwar mungkin juga.

Komputer Osama penuh porno

15/05/2011 4:16am

WASHINGTON 15 Mei - Komputer dan fail digital yang dirampas tentera khas Amerika Syarikat (AS) dari kawasan kediaman Osama Bin Laden di Pakistan mengandungi sejumlah besar video pornografi.

Menurut laporan The New York Times, pegawai AS mengesahkan video itu tetapi mereka tidak mahu menyatakan sama ada mereka mempunyai bukti video-video itu milik atau ditonton Osama atau orang lain di dalam rumah itu.

Pendedahan ini boleh merosakkan legasi pengasas Al-Qaeda yang tinggal bersama tiga orang isterinya ketika dia dibunuh. - AFP/Utusan

Amaran Nik Aziz - Dah Ada Pun Jilat Kaki Anwar Ibrahim

Dua ekor kucing sambut seruan Nik Aziz, jilat kaki Anwar.