Tak tahulah apakah label yang digantungkan ke leher Khalid Ibrahim.
MB paling baik atau MB terburuk dalam sejarah Selangor.
Beberapa kali telah menunjukkan perlakuan bodoh. Contohnya, isu perlantikan SUK. Meracau ke sana sini, siap buat draf pindaan undang-undang tubuh negeri dan akhirnya gagal mendapat majoriti 2/3, meskipun sudah dijangka keputusannya. Kos untuk penggubalan yang diserahkan kepada pihak ke3, hanya Khalid dan konco-konconya sahaja yang tahu.
Begitu juga dengan usaha menyingkirkan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan sekali lagi berpuluh ribu terbang melayang untuk kos mahkamah.
Terbaru ialah isu air. Setelah penat berdemontrasi dan berarak ke istana negara, berserta pula kos untuk banner, billboard dan risalah, akhirnya Khalid buat keputusan untuk berunding dengan kerajaan pusat.
Selangor cadang bincang isu air dengan Kerajaan Pusat
18/05/2011 6:44pmSHAH ALAM 18 Mei - Kerajaan Selangor bercadang mengadakan satu mesyuarat khas dengan Kerajaan Persekutuan bulan depan bagi membincangkan isu penstrukturan semula industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan mengadakan mesyuarat itu pada minggu pertama Jun itu dibuat pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. - Bernama/Utusan
No comments:
Post a Comment