Saturday, May 21, 2011

Patutlah Jalanraya di Selangor Teruk - Khalid Ibrahim Kelepet Peruntukan

Tahun lalu, Akar Umi pernah komplen pada seorang kenalan di JKR Selangor, tentang jalanraya negeri yang keadaannya tidak sebaik semasa pentadbiran BN.

Akar Umbi tanya samada betul cakap-cakap yang peruntukan persekutuan telah turun tapi Khalid Ibrahim sudah guna ke tempat lain. Kenalan tersebut, sekadar mengangguk tanda setuju.

JITRA 21 Mei – Kementerian Kerja Raya akan mencari mekanisme baru bagi memastikan peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri bagi menyelenggara jalan-jalan negeri tidak lagi disalahgunakan untuk tujuan lain.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, peruntukan kerajaan persekutuan itu bagi memastikan jalan-jalan negeri berada dalam keadaan baik tetapi ada kerajaan negeri menggunakan peruntukan itu untuk tujuan lain termasuk membina jalan baru.

"Wang untuk penyelenggaraan tidak boleh digunakan untuk buat jalan baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, dekat sini, hari ini.

Justeru itu, katanya, kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan tentang kemungkinan wang peruntukan itu diberikan terus bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri.

Beliau berkata, setiap kerajaan negeri akan diberikan peruntukan tertentu bagi penyelenggaraan jalan negeri bergantung kepada panjang jalan negeri yang ada di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Ditanya negeri yang dikesan menggunakan peruntukan itu untuk tujuan lain, Shaziman berkata tahun lepas perkara itu dikesan di Selangor dan beliau juga difahamkan di Kedah peruntukan itu tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan yang sepatutnya.

Mengenai kerja membaikpulih jalan yang rosak akibat banjir, beliau berkata Kabinet telah bersetuju supaya kerja-kerja itu dijalankan secara berperingkat. - Bernama/Utusan

No comments: