Wednesday, May 18, 2011

Menteri Dan Gabenor BNM Mesti Selesaikan Masalah Insuran Kenderaan Lebih 10 Tahun

Isnin lepas saya telah memperbaharui polisi insuran untuk kereta lama saya Proton Wira 1.3 Sedan model 1997.

Kenyataan BNM baru-baru ini menyatakan bahawa tiada caj tambahan untuk kenderaan lama dan ia berkuatkuasa serta-merta. Baca laporan KL-Today [SINI].

Namun untuk kes kereta saya, loading dikenakan sebanyak 15% dan nilai insuran dinaikkan kepada RM12,000.00. Saya berasa terkejut dan pihak agen insuran memaklumkan bahawa perkara yang diumumkan oleh BNM, hanya melibatkan Malaysia Motor Insurance Pool (MMIP) dan tidak melibatkan syarikat-syarikat insurans.

Ini bermakna kenyataan BNM tersebut telah mengelirukan semua pihak.

Dalam pada itu, BNM harus mengambil serius masalah ini, memandangkan untuk kes saya; saya telah mengikat polisi insurans dengan syarikat insurans berkenaan semenjak kereta itu dibeli. Disamping itu, tiada sebarang claims dibuat samada oleh saya mahu pun pihak ketiga.

Justeru, satu kaedah yang adil harus dirangka agar kedua-dua pihak (insured & insurer) terikat dalam perjanjian yang saksama.

No comments: