Kaji selidik: Suharto jadi pilihan ramai rakyat Indonesia
16/05/2011 6:57pmJAKARTA 16 Mei – Allahyarham Suharto, Presiden Indonesia kedua, telah diundi sebagai presiden pilihan ramai oleh rakyat Indonesia, mengetepikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, menurut satu keputusan kaji selidik, yang dikeluarkan Indo Barometer semalam.
Separuh daripada responden kaji selidik yang menandakan 13 tahun era pembaharuan berpendapat, kehidupan mereka tidak berubah, manakala lebih daripada satu pertiga memilih Suharto sebagai presiden pilihan.
Sebanyak 36.5 peratus responden memilih Suharto sebagai presiden pilihan diikuti Yudhoyono (20.9 peratus), Sukarno (9.8 peratus), Megawati Sukarnoputri (9.2 peratus), B.J. Habibie (4.4 peratus) dan Abdurrahman “Gus Dur” Wahid (4.3 peratus).
Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa 40.9 peratus responden dari kawasan bandar dan luar bandar berkata, rejim Orde Baru di bawah kepimpinan Suharto adalah lebih baik daripada era pembaharuan, manakala hanya 22.8 peratus berkata, era itu adalah lebih baik daripada tempoh-tempoh sebelum itu, manakala 3.3 peratus memilih Orde Lama di bawah Sukarno.
“Suka atau tidak, itulah yang diperoleh melalui kaji selidik itu,” kata Pengarah Indo Barometer, M. Qadari kepada akhbar Jakarta Post. – Bernama/Utusan
Monday, May 16, 2011
Apa Jadah Anwar Ke Indonesia? Rakyat Indonesia Masih Letakkan Suharto Lebih Baik Dari Pasca Pembaharuan
The Flying Kick melaporkan Anwar Ibrahim telah berlepas ke Indonesia?
Apa jadah ke Indonesia? Nak cari idea?
Rakyat Indonesia sendiri pun masih letakkan Suharto No.1, dikalangan Presiden-Presiden selepas beliau.
Bukan tujuan saya memperkecilkan Presiden-Presiden selepas Suharto, cuma kalau hendak menukar kepimpinan, biarlah yang lebih dari yang ada.
Rakyat Malaysia mesti mengambil iktibar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment