Kebanyakan blog pro PR telah menyiarkan kenyataan Mat Zain, yang antara lain menyebut ,
"Najib tidak boleh menyalahkan sesiapa jika beliau kehilangan kepercayaan orang beragama Islam di negara ini dengan mempamirkan kesediaannya untuk melindungi "rakannya" dengan menukarganti penghinaan terhadap Islam".
Mat Zain Ibrahim telah beberapa kali membuat kenyataan terbuka yang kebanyakan menyerang Peguam Negara, mantan KPN dan kepada PM, Mat Zain menyatakan,
"terdapatnya pertambahan bilangan pesara dari kalangan kakitangan awam, anggota tentera dan polis, yang kebanyakannya beragama Islam, yang mula merasa tertipu dan diperhambakan serta meragui arahtuju dan keupayaan YAB mengetuai kerajaan.... ini satu perkembangan yang tidak baik untuk YAB."
Apabila kenyataan demi kenyataan dibuat, semakin meluat pula membacanya, seolah menyerang bekas bos yang tidak menaikkan pangkat beliau (?).
Mat Zain boleh buat pelbagai tuduhan dan andaian tetapi beliau terlupa melihat dirinya sendiri. Beliau seolah-olah lupa kepada qada' & qadar sehingga tidak pula mempersoal dan mengkaji, mengapa beliau tidak naik melalui tangga kerjayanya hingga ke jawatan KPN?
Sesungguhnya, setiap sesuatu kejadian sebenarnya mempunyai asbab yang menentukan takdir ketentuan ilahi.
Perbuatan Mat Zain, menambahkan lagi sangkaan buruk terhadapnya, mungkinkah beliau mengidamkan jawatan Menteri KDN apabila Anwar atau Pakatan Rakyat mengambil alih Putra Jaya?
Mat Zain seharusnya insaf bahawa Allah swt memberikan amanah mengikut kemampuan masing-masing. Diam itu sebenarnya lebih baik. Kalau rekod Mat Zain sendiri baik, takkan tergamak Najib memandang sebelah mata terhadap beliau. Najib bukan sehari dua dalam politik, malah tidak keterlaluan dinyatakan Najib akan memanggil dan mendengar sendiri pandangan Mat Zain, andainya pandangan tersebut baik dan memberi kesejahteraan kepada negara.
Saidina Ali pernah ditanya oleh para sahabat berhubung kecelaruan diera pemeritahannya. Jawapannya, "kerana khalifah-khalifah terdahulu mempunyai pengikut-pengikut seperti aku dan zaman pemerintahanku, pengikut-pengikut berperangai seperti kamu," (merujuk dari segi perangai dan taat setia).
Kebenaran kata-kata Saidina Ali melarat hingga ke hari ini. Sebelum-sebelum ini, tidak pernah bekas pegawai-pegawai kanan polis yang menyoal ketuanya. Sekiranya perangai Mat Zain tidak berubah, maka tidak hairan kecelaruan semakin parah, akibat dari bertambahnya pesara-pesara yang berperangai seperti Mat Zain Ibrahim ekoran teladan yang ditunjukkannya!
Perkara pokok sebenarnya ialah samada Anwar Ibrahim layak sebagai PM? Mujur video ditunjukkan sebelum Anwar menjadi PM. Andainya Anwar menjadi PM (atas tiket UMNO selepas Tun Dr Mahathir) dan video ini disebarkan, apakah PAS, DAP dan Mat Zain sendiri akan anggapnya sebagai fitnah?
1 comment:
Biar polis buat keje. Kita jangan banyak buat andaian.
Post a Comment