Thursday, June 5, 2014

Sempena Ramadhan - Hasan Malek Tebus Dosa?


DS Hasan Malek belum pun menafikan wujudnya pengecualian faedah terhadap baki pinjaman RM32 juta dari Bank Rakyat kepada seorang individu yang dikatakan sebagai 'saudagar karpet'.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, TS Sabaruddin Chik pada May lalu. Sabaruddin selanjutnya menjelaskan wujudnya campurtangan dari menteri yang membolehkan baki pinjaman berkenaan (yang asalnya RM40 juta), dibayar melalui 120 keping 'post-dated cheque' untuk tempoh 10 tahun.

Oleh kerana tiada penafian dari Malek berhubung dari pengucualian faedah terhadap baki pinjaman berkenaan, apabila Bank Rakyat melancarkan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 dengan peruntukan dana RM45 juta, maka timbullah andaian Malek cuba menebus dosa sempena Ramdhan.

Skim yang dilancar oleh Perdana Menteri hari ini adalah berbentuk kredit mikro tanpa faedah, dengan pinjaman maksimum RM3,000 kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan seluruh negara.

Sementara kaedah pembayaran ialah 50% daripada jumlah pinjaman mesti dilangsaikan sebelum berakhir bulan Syawal dan baki selanjutnya mesti dibayar sebulan selepas Syawal.

Secara perbandingan, pinjaman RM45 juta mesti dilangsaikan dalam tempoh 2 bulan, tetapi pinjaman RM32 juta dapat keistimewaan penangguhan hingga 120 bulan.

Adilkah?