Thursday, June 5, 2014

Sempena Ramadhan - Hasan Malek Tebus Dosa?


DS Hasan Malek belum pun menafikan wujudnya pengecualian faedah terhadap baki pinjaman RM32 juta dari Bank Rakyat kepada seorang individu yang dikatakan sebagai 'saudagar karpet'.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, TS Sabaruddin Chik pada May lalu. Sabaruddin selanjutnya menjelaskan wujudnya campurtangan dari menteri yang membolehkan baki pinjaman berkenaan (yang asalnya RM40 juta), dibayar melalui 120 keping 'post-dated cheque' untuk tempoh 10 tahun.

Oleh kerana tiada penafian dari Malek berhubung dari pengucualian faedah terhadap baki pinjaman berkenaan, apabila Bank Rakyat melancarkan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 dengan peruntukan dana RM45 juta, maka timbullah andaian Malek cuba menebus dosa sempena Ramdhan.

Skim yang dilancar oleh Perdana Menteri hari ini adalah berbentuk kredit mikro tanpa faedah, dengan pinjaman maksimum RM3,000 kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan seluruh negara.

Sementara kaedah pembayaran ialah 50% daripada jumlah pinjaman mesti dilangsaikan sebelum berakhir bulan Syawal dan baki selanjutnya mesti dibayar sebulan selepas Syawal.

Secara perbandingan, pinjaman RM45 juta mesti dilangsaikan dalam tempoh 2 bulan, tetapi pinjaman RM32 juta dapat keistimewaan penangguhan hingga 120 bulan.

Adilkah?

3 comments:

Anonymous said...

Jgn. kita TERPERANGKAP Akar Umbi - dgn. perancangan halus si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan nikan sgt penting utk kaum BUMIPUTERA, terutamanya umat Islam/Melayu - jadi aku syak ini telah diRANCANGkan dgn. amat halus, utk. MENJATUHkan Menteri Islam/Melayu YB Datuk Hassan Malek dan digantikan dgn. si DALANG-DUA-MUKA plg. merbahaya, si GerakanKAPIR! Lihat di http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/06/skandal-rm40juta-hassan-malek-mungkin.html , Skandal RM40Juta : Hassan Malek Mungkin Digantikan Dengan Mah, Oleh Sungai Rapat, June 3, 2014!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Hmmm...
Yg kaya dibantu kow2
Yg miskin dijadikan alat utk menghalalkan cara menolong yg kaya

Apa boleh buat.. kita hanya laku 5 thn sekali masa PRU jr. Ada yg nasib baik laku lg bila ada PRK

Daudjedin said...

http://youtu.be/cqX1gmvxko4