Saturday, November 19, 2011

Blogger GOBLOK Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Tengahari tadi isteri saya menerima SMS dari stafnya dan memaklumkan Dato' Kadar Shah Tun Sulaiman Ninam Shah telah meninggal dunia jam 3.00am. Sudah terlewat, kerana jenazah telah dibawa untuk dikebumikan di Muar.

Allayarham adalah anak kepada bekas Pengerusi Tetap UMNO Malaysia Tun Sulaiman Ninam Shah.

Selain dari seorang ahli perniagaan dan melibatkan diri dalam politik, beliau juga adalah pengendali blog GOBLOK.

Al-Fatihah.

Tun Dr Mahathir Beri Isyarat Jelas Pada Marina - Tidak Terima Seksualiti Merdeka

"Sementara kita akui ada manusia yang jantina mereka tidak jelas, janganlah kerana ingin tidak memencilkan mereka, kita terima amalan Seksualiti Merdeka atau Free Seks dalam masyarakat kita. Amalan ini bukan sahaja berdosa tetapi akan runtuhkan masyarakat kita." - Tun Dr Mahathir

Dr Syed Husin Ali Gadai Jawatan Timbalan Presiden PKR Untuk Jadi Senator?

“Ezam berkata, beliau banyak menghabiskan masa minum teh bersama Syed Husin dan mendengar aduan beliau yang kecewa disisihkan Anwar dan Azmin walaupun menjadi timbalan presiden.

Katanya, atas dasar kemewahan Azmin itu, maka Syed Husin memujuk beliau tidak keluar parti bagi menghalang Azmin menguasai parti kerana tidak rela orang seperti Azmin menggantikan tempat beliau.” [Utusan]

Mantan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dalam memoirnya menyebut bahawa alasan masalah kewangan menjadi punca bagi Ezam Mohd Nor meninggalkan PKR.

Namun, kenyataan Syed Husin Ali telah disanggah oleh Ezam dalam kenyataannya di Utusan. (Petikan kenyataan Ezam seperti di atas).

Tampak logik kenyataan Ezam memandangkan dari segi idealisme pun sudah jelas jurang perbezaan antara Anwar-Azmin dengan Syed Husin. Perlu dinyatakan bahawa Syed Husin adalah pendokong sosialisme dan tentunya perjuangan adalah berteraskan pembelaan golongan marhaen. Sebaliknya, Anwar- Azmin lebih condong kepada kapitalis. Kuatnya fahaman sosialisme dalam jiwa Syed Husin, telah mendorong Nik Aziz menolaknya untuk bertanding di Kota Bahru. Ini kerana Nik Aziz menyamakan sosialisme dengan komunisme.

Meskipun kewujudan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) adalah hasil gabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dipimpin oleh Syed Husin dengan Parti KeAdilan Nasional (KeAdilan) yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah Ismail pada 3 Ogos 2003, namun ia bukan membawa kepada pembubaran PRM.

Usaha Syed Husin membawa PRM bergabung dengan KeAdilan untuk membentuk entiti PKR tidak mendapat sokongan total dari dalam PRM sendiri. Malah sehingga hari ini PRM tetap wujud.

Hakikatnya, Syed Husin telah tersalah langkah bila mahkamah telah secara tidak langsung mengisytiharkannya sebagai keluar parti. Rujuk kisah Syed Husin bak katak melompat di [SINI].

Cuma baiknya Ezam, beliau tidak menyebut Syed Husin gadaikan jawatan Timbalan Presiden PKR untuk jadi Senator!

Syed Zainal Abidin Bakal Kepalai MBO Untuk Ambilalih Proton?

BT melaporkan spekulasi pengambilalihan Proton Holdings Bhd oleh pengurusan kanan pengeluar kereta nasional berkenaan.

Mungkinkah bakal berlaku?

Friday, November 18, 2011

Suami Shahrizat Bagi Idea Pada Bro Najib Macamana Blogger Pro-Kerajaan Boleh Raih RM3.5k Sebulan

Petikan berita di atas adalah bersumberkan The Star Online.

Dari kenyataan Pengerusi Eksekutif NFC DS Dr Mohamed Salleh Ismail aku simpulkan begini:-
  • Beliau bagi idea pada PM bagaimana nak bantu para blogger. Kumpulkan 10 orang blogger pro BN dan dipayungkan dibawah syarikat sendirian berhad. Kemudian beli kondo yang boleh bagi pulangan RM35k sebulan. Jadi, tiap-tiap blogger boleh dapat RM3.5k sebulan. Buat permulaan, beli 2 unit dan jadikan top 20 pro BN blogger jadi "projek rintis". Bila berjaya bolehlah diteruskan untuk mereka yang berada diranking yang berikutnya.
  • Atau mungkin juga boleh menyelesaikan masalah miskin tegar. 20 orang miskin tegar dikumpulkan dalam formasi seperti di atas, dan mereka dengan sendiri bebas dari garisan kemiskinan tegar, malah boleh push jadi masyarakat kelas pertengahan.
Tapi yang lebih penting dari itu, Kementerian Kewangan mesti bertegas dalam hal ini. RM13.8 juta wajib diasingkan dan dikenakan kadar faedah yang bukan diistilah sebagai soft loan.

Realitinya, suami seorang menteri telah menunjukkan teladan yang tidak baik.

Aku bukan senada dengan pembangkang, tetapi aku berpegang kepada integriti. Aku tidak sentuh hal lembu, cuma aku sentuh utilisation of RM13.8M. Itu saja.

Skuad Harimau Muda Diberi Penghormatan Naik Kereta Perisai Setelah Menumpaskan Indonesia!

Terima kasih kepada tuan rumah SEA Games Indonesia dan juga pihak berkuasa Indonesia yang prihatin kepada skuad Harimau Muda yang telah menumpaskan tuan rumah 1-0.

Biasanya pasukan yang menang dapat perisai kemenangan, malang skuad Harimau Muda diberikan peluang naik kereta perisai!

Nik Aziz Telah Siap Sedia Hadapi Pilihanraya


Apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini. - Nik Aziz Nik Mat

Jangan Bising Sangatlah Pasal RM100 - Kerajaan Bagi Tu, Ambil Sajalah

PKR seolah-olah gundah gulana apabila RM100 mula adigihkan kepada murid-murid sekolah. Jadi, mulalah membangkitkan perkara-perkara remeh.

Sebentar tadi, saya baru menghantar anak-anak remaja saya ke sekolah mereka untuk mengambil bahagian masing-masing. Terdengar juga di telinga saya, betapa ada yang memperlekehkan dengan kata-kata "apa ada dengan RM100?".

Kebetulan seorang sahabat yang juga junior saya di sekolah, menyambut kata-kata itu "mungkin kecil kepada sesetengah orang, tapi besar bagi saya yang punya 6 orang anak yang sedang bersekolah".

Sebenarnya, itulah hakikat kepada sahabat saya yang punya 8 orang dan isteri pula seorang surirumah.

Berbalik kepada bentuk agihan yang memerlukan kehadiran pemimpin BN tempatan, seharusnya tidak harus dipersoalkan. Kenyataan Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN Abbas Awang, seolah-olah tidak pernah dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Di Selangor, Skim Mesra Usia Emas pun boleh dipertikaikan pengagihannya. Mana-mana yang rapat dengan kepimpinan PR tempatan, mereka akan mendapat serta merta. Namun bagi mereka yang tinggal di belakang pejabat DUN pun tidak mendapat keistimewaan berkenaan dan terpaksa menunggu berbulan.

Malah telah menjadi kebiasaan bagi pengagihan wang SMUE, diadakan dalam bentuk majlis khusus yang kadang-kadang diadakan jauh dari tempat tinggal penerima. Bukan itu sahaja, waris penerima terpaksa pula menunggu ucapan pemimpin-pemimpin PR yang sememangnya mereka meluat untuk mendengar suara dan melihat wajah mereka.

Thursday, November 17, 2011

Sah!!! Bung Mokhtar Ungguli Bung Karno

Keputusan muktamad bola sepak SEA Games 2011:-

Bung Mokhtar 1 - 0 Bung Karno

Malaysia layak ke separuh akhir menentang Myanmar.

Bung Mokhtar Gah Di Indonesia

Sekarang ini Malaysia sedang mendahului di separuh masa pertama perlawanan bola sepak SEA Games 2011.

Bung Mokhtar 1 - 0 Bung Karno

Sorry Mrs Shahrizat - Pembelian Kondo Mewah Bukan Keputusan Bijak Tapi Keputusan Baghal

GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh. [Blog Pengundi Rapat Setia]
Terus terang saya katakan bahawa, saya hanya bersetuju dengan kenyataan KJ hanya dalam pembetulan fakta. Namun, tidak bersetuju dengan keputusan menggunakan pendahuluan pinjaman untuk pelaburan hartanah.

Saya yakin dan percaya bahawa adalah menjadi polisi kerajaan untuk tidak melabur kepada pelaburan berisiko dalam pengurusan tunainya. Kalau hal ini dibenarkan, bermakna telah lama menjadi amalan AG (Ketua Akauntan Negara) untuk melabur dalam hartanah, melalui lebihan tunai yang diurus oleh mereka.

Baik apa juga alasan, dalih, pembentangan fakta dan angka oleh Mrs Sharizat ia adalah salah. Tajuknya, ia menerima soft-loan dan beliau harus mengikut prosedur kerajaan.

Memberikan perbezaan angka-angka berbanding simpanan tetap berbanding pelaburan hartanah sememangnya munasabah, jika sumber adalah dari suber dalaman mereka sendiri. Namun bayangkan, jika datang kemurkaan Allah s.wt. maka diturun bencana alam yang meruntuhkan kondo mewah berkenaan, apakah hartanah tersebut dilindungi?

Salah tetap salah. Hakikatnya, keputusan baghal tersebut telah memalitkan tahi lembu bukan sahaja kepada Shahrizat tapi juga kepada pihak kerajaan.

Soalan terakhir, apa status terkini hartanah tersebut?

Stand-Up Comedy By Anwar Ibrahim - Dalam Seluar Saya Pistol Pun Tadak

Mahkamah Isytiharkan Dr Syed Husin Ali, R. Sivarasa & Dr Sanusi Othman Telah Melompat Parti

Di atas adalah dipetik dari The Star yang melaporkan hasrat PRM untuk bertanding di kawasan-kawasan kepunyaan PKR iaitu di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya.

Menariknya tentang PRM, pada 3 Ogos 2003 telah digembar-gemburkansecara rasminya telah bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) lalu membentuk entiti baru yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dakwaan yang kononnya penggabungan PRM dengan KeAdilan pada tarikh tersebut, telah membentuk kepimpinan PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah (KeAdilan) sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali (PRM) sebagai Timbalan. Diatas kertas, penggabungan ini kelihatan sebagai pembubaran PRM namun hakikatnya secara legal PRM tidak terbubar.

Sebaliknya, kumpulan ahli yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan KeAdilan telah mengambil tindakan mengadakan Kongres Nasional PRM di Johor Baharu dan memilih kepimpinan yang baru pada 17 April 2005.

Meski pun, kumpulan yang menyertai entiti baru (PKR) telah memohon pengisytiharan mahkamah, terhadap pembubaran PRM. Akan tetapi mahkamah telah menolak permohonan tersebut, atas alasan;
  • Pembubaran mesti dibuat dengan persetujuan 60% dari kalangan ahli melalui Kongres Khas; dan
  • Tuntutan terhadap pengisytiharan pembubaran PRM dibuat oleh mereka yang telah meninggalkan parti, iaitu mereka bukan lagi ahli parti.
Ini bermakna, penggabungan PRM dengan KeAdilan sebenarnya tidak pernah wujud, malah adalah palsu. Sebaliknya, ia meletakkan hakikat bahawa Kumpulan Dr Syed Husin Ali yang turut disertai oleh R. Sivarasa dan Dr Sanusi Othman sebagai insan-insan yang melompat parti!

Inilah adalah suatu fakta yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sumber : Wikipedia

Agaknya Macam Inilah Kalau Lim Guan Eng Menyorok Bawah Meja

Kalau rakyat Pulau Pinang mengamuk di Pejabat Ketua Menteri, agaknya gerenti KM G.E Lim menyorok bawah meja macam Ah Eng dalam gambar di atas.

Laporan sebenar klik House PK.

Wednesday, November 16, 2011

Kronologi Shahrizat Terpalit Tahi Lembu

“Umno mesti berubah serta berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat bagi memenangi semula hati dan pemikiran rakyat, khususnya orang Melayu. Situasi hari ini menuntut UMNO sebagai wahana perdana politik orang Melayu, memperbetulkan kembali visi dan hala tuju, sekali gus mengenal pasti langkah untuk mengubah semula UMNO supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.”

"Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap mazmumah kepada sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

"Berubahlah, jika tidak, kita rebah,"

[Intipati Ucapan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak Sempena Perasmian Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO – 25/3/2009]

Mungkin ucapan Najib di atas dilafazkan hanya setelah ahli keluarga Ketua Pergerakan Pergerakan Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil dianugerahkan tanggungjawab untuk mengendalikan lembu-lembu di NFC.

From left: Representatives of the Finance Ministry Norizah Bahari and Datuk Ibrahim Mahaludin Puteh, Izran and Mohamad Salleh at the signing of the loan facility agreement with between the government and NFC. [Source click HERE]




Komen Akar Umbi

Sebenarnya, isu NFC ini bukan baru. Ia telah dibangkitkan sejak penghujung 2008 lagi. Cuma ia menarik perhatian umum, apabila NFC disebut dan ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara. Andainya projek ini berjalan dengan baik, isu ini mungkin tidak akan menarik perhatian umum.

Khusus kepada pemimpin-pemimpin UMNO baik diperingkat mana pun wajib mengelak mahu pun mendedahkan diri dan anggota keluarga dari fitnah. Jauhi diri anda dari penguasaan perniagaan dan politik sekali gus. Dengan itu akan mempermudahkan kerja-kerja Najib untuk mentadbir negara.

Anwar & Wan Azizah Di Kepong Jam 3.10 Petang Tadi

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Balai Polis Kepong petang ini bagi membantu siasatan kes laporan palsu yang dibuat berhubung video aksi seks pada Mac lalu.

Anwar tiba pukul 3.10 petang ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa penyokongnya termasuk Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan peguam N. Surendran. – Utusan

Tuesday, November 15, 2011

Anwar Ibrahim Menang RM25,000

Hakim memerintahkan Hishammuddin membayar RM25,000 sebagai kos kepada Anwar. [Utusan]

Ustaz Mohd Hakim Akan Ganti Dr Harun Din?

THE father of artiste-turned-preacher Bob Lokman says it is time his son discards his show business name and revert to his given name Mohd Hakim Lokman, considering the once famous lyricist-comedian-actor is no longer in the entertainment scene.

Lokman Ahmad, 73, said it would also be appropriate for his son to carry the ustaz title before his name in keeping with his new pursuit in religion.

“He should now be called Ustaz Mohd Hakim,” Sinar Harian quoted the father as saying. [The Star]

Anwar Ibrahim Terkilan

Innalillah - Ustazah Zainah Bilang Nik Aziz Malang, Gila & Bodoh?

By ZAINAH ANWAR


ARE our politicians plain bad, crazy or stupid? In this divisive, corrosive, cynical political climate of ours, if I were the Opposition, I would jump and present my party as the party of first and obvious choice for the electorate.

I would have not only welcomed the Prime Minister’s bold announcements in repealing those repressive laws and states of emergency, I would also up the ante and begin a public debate on how we as citizens should exercise and enjoy our Constitutional guarantees of fundamental liberties.

I would be planning over the next few months on how to build public opinion to hold the Government accountable and ensure that whatever alternative national security or public order laws that might emerge will uphold my fundamental freedoms.

I would want to make it politically very costly for the Government if it falls short or back-pedal on the promises of democratic reform it has made.

Instead, what do we get? An offer of the hudud law and its grim serving of chopped-off Muslim hands and feet, and stoning to death! What kind of future is that?

And we have politicians, who supposedly hold the mantle of leadership, who simply and continually miss the point.

“It’s okay to implement the hudud law because it doesn’t affect non-Muslims.” So it’s okay for Muslims to be brutalised?

See what happens when the first Muslim hand gets chopped off for stealing a motorbike.

What if a medical team is on standby to gather the chopped-off hand and the victim and run to Terengganu or fly to KL for the hand to be stitched back?

What if the thief was with a Chinese or Indian accomplice who was sentenced only to a few months’ imprisonment under the Penal Code while the Malay thief is now disabled and unable to get a job, and be forever publicly stigmatised?

Or really, could this be a conspiracy to make the Malays permanently physically disabled in order to justify affirmative action in perpetuity? I wonder.

“Non-Muslims should shut up because it doesn’t affect them.” But they are Malaysian citizens who have every right to speak up on laws that allow for brutal and inhumane punishments against their fellow citizens, the majority population to boot.

Who wants to live in such a society when your neighbour, your friend, or your fellow citizen are subject to a cruel legal system?

How could I live with my conscience if I were a Chinese who has witnessed a rape, but my infidel evidence would not be accepted under the hudud law? No, I cannot keep quiet and accept such a law.

“Muslims who are not experts on Islam should shut up”. Then please take religion out of the public sphere and make it private between us and God. But not when I can be flogged 80 lashes for qazaf (slanderous accusation) if I report I have been raped and am unable to produce four pious and just Muslim males who witnessed the rape.

On top of that, my rape report could also be taken as confession of illicit sex and I could be charged for zina. And even if I could produce the four men, I would be torn apart wondering why four supposedly pious and just men watched me being raped.

And God forbid if I was single and became pregnant because of the rape. I would be charged for zina and lashed 100 times because my pregnancy is regarded as

evidence of illicit sex.

The burden is on me, not the state, to prove I was indeed raped. The evidential requirements make this impossible. And the accused rapist will be free from any hudud punishment by simply denying the rape.

And we are all supposed to shut up? No wonder some of our political leaders are bent on their so-called “Islamic state” and “Islamic law” project because it is so easy to fly the flag of religion and silence dissenting voices.

Even of their political opponents – many of whom can only summon the courage to claim: “I am not against the Hudud law, but the time and conditions are not right to implement it.” There are hundreds of commands, exhortations, values and principles in the Quran that we ignore or violate on a daily basis.

The command for us to be kind and compassionate at all times, the duty of a man to provide and protect his wife and children, the obligation of a leader to be just and fair in his ruling are just a few of these.

And what does an Islamist party prioritise as the hallmark of its piousness? The Hudud law. Instead of having the political courage to say no to the Hudud law, once and for all on so many available grounds – Islamic, constitutional, human rights principles, lived realities – so many of their political opponents dither and hedge.

It is so tiresome that we the rakyat are subject to this again and again.

Sisters in Islam wrote letters to the editor, published a book and submitted a memorandum to the Government, all objecting to the PAS attempts to introduce the Hudud law in Kelantan and Terengganu in 1993 and 2002 respectively.

When PAS recently announced it was shifting from its push for an “Islamic state” to a “welfare state”, many thought the leadership finally realised that its future lies with social justice transformation, not with a punitive and joyless Islam of gloom and doom.

On some issues, it was even looking more progressive than Umno.

But its Hudud law pronouncements have jolted us back to reality. So many in the PAS leadership and its rank and file remain stuck in medieval times, unable to imagine what justice should mean to an Islamist party in the 21st century and unable to envision what it means to be Muslim in a modern, democratic, progressive multi-ethnic, multi-religious Malaysia today. [The Star]

Monday, November 14, 2011

Anwar Bagi 'Hint' Untuk Menyerah Kalah

Siasatan terbaru itu dibuka selepas pegawai penyiasat kes video DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Anwar dengan sengaja memberi maklumat palsu, yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu dijangka akan memberi tekanan ke atas Anwar, yang sebelum ini telah menafikan bahawa pelaku dalam video seks dengan seorang pelacur itu adalah dirinya. [Malaysian Insider]

Timbalan Speaker DUN Selangor Bakal Kehilangan Jawatan

Timbalan Speaker DUN Selangor Haniza Mohamed Talha bakal kehilangan jawatannya. Peluangnya untuk mempertahankan kerusi DUN Taman Medan menjadi goyang ekoran penghijrahan 180 orang ahli PKR PJ Selatan yang menyertai UMNO.
BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR. [Sinar Harian]

Sunday, November 13, 2011

Muslihat AMANAH - Ku Li Dah Aktifkan 'Time Bomb"?

Awalnya, saya tidak mahu bersangka buruk terhadap Angkatan Amanah Merdeka yang ditubuhkan oleh Ku Li dan disokong dan dibantu oleh bekas-bekas pemimpin BN.

Namun apabila kenyataan Timbalan Presiden Penaja Dato Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir di laman web AMANAH, membuatkan rasa terpanggil untuk meneliti dan mengkaji matlamat AMANAH yang mendakwa bergerak sebagai NGO.
Dakwaan dan kenyataan yang dibuat oleh Abdul Kadir amat berat dan cuba untuk memberikan persepsi yang tidak baik kepada UMNO yang beliau sendiri pernah duduk di barisan tertinggi disamping pernah duduk sebagai anggota kabinet. Kenyataan beliau, pada hemat saya adalah bertujuan untuk memberikan persepsi negatif terhadap UMNO dan BN.

Persoalannya mengapa sekarang baru beliau tunduk memandang ke bawah, walhal sebelum ini adalah antara pemimpin-pemimpin UMNO yang sering mendongak dan tidak mempedulikan apa yang berlaku di bawah. Sepatutnya beliau membantu PM DS Najib Razak dalam membawa suatu arus perubahan dalam UMNO dengan menghakis dan melupuskan persepsi rakyat yang UMNO adalah parti yang rasuah.

Tidak dinafikan bahawa kenyataan Abdul Kadir adalah berasaskan pengalaman peribadi beliau. Jangan abaikan yang keluarga "Fadzir" dan keluarga bapa saudaranya "Faudzar", diketika Abdul Kadir sebagai anggota kabinet, begitu rancak membina empayar perniagaan. Cukup sekadar menyebut Gold Bridge Berhad dan Aseania Corporation Berhad adalah contoh-contoh pemilikan keluarga "Fadzir" dan "Faudzar".

Perhatikan dibawah, bagaimana perniagaan Gold Bridge yang berkitar dikalangan ahli keluarga mereka.

Tidak cukup dengan penguasaan dalam perniagaan, mereka juga menguasai politik dengan nama-nama seperti Musa Sheikh Fadzir, Haidar Sheikh Fadzir, Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Omar Faudzar yang masing-masing memegang jawatan samada diperingkat bahagian dan pemuda disaat-saat Abdul Kadir sendiri yang berada dipuncak.

Berbalik kepada kenyataan pedas Abdul Kadir terhadap UMNO, saya berpandangan ini adalah percubaan untuk menghidupkan bom jangka.

Cuba teliti perlembagaan AMANAH di SINI. Dari segi formasi organisasi ternyata bahawa AMANAH adalah berbentuk nasional dan begitu mirip dengan struktur yang lazim digunakan oleh parti-parti politik di negara ini.

Satu perkara yang amat menarik dalam perlembagaan AMANAH ialah pada fasal 22 yang menyebut:-

FASAL 22 FUNGSI PERTUBUHAN

(i) Pertubuhan ini boleh menukarkan objektif dan fungsinya dengan persetujuan tidak kurang daripada 50% jumlah ahli-ahli Majlis Pusat yang hadir mesyuarat.

Lihat betapa longgarnya klausa di atas, yang hanya memperuntukkan objektif dan fungsi AMANAH boleh dipinda, memadai sekadar di mesyuarat Majlis Pusat dan bukannya melalui Mesyuarat Agong Luar Biasa.

Tidakkah ini merupakan yang AMANAH pada bila-bila masa boleh berfungsi sebagai parti politik oleh kepimpinan tertingginya? Inilah sebenarnya bom jangka yang dikatakan dan ia boleh meletup bila-bila masa.

Barangkali Ku Li ingin menambah bilangan individu negara ini, disamping Anwar yang berangan menjadi PM selepas Najib!

Pemimpin Kanan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Perlu Pembedahan Otak

Salah seorang pemimpin kanan (penaja) Angkatan Amanah Merdeka Dato' S. Subramaniam dimasukkan pembedahan untuk menjalani pembedahan otak.

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, 67, dimasukkan ke Hospital Pantai Bangsar pagi ini untuk menjalani pembedahan otak.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Makkal Thalaivar (pemimpin rakyat) dalam kalangan masyarakat India pada mulanya dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya di sini malam tadi selepas mengadu sakit kepala dan berpeluh.

Bagaimanapun, beliau dihantar ke Hospital Pantai Bangsar kira-kira pukul 9 pagi ini untuk menjalani pembedahan otak yang difahamkan mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam.

Antara orang kenamaan yang melawat beliau adalah Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan. [Utusan]

Kalaulah Sampai Ajal Hadi Awang Malam Ini (?)

Bukan mempertikaikan gambar Mat Sabu dalam majlis yang dihidangkan arak, cuma membayang betapa ketokohan pemimpin itu penting supaya dihormati.

Dengan tersemat rasa hormat, saya yakin penganjur tidak akan menghidangkan arak jika yang diraikan ialah TG Hadi Awang mahupun TG Nik Aziz.

Sebaliknya, oleh kerana penganjur tahu yang Mat Sabu seorang 'cincai' maka tidak wujud rasa hormat itu. Malah inilah beban yang harus ditanggung oleh PAS, lantaran secara 'cincai' juga memilih pemimpin.

Bayangkan kalaulah sampai ajal Hadi Awang malam ini, apa akan jadi pada PAS?

Sebenarnya wujud konspirasi untuk melemahkan harakah perjuangan PAS. Klik [SINI] untuk mengetahui konspirasi tersebut.

Juara Dunia Tewas (Video)

Wajah-Wajah Ketakutan Anwar Ibrahim


Kompilasi wajah-wajah ketakutan Anwar Ibrahim (dikumpulkan oleh AIDC) yang disembunyikan melalui kemarahan dalam berdepan dengan Kes Liwat 2nya.