Thursday, November 17, 2011

Sorry Mrs Shahrizat - Pembelian Kondo Mewah Bukan Keputusan Bijak Tapi Keputusan Baghal

GEMAS: Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), adalah keputusan perniagaan bijak, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh. [Blog Pengundi Rapat Setia]
Terus terang saya katakan bahawa, saya hanya bersetuju dengan kenyataan KJ hanya dalam pembetulan fakta. Namun, tidak bersetuju dengan keputusan menggunakan pendahuluan pinjaman untuk pelaburan hartanah.

Saya yakin dan percaya bahawa adalah menjadi polisi kerajaan untuk tidak melabur kepada pelaburan berisiko dalam pengurusan tunainya. Kalau hal ini dibenarkan, bermakna telah lama menjadi amalan AG (Ketua Akauntan Negara) untuk melabur dalam hartanah, melalui lebihan tunai yang diurus oleh mereka.

Baik apa juga alasan, dalih, pembentangan fakta dan angka oleh Mrs Sharizat ia adalah salah. Tajuknya, ia menerima soft-loan dan beliau harus mengikut prosedur kerajaan.

Memberikan perbezaan angka-angka berbanding simpanan tetap berbanding pelaburan hartanah sememangnya munasabah, jika sumber adalah dari suber dalaman mereka sendiri. Namun bayangkan, jika datang kemurkaan Allah s.wt. maka diturun bencana alam yang meruntuhkan kondo mewah berkenaan, apakah hartanah tersebut dilindungi?

Salah tetap salah. Hakikatnya, keputusan baghal tersebut telah memalitkan tahi lembu bukan sahaja kepada Shahrizat tapi juga kepada pihak kerajaan.

Soalan terakhir, apa status terkini hartanah tersebut?

3 comments:

Anonymous said...

Itulah nama dia pelaburan. Untung atau rugi, siapa pon tak boleh duga. Kalau rugi, tanggunglah sendiri. Duit tetap kena bayar.

Anonymous said...

kakitangan kerajaan yang pinjam loan buat rumah agak2 awak la macamana ya kalau tanah runtuh, gempa bumi, rumah hancur?boleh tolong jawab?

Akar Umbi said...

anon 3:05

Pinjaman lain.... Kalau diambil kira pd kes Higland Tower, bank write-off hutang lapuk tu.

Masalahnya ini duit projek lembu... beli kondo cash guna duit lembu... kondo runtuh, anon 3:05 ingat kerajaan nak write off ke?