Sebentar tadi, saya baru menghantar anak-anak remaja saya ke sekolah mereka untuk mengambil bahagian masing-masing. Terdengar juga di telinga saya, betapa ada yang memperlekehkan dengan kata-kata "apa ada dengan RM100?".
Kebetulan seorang sahabat yang juga junior saya di sekolah, menyambut kata-kata itu "mungkin kecil kepada sesetengah orang, tapi besar bagi saya yang punya 6 orang anak yang sedang bersekolah".
Sebenarnya, itulah hakikat kepada sahabat saya yang punya 8 orang dan isteri pula seorang surirumah.
Berbalik kepada bentuk agihan yang memerlukan kehadiran pemimpin BN tempatan, seharusnya tidak harus dipersoalkan. Kenyataan Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN Abbas Awang, seolah-olah tidak pernah dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Di Selangor, Skim Mesra Usia Emas pun boleh dipertikaikan pengagihannya. Mana-mana yang rapat dengan kepimpinan PR tempatan, mereka akan mendapat serta merta. Namun bagi mereka yang tinggal di belakang pejabat DUN pun tidak mendapat keistimewaan berkenaan dan terpaksa menunggu berbulan.
Malah telah menjadi kebiasaan bagi pengagihan wang SMUE, diadakan dalam bentuk majlis khusus yang kadang-kadang diadakan jauh dari tempat tinggal penerima. Bukan itu sahaja, waris penerima terpaksa pula menunggu ucapan pemimpin-pemimpin PR yang sememangnya mereka meluat untuk mendengar suara dan melihat wajah mereka.
1 comment:
Kalau ada lima orang anak, kan
dapat lima ratus ringgit..!
Rezeki tuuu...
Post a Comment