Friday, November 18, 2011

Suami Shahrizat Bagi Idea Pada Bro Najib Macamana Blogger Pro-Kerajaan Boleh Raih RM3.5k Sebulan

Petikan berita di atas adalah bersumberkan The Star Online.

Dari kenyataan Pengerusi Eksekutif NFC DS Dr Mohamed Salleh Ismail aku simpulkan begini:-
  • Beliau bagi idea pada PM bagaimana nak bantu para blogger. Kumpulkan 10 orang blogger pro BN dan dipayungkan dibawah syarikat sendirian berhad. Kemudian beli kondo yang boleh bagi pulangan RM35k sebulan. Jadi, tiap-tiap blogger boleh dapat RM3.5k sebulan. Buat permulaan, beli 2 unit dan jadikan top 20 pro BN blogger jadi "projek rintis". Bila berjaya bolehlah diteruskan untuk mereka yang berada diranking yang berikutnya.
  • Atau mungkin juga boleh menyelesaikan masalah miskin tegar. 20 orang miskin tegar dikumpulkan dalam formasi seperti di atas, dan mereka dengan sendiri bebas dari garisan kemiskinan tegar, malah boleh push jadi masyarakat kelas pertengahan.
Tapi yang lebih penting dari itu, Kementerian Kewangan mesti bertegas dalam hal ini. RM13.8 juta wajib diasingkan dan dikenakan kadar faedah yang bukan diistilah sebagai soft loan.

Realitinya, suami seorang menteri telah menunjukkan teladan yang tidak baik.

Aku bukan senada dengan pembangkang, tetapi aku berpegang kepada integriti. Aku tidak sentuh hal lembu, cuma aku sentuh utilisation of RM13.8M. Itu saja.

2 comments:

Anonymous said...

Terbaik!!!

Sepatutnya blogger2 pro-BN lain lebih beretika dalam persembahan artikel mereka. Terlalu membabi-buta dalam membela seseorang YB umno yang jelas salah hanya merebahkan umno dalam PRU kelak.

Dot said...

AU,

OTAK ORANG BERNIAGA..UNTUNG MESTI DICARI!!!

harap2 PM dapat selesaikan perkara ni dgn berhemah krn rakyat sudah jemu dgn tohmahan pembangkang yg hanya tahu membangkang tanpa melakukan apa2 pun...yg berusaha membantu rakyat akan dijadikan 'kambing hitam' mrk. pekerja2 NFC yg tak berdosa dimaki hamun krn rafizi yg kurang ajar tuh!