Menariknya tentang PRM, pada 3 Ogos 2003 telah digembar-gemburkansecara rasminya telah bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) lalu membentuk entiti baru yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dakwaan yang kononnya penggabungan PRM dengan KeAdilan pada tarikh tersebut, telah membentuk kepimpinan PKR yang diterajui oleh DS Wan Azizah (KeAdilan) sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali (PRM) sebagai Timbalan. Diatas kertas, penggabungan ini kelihatan sebagai pembubaran PRM namun hakikatnya secara legal PRM tidak terbubar.
Sebaliknya, kumpulan ahli yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan KeAdilan telah mengambil tindakan mengadakan Kongres Nasional PRM di Johor Baharu dan memilih kepimpinan yang baru pada 17 April 2005.
Meski pun, kumpulan yang menyertai entiti baru (PKR) telah memohon pengisytiharan mahkamah, terhadap pembubaran PRM. Akan tetapi mahkamah telah menolak permohonan tersebut, atas alasan;
- Pembubaran mesti dibuat dengan persetujuan 60% dari kalangan ahli melalui Kongres Khas; dan
- Tuntutan terhadap pengisytiharan pembubaran PRM dibuat oleh mereka yang telah meninggalkan parti, iaitu mereka bukan lagi ahli parti.
Ini bermakna, penggabungan PRM dengan KeAdilan sebenarnya tidak pernah wujud, malah adalah palsu. Sebaliknya, ia meletakkan hakikat bahawa Kumpulan Dr Syed Husin Ali yang turut disertai oleh R. Sivarasa dan Dr Sanusi Othman sebagai insan-insan yang melompat parti!
Inilah adalah suatu fakta yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment