Saturday, November 19, 2011

Dr Syed Husin Ali Gadai Jawatan Timbalan Presiden PKR Untuk Jadi Senator?

“Ezam berkata, beliau banyak menghabiskan masa minum teh bersama Syed Husin dan mendengar aduan beliau yang kecewa disisihkan Anwar dan Azmin walaupun menjadi timbalan presiden.

Katanya, atas dasar kemewahan Azmin itu, maka Syed Husin memujuk beliau tidak keluar parti bagi menghalang Azmin menguasai parti kerana tidak rela orang seperti Azmin menggantikan tempat beliau.” [Utusan]

Mantan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dalam memoirnya menyebut bahawa alasan masalah kewangan menjadi punca bagi Ezam Mohd Nor meninggalkan PKR.

Namun, kenyataan Syed Husin Ali telah disanggah oleh Ezam dalam kenyataannya di Utusan. (Petikan kenyataan Ezam seperti di atas).

Tampak logik kenyataan Ezam memandangkan dari segi idealisme pun sudah jelas jurang perbezaan antara Anwar-Azmin dengan Syed Husin. Perlu dinyatakan bahawa Syed Husin adalah pendokong sosialisme dan tentunya perjuangan adalah berteraskan pembelaan golongan marhaen. Sebaliknya, Anwar- Azmin lebih condong kepada kapitalis. Kuatnya fahaman sosialisme dalam jiwa Syed Husin, telah mendorong Nik Aziz menolaknya untuk bertanding di Kota Bahru. Ini kerana Nik Aziz menyamakan sosialisme dengan komunisme.

Meskipun kewujudan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) adalah hasil gabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dipimpin oleh Syed Husin dengan Parti KeAdilan Nasional (KeAdilan) yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah Ismail pada 3 Ogos 2003, namun ia bukan membawa kepada pembubaran PRM.

Usaha Syed Husin membawa PRM bergabung dengan KeAdilan untuk membentuk entiti PKR tidak mendapat sokongan total dari dalam PRM sendiri. Malah sehingga hari ini PRM tetap wujud.

Hakikatnya, Syed Husin telah tersalah langkah bila mahkamah telah secara tidak langsung mengisytiharkannya sebagai keluar parti. Rujuk kisah Syed Husin bak katak melompat di [SINI].

Cuma baiknya Ezam, beliau tidak menyebut Syed Husin gadaikan jawatan Timbalan Presiden PKR untuk jadi Senator!

2 comments:

Ms Pearl said...

niat manusia hanya dia dan allah saja yang tau

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=mvVt9K1NjiU

Lihat kenyataan anwar di suni berkenaan kedegilan syed husin tidak mahu menerima jawatan senator sehingga perlu diputuskan di dewan undangan negeri