Saturday, April 6, 2013

Anwar Sedang Pujuk Jambu Berkhidmat Di Pejabatnya


Gundah gulana.

Itulah hakikat perasaan yang sedang melanda Jambu.

Siapakah Jambu? Jawapannya ada dalam video di bawah.


Pada minit 4:50 Zulkifli Noordin mencelah "Hey Jambu, duduklah Jambu...,", yang jelas merujuk kepada Yusmadi Yusoff.


Kini sah Yusmadi yang dipanggil Jambu oleh Zulkifli, tidak akan mempertahan kerusi parlimen Balik Pulau yang dimenanginya pada PRU12.

cokp


Seperti yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim, kerusi kawasan berkenaan akan ditandingi oleh Muhammad Bakhtiar Wan Chik (foto atas).


Menurut laporan Keadilan Daily, Anwar sedang memujuk Jambu berkhidmat di pejabatnya.
“Tapi, sudah sampai ketikanya, sebagai tokoh muda – kalau dia (Yusmadi) setuju, kita beri tugas lain di pejabat saya dan sekretariat pusat KEADILAN, insya-Allah dalam kerajaan baru,” - Anwar Ibrahim.
Tugas lain yang fungsinya macamana agaknya?

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 5 - Memalukan Apabila Khalid Ibrahim Guna Kalkulator Rosak Kira Pendapatan Royalti Pasir Selangor


Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor, mereka cuba memperlekeh kutipan royalti pasir yang sekadar RM17 juta setahun semasa pentadbiran Barisan Nasional.

Mereka mendakwa bahawa Pakatan Rakyat boleh mengumpul RM150 juta dari hasil royalti pasir. (Rujuk pada hansard Sidang DUN Selangor di bawah)


Selepas pembubaran DUN Selangor, angka kutipan ini tidak pernah mencapai RM150 juta setahun seperti didakwa mampu dikutip oleh Pakatan Rakyat.

Inilah akibat ketakburan Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya lebih wibawa dalam mentadbir negeri dan negara. Awal-awal lagi, mereka telah tersilap congak dan tanpa membuat rujukan mendakwa royalti pasir dikira berasaskan unit tan metrik, walhal kiraan sebenar adalah berasaskan unit meter padu.

Kadar royalti pasir di Selangor ialah RM3 setiap meter padu dan ia boleh dirujuk pada pekeliling Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, klik SINI. (1 meter padu =  antara1.6 hingga 1.8 tan metrik)

Oleh yang demikian, anggaran kutipan royalti tahunan RM150 juta tidak boleh dan mustahil untuk diraih sama sekali.

Dek kerana malu gara-gara terlajak kata-kata, Khalid Ibrahim telah memberikan butiran berikut (dipetik dari  portal Media Selangorku)


Melihat pada angka yang diberikan, ternyata bahawa ia bukanlah perbandingan antara kutipan royalti pasir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan kutipan royalti oleh Kerajaan BN sebelumnya. Sebaliknya, ia lebih kepada pendedahan jualan oleh Kumpulan Semesta.

Walau bagaimana pun, kami blog Akar Umbi telah membuat anggaran keluaran mengikut kiraan metrik tan disamping kiraan anggaran royalti yang dikutip oleh kerajaan Pakatan Rakyat, yang diringkaskan mengikut jadual di bawah:-



Berasaskan kiraan tersebut di atas, ternyata bahawa andai dicampurkan antara jumlah jualan dan anggaran royalti pasir, jumlah sasaran RM150 juta setahun tidak pernah dicapai, sepanjang Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor.

Kegagalan ini adalah gara-gara Khalid menggunakan kalkulator rosak berjenama "Yaakob Sapari".

Jadi, layakkah Pakatan Rakyat dikatakan lebih wibawa dari BN?

Friday, April 5, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 4 - Igauan Ngeri Kehilangan Kerusi MB Hantui Khalid Ibrahim Di Minggu Terakhir Menjelang Pembubaran Parlimen


Hujung minggu sebelum pembubaran parlimen, MB Selangor telah mengadakan Makan Malam Bersama Warga Institusi Pendidikan Islam Selangor (29 Mac 2013) yang berlansung di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Sambutan tidak memberansangkan (foto bawah) dan banyak kerusi kosong. Mujurlah diselamatkan oleh satu bas peserta-peserta rombongan Yayasan Islam Kelantan yang turut diraikan dalam majlis tersebut.

Khalid dalam majlis tersebut membayangkan bahawa kedudukannya adalah tidak pasti samada kekal sebagai MB Selangor.


Sebelah petang keesokan harinya, Khalid mengadakan perjumpaan dengan anak-anak Sabah di Selangor dalam majlis yang dinamakan Rapat Mesra Kinabalu, bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Khalid dan PKR juga tahu bahawa anak-anak Sabah yang menjadi pemilih di Selangor begitu cenderung kepada BN. Oleh itu, Khalid amat berharap agar pertemuan dengan anak-anak Sabah di perantauan akan menjadi turning point yang memihak kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Malang, sekali lagi peristiwa di majlis makan malam sehari sebelum berulang untuk kali kedua.

Bayangan kehilangan kerusi MB yang diduduki Khalid semakin hampir menjadi kenyataan.

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 3 - Lelaki Penggemar Cerita Seks Melayu Dedah Skandal Khalid Ibrahim Di Kuala Selangor


Sekali lagi MB Selangor menerima tamparan hebat.

Airos Shahidin Manaf yang mendakwa dirinya sebagai ahli PKR Cabang Kuala Selangor telah membuat laporan terhadap penyelewengan Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).

Hasil semakan melalui enjin carian, Airos seperti kebanyakan anggota PKR yang lain adalah seorang penggemar cerita seks Melayu (rujuk imej bawah).


Rakaman video SPRM mendedahkan butiran laporan yang dibuat oleh Airos terhadap Khalid boleh ditonton di bawah..

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 2 - Malaysiakini Hebohkan Khalid Ibrahim Diejek Dalam Majlis


Entri ini adalah sambungan dari Bhg 1.

Lagi tamparan buat MB Selangor, apabila portal Malaysikini yang dilihat sebagai pro Pakatan Rakyat tanpa segan silu melaporkan TS Khalid Ibrahim telah diejek oleh para hadirin dalam suatu majlis.

Baca petikan berikut.


Bhg 3 akan lebih sensasi bila melibatkan pengakuan seorang lelaki penggemar cerita seks Melayu yang mendedahkan skandal Khalid di Kuala Selangor.

Tunggu pendedahan blog Akar Umbi jam 4.02 petang ini.

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 1 - Kini Giliran Video Goncang Khalid Ibrahim


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun mendapatkan perkenan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada jam 2.40 petang semalam.

Apakah Khalid berpeluang untuk mempertahankan kerusi MB Selangor untuk penggal yang berikutnya?

Kini telah mula tersebar video goncang yang amat memalukan Khalid Ibrahim.

Malu berganda untuk Khalid, video tersebut ditaja oleh sebuah syarikat yang Kerajaan Negeri Selangor sendiri punya pegangan 30% saham di dalamnya.

Thursday, April 4, 2013

Analisis PRU13 - Ketika Reformasi Indonesia Mengurangkan Peranan Tentera Dalam Politik, Anwar Pula Berpaut Pada Jeneral-Jeneral Pencen


Sehari sebelum parlimen dibubarkan, Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein (foto atas) telah dinamakan oleh DS Anwar Ibrahim sebagai calon PKR untuk kawasan parlimen Johor Baharu pada PRU13 yang akan datang.

Selain Md Hashim, Lt Jeneral Abdul Ghafir Abdul Hamid turut dinamakan untuk bertanding di Pasir Gudang. Dalam pada itu, Brig Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab (ada cerit mengatakan beliau tidak layak menggunakan pangkat tentera kerana tindakan disiplin - klik SINI), disebut sebagai calon di Tanjung Malim.

Sementara itu dipihak PAS, Brig Jeneral Dato' Najmi Ahmad telah pun dinamakan oleh Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang sebagai calon di Baling.

Disamping Najmi, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid adalah antara bekas pegawai tinggi ATM yang menyertai PAS.

Sesuatu yang mungkin kita tidak perasan, meskipun keseluruhan mereka adalah pesara-pesara ATM yang telah pun menjadi orang awam, semua mereka masih menggunakan gelaran seperti yang mereka sandang dalam ATM.

Fenomena ini merupakan suatu perkara yang baru, seolah-olah Pakatan Rakyat yang dikoordinasi oleh Anwar cuba menonjolkan peranan tentera dalam politik Malaysia.

Keadaan ini berbeza dengan reformasi di Indonesia apabila rakyat menuntut penghapusan dominan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (sekarang Tentera Nasional Indonesia - TNI) dalam sistem politik negara tersebut.

Justeru apa yang cuba dibawa oleh Anwar jelas satu permulaan membawa tentera dalam kancah politik.

Saya tidak yakin bahawa bekas-bekas Jeneral ini dapat mensesuaikan dalam satu sistem pentadbiran awam, memandangkan sebahagian besar usia mereka adalah didalam sistem ketenteraan.

Rupanya, didalam Anwar memandang dan menjiwai reformasi di Indonesia, hatinya terpaut jua kepada sistem yang berlaku diera pemerintahan Suharto.

Seharusnya ATM harus dipandang sebagai suatu institusi yang profesional dalam memelihara kedaulatan negara.

Dr Mahathir Guna Khidmat 3 Syarikat Kawalan Keselamatan Untuk Pastikan Anwar Tak Dapat Curi Dengar Butiran Perjumpaannya Dengan MB & Ketua Menteri


Mengimbas kembali pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998, sebelah malamnya saya dan bersama 3 lagi rakan nekad untuk kekediaman Anwar di Bukit Damansara untuk menunjukkan rasa simpati kami.

Ketika di Batu 3 Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan, saya mendapat panggilan telefon yang memanggil saya ke kediaman MB Selangor (ketika itu TS Abu Hasan Omar).

Sesampainya di sana, saya lihat beberapa orang Ketua Bahagian, Timbalan Ketua dan beberapa orang Ketua Pemuda serta telah pun berada di situ.

Abu Hasan memberi tahu kami bahawa semua MB dan Ketua Menteri telah dipanggil oleh Tun Dr Mahathir dalam satu perjumpaan khusus buat mereka untuk menerangkan perilaku Anwar

Setelah hampir 15 tahun berlalu, barulah diketahui bahawa Dr Mahathir telah menggunakan khidmat 3 syarikat kawalan keselamatan, bagi mempastikan Anwar tidak dapat mencuri dengar butiran perjumpaan tersebut.

Malahan kesemua mereka termasuk Dr Mahathir sendiri terpaksa melalui proses patdown sebagai pemeriksaan rapi bagi mengelakkan sebarang peranti dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Semuanya didedahkan didalam video di bawah.

Wednesday, April 3, 2013

Anwar Umum Barisan Calon-Calon PKR Yang Berusia Lebih Dari Usia Wafat Nabi Untuk Bertempur Dalam PRU13


Malam tadi di Kg Dato' Sulaiman Menteri, Johor Baharu telah mengumumkan barisan awal calon-calon yang berusia melebihi usia wafat Nabi.

Antara yang disebut ialah Jeneral (B) Md Hashim Hussein yang berusia 66 tahun yang bakal bertanding di Johor Baharu, Lt Jeneral (B) Abdul Ghafir (rakan sebaya Md Hashim) di Pasir Gudang dan Idris Jauzi di Batu Pahat.

Disamping itu, minggu lepas seorang lagi calon melebihi usia 63 tahun, Pengerusi PKR Pahang Fauzi Abdul Rahman diumum sebagai calon PKR untuk kerusi parlimen Indera Mahkota.

Namun jangan kita lupa dengan bakal tertua PRU13 yang bakal ditampil oleh PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat (82 tahun) yang tentunya tidak akan berundur sebagai MB Kelantan.

Itu belum lagi dipihak DAP dengan penampilan kuda-kuda tua seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Barangkali pertembungan PRU13 adalah lebih kepada musuh-musuh politik sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, dengan generasi kedua selepas Tun Razak.

Tuesday, April 2, 2013

Unsur Sabotaj Dikalangan Pengurusan Anak Syarikat Kumpulan PNB Terhadap Najib Menjelang PRU13?


Permodalan Nasional Berhad telah memulakan teladan memberikan bonus tambahan sebulan gaji kepada kakitangannya.

Malah setiap anak kakitangan yang berusia dibawah 23 tahun (dan belum bekerja) dihadiahkan RM1,000 setiap orang.

PM DS Najib  Razak ketika berucap di Majlis Makan Malam Kumpulan Syarikat PNB sempena ulangtahun ke 35 penubuhan PNB, telah mencadangkan kepada mana-mana anggota Kumpulan Syarikat PNB yang ada keuntungan, melakukan perkara yang sama.
“Syarikat kumpulan PNB juga jika ada keuntungan lebih digalakkan melakukan perkara sama,”- Dato' Seri Najib [Petikan dari Berita Harian]
Saranan PM dalam hal ini nampaknya tidak diambil serius oleh pihak pengurusan syarikat kumpulan PNB.

Terbaru, para kakitangan Northport (Malaysia) Bhd (NMB) - 100% milik NCB Holdings Berhad pengendali pelabuhan utama negara, Pelabuhan Klang menganggap bahawa kenyataan PM di atas merupakan arahan kepada majikan mereka.

Sebaliknya, pihak pengurusan mereka mendakwa bahawa NMB bukan dalam kumpulan syarikat PNB, walau pun mengakui bahawa syarikat induk NCB Holdings adalah dibawah pemilikan PNB, malah enggan untuk memberikan bonus tambahan.

Alasan ini tidak masuk akal kerana melalui semakan struktur korporat [boleh disemak SINI], kedudukannya adalah seperti berikut:-


Sementara itu, menurut laporan KiniBiz NCB Holdings mencatat keuntungan RM168.3 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Oleh kerana tafsiran para kakitangan NMB kenyataan adalah suatu arahan dari PM, maka mereka dalam keadaan begitu mengharap terhadap bonus tambahan diberikan oleh pihak pengurusan.

Pada masa yang sama, sepatutnya pihak pengurusan NMB dapat mengambilkira dan memberikan penghormatan terhadap kenyataan PM dalam memberikan bonus kepada seluruh kakitangan mereka.

Seruan ini bukan sahaja terikat kepada NMB tetapi juga kepada semua anak-anak syarikat dibawah NCB Holdings, serta kepada seluruh syarikat yang dikuasai oleh PNB termasuk Sime Darby, UMW dan lain-lain lagi.

Sementara itu, difaham GLC seperti CIMB Bank Berhad telah pun memberi 100 unit saham yang bernilai RM7 kepada semua kakitangannya.

Malah yang terbaru, PM telah mengumumkan persetujuan kerajaan terhadap cadangan pengurusan Petronas untuk memberi RM1,000 (one-off) kepada warga kerjanya. [Laporan TV3].

Apakah syarikat-syarikat lain yang enggan menuruti langkah ini adalah sebagai percubaan untuk mesabotaj PM?

Maka elok benar kalau PM campurtangan dalam hal ini kerana perkara ini akan menjadi isu menjelang PRU13.

Peguam Tanya Anwar - Apa Sebab Bisul?


Begitu melucukan apabila Zulkifli Nordin mengajukan soalan kepada Anwar tentang sebab dia terkena bisul.

Dengarkan soalan dan jawapan dari Zulkifli dalam video di bawah.

Hey Kurang Ajar Punya DAP!


Nama sebenarnya pun hampir-hampir dekat dengan "Hey Kurang Ajar".

Dia adalah Ketua Publisiti DAP Hew Kuan Yau dan perbuatannya adalah mewakili kelakuan DAP secara keseluruhannya.

Sengaja cari pasal?

Gambar asal dipetik dari Stop The Lies.

Monday, April 1, 2013

Cakap Berbelit-belit Pengerusi PKR Pahang - Semakin Fauzi Abdul Rahman Menunduk, Semakin Terserlah Kebotakan Kepalanya


Hakikatnya memang wujud pergeseran antara Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang Fauzi Abdul Rahman dengan penyandang kerusi parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, sehingga membawa kepada pengisytiharan Fauzi sebagai calon di kawasan tersebut pada PRU13.

Kebetulan wakil rakyat Indera Mahkota itu adalah merupakan Pengerusi MPN PKR Terengganu, maka pergeseran ini secara tidak langsung membawa kepada pertembungan antara 2 orang rakan sejawat.

Memang hakikatnya Azan adalah orang Terengganu, tetapi ketika PRU12 Fauzi sebagai anak Pahang bagai seorang yang tidak punya telor untuk bertanding atas tiket PKR.

Hanya setelah nampak kemenangan Azan dan Fuziah Salleh di Kuantan, barulah Fauzi menyertai PKR, iaitu pada Julai 2008. Cuma nasibnya baik kerana punya 'fast lane' dengan Anwar Ibrahim lantas dilantik sebagai  Pengerusi MPN Pahang.

Fauzi menafikan yang dia punya masalah dengan Azan, tetapi tidak pula menafikan yang Azan mempunyai masalah terhadapnya.

Cakap berbelit-belit Fauzi yang cuba menunjukkan seolah-olah seorang yang merendah diri, boleh diibaratkan sebagai; semakin ia menunduk, maka semakin terserlah kebotakan kepalanya.

Malah Fauzi terpaksa membayar harga yang mahal atas sikap kemaruknya, apabila diboo ketika namanya diumum sebagai calon kerusi parlimen Indera Mahkota oleh Anwar Ibrahim. Videonya boleh ditonton di SINI.

Hakikatnya, memang ada masalah antara mereka berdua.

Apa Dah Jadi Dengan Che Gu Bard? Dia Dah Bagi Peluru Pada UMNO Untuk Haramkan PKR


Bagai dah bentan tak dapat menjadi calon PRU13 di Rembau, Badrul Hisham Shahrin a.k.a Che Gu Bard dah  mula mengacah-acah PKR.

Senapang dihalakan kepada UMNO, tapi bedekan sebenarnya disasarkan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Cuba dengar betul-betul kenyataan merapu oleh Che Gu Bard dalam video di bawah.


Che Gu Bard mungkin berasa hairan bagaimana UMNO mengurus 19,235 cawangan dan keahliannya yang berjumlah 3,478,393 orang, dengan dengan bilangan ranting dan ahli yang tak seberapa PKR boleh menjadi tunggang langgang dan berbaling kerusi dengan dakwaan perwakilan yang tidak sah semasa mesyuarat agung pemilihan di beberapa cabang PKR.

Antara contoh-contoh cabang PKR yang timbul huru hara ialah Kota Raja, Kelang dan Sabak Bernam di Selangor.

Hakikat yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia, pentadbiran dan pengurusan UMNO dalam mengurus organisasi adalah yang terbaik berbanding PKR, PAS apatah lagi DAP.

Cukup untuk memaparkan perjalanan Mesyuarat Agong Bahagian UMNO dengan Cabang PKR (dengan menjadikan kawasan parlimen Indera Mahkota, Pahang sebagai perbandingan);

Mesyuarat Agong  Tahunan  UMNO Indera Mahkota
Mesyuarat Agong Tahunan PKR Indera Mahkota
Perhatikan perjalanan mesyuarat agong Cabang PKR di atas tanpa sebarang dokumen mesyuarat seperti minit mesyuarat agong yang lalu, penyata tahunan dan penyata kewangan. Lihat betapa didepan penjawat-penjawat utama PKR Cabang Indera Mahkota tersebut tidak terdapat sebarang dokumen, seperti lazimnya dilihat dalam mesyuarat agong yang dilaksanakan oleh UMNO.

Bandingkan pula dengan foto di bawah yang menunjukkan Mesyuarat Agong UMNO Cawangan Pantai, Bahagian Labuan dan cuba anda perhatikan apa yang dipegang dan ditatap oleh penjawat utama cawangan berkenaan, seperti di bawah:-


Lihatlah betapa mesyuarat yang berlansung di peringkat cawangan (ranting bagi PKR) adalah lebih mengikut peraturan dari perjalanan mesyuarat yang dikendalikan oleh cabang PKR.

Tidak malukah Che Gu Bard bila mendakwa hanya 25% atau suku sahaja cawangan-cawangan UMNO seluruh negara adalah yang sah?

Sebenarnya, bukan tiga suku cawangan UMNO adalah haram, sebaliknya yang tiga suku ialah otak Che Bard. Tindakannya itu ibarat mengundang serangan balas UMNO terhadap PKR.

Bayangkan kalau UMNO juga bertindak menyiasat ranting-ranting PKR seluruh negara, rasanya 90% bakal dapat surat perintah pembubaran dari Pendaftar Pertubuhan!

Sunday, March 31, 2013

Maka Kerusi-Kerusi Pun Turut Berdiri Menyambut Kehadiran Khalid Ibrahim..........


Ketika Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Selangor bersama warga institus-institusi pendidikan Islam seluruh Selangor yang berlansung Jumaat lepas, para hadirin telah bangun sebagai tanda hormat sejurus MB Selangor TS Khalid Ibrahim memasuki Dewan Jubli Perak, Komplek Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Menariknya, kerusi-kerusi turut berdiri memberi hormat kerana masing-masing tidak punya penghuni duduk di atas mereka.


Sambutan begitu hambar, bila hampir separuh dari yang disediakan tidak diduduki.

Mujurlah ada sebuah bas rombongan yang membawa tetamu-tetamu dari Yayasan Islam Kelantan memenuhi   sebahagian dari kerusi-kerusi kosong berkenaan, yang mereka turut diraikan di majlis berkenaan.


Majlis Makan Malam ini hakikatnya adalah sebahagian dari siri kempen menjelang PRU13.

Ucapan Khalid antara lain menyentuh janji memberikan pendidikan percuma. Tapi agak mengejutkan apabila  Khalid dihadapan orang-orang kuat institusi pendidikan Islam mengakui bahawa bukan mudah untuk mencapai matlamat pendidikan percuma. Namun, Khalid tetap menaruh harapan yang Pakatan Rakyat akan melaksanakan, tetapi secara beransur-ansur.

Pengakuan Khalid ini dianggap sebagai realistik kerana jika pendidikan percuma begitu mudah dilaksanakan,  sudah pasti 2 IPT yang dikendalikan oleh kerajaan negeri iaitu UNISEL dan KUIS sudah terlebih dahulu memperkenal dan melaksanakan pendidikan percuma.

Wajah Fauzi Abdul Rahman Kontrol Malu Bila Kena Boo Ketika Anwar Umumkan Dirinya Bertanding di Indera Mahkota


Inilah saja yang mampu ditunjukkan oleh Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman bila di'boo' oleh para penyokong PKR Indera Mahkota, ketika namanya diumumkan oleh DS Anwar Ibrahim sebagai calon untuk kawasan parlimen berkenaan.

Tersandar, kontrol senyum dan malu-malu alah, bila dinamakan sebagai calon recycle terkini PKR

Rakan-rakan sepakatan pun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu tersengih spontan.

Pembangkang Dakwa Najib Bertindak Diluar Tabie Melewat Pembubaran Parlimen

Sumber foto - mStar
Dipihak pembangkang mendakwa bahawa PM DS Najib telah bertindak diluar kelaziman Perdana Menteri terdahulu, apabila dengan sengaja melewat-lewatkan pembubaran parlimen.

Meskipun ia diluar kelaziman, eksperimen Najib dalam membiarkan pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan pada 27/3/2013 yang lalu, bakal menjadi perkara yang akademik untuk dibincangkan di masa akan datang.

Secara sinis, dipihak penyokong BN telah mengeluarkan banner yang menarik berkenaan kelewatan pembubaran parlimen.


Dalam pada itu, umumnya peluang BN dalam PRU13 adalah lebih cerah berbanding Pakatan Rakyat.

Dengan berpandukan unjuran fakta-fakta, kemenangan akan berpihak kepada BN meskipun dalam keadaan. Najib mempunyai sebab yang tersendiri dalam melewatkan pembubaran parlimen dan hakikatnya itu bukan menjadi penyebab untuk tidak mendapat mandat rakyat. Baca seterusnya fakta yang penuh kebenaran, klik SINI.