Hakikatnya memang wujud pergeseran antara Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang Fauzi Abdul Rahman dengan penyandang kerusi parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, sehingga membawa kepada pengisytiharan Fauzi sebagai calon di kawasan tersebut pada PRU13.
Kebetulan wakil rakyat Indera Mahkota itu adalah merupakan Pengerusi MPN PKR Terengganu, maka pergeseran ini secara tidak langsung membawa kepada pertembungan antara 2 orang rakan sejawat.
Memang hakikatnya Azan adalah orang Terengganu, tetapi ketika PRU12 Fauzi sebagai anak Pahang bagai seorang yang tidak punya telor untuk bertanding atas tiket PKR.
Hanya setelah nampak kemenangan Azan dan Fuziah Salleh di Kuantan, barulah Fauzi menyertai PKR, iaitu pada Julai 2008. Cuma nasibnya baik kerana punya 'fast lane' dengan Anwar Ibrahim lantas dilantik sebagai Pengerusi MPN Pahang.
Fauzi menafikan yang dia punya masalah dengan Azan, tetapi tidak pula menafikan yang Azan mempunyai masalah terhadapnya.
Cakap berbelit-belit Fauzi yang cuba menunjukkan seolah-olah seorang yang merendah diri, boleh diibaratkan sebagai; semakin ia menunduk, maka semakin terserlah kebotakan kepalanya.
Malah Fauzi terpaksa membayar harga yang mahal atas sikap kemaruknya, apabila diboo ketika namanya diumum sebagai calon kerusi parlimen Indera Mahkota oleh Anwar Ibrahim. Videonya boleh ditonton di SINI.
Hakikatnya, memang ada masalah antara mereka berdua.
No comments:
Post a Comment