Saturday, July 7, 2012
Anwar Ibrahim Terkejut Dengan Sindiran Pedas Karpal Singh
Karpal Singh dalam laporan yang dibuat oleh FMT meminta KM Pulau Pinang Lim Guan Eng membatalkan debat dengan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang bakal berlangsung esok.
Kenyataan Karpal begitu cenderung memihak kepada PM Najib Razak, apabila merujuk kepada pelawaan perdebatan Anwar - Najib yang dicadangkan oleh PKR.
Satu tamparan buat Anwar.
Khalid Ibrahim Berbelanja RM1.33 Juta Semata-Mata Nak Tengok Pusat Wanita?
Kelakar bunyinya bila RM1.33 Juta diperuntukkan untuk 'Pusat Wanita Berdaya' oleh MB Selangor Khalid Ibrahim melalui Geran Selangorku.
Memang hasrat itu memang baik, tetapi nama projek itu tidak berapa kena. Mengapa tidak memilih 'Bengkel Usahanita' atau 'Bengkel Latihan Wanita' atau nama-nama lain yang tidak menjadi persendaan.
Tambahan pula, apakah dengan peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para wanita yang sememang telah mempunyai bermacam-macam kemudahan melalui Kementerian Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Masyarakat & Wanita, Kolej Komuniti, Amanah Ikhtiar dan lain-lain agensi yang berkenaan.
Dikhuatiri, dana tersebut akan dilencongkan untuk kegunaan Wanita PKR. Sementelahan pula, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli telah pun meminta Bajet Selangor 2013 disalurkan terus untuk aktiviti parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Khalid Ibrahim Bakal Berperang Dengan Teng Chang Khim
Anda lihat sendiri gaya duduk MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang begitu angkuh dan bongkak apabila ditanya reaksinya berhubung cadangan Jawatankuasa Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor Dato' Teng Chang Khim. [Tonton laporan video di SINI]
Khalid dalam reaksinya terhadap saranan Jawatankuasa Selcat yang mencadangkan pembatalan terhadap projek pembangunan di padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, menjawab bahawa perkara itu akan dibincangkan diperingkat Exco.
Hakikatnya, wujud 'hanky-panky' dalam kelulusan projek dan tentunya ia dilakukan oleh 'grand design' dan bukannya oleh sembarangan orang.
Tambahan pula dengan saranan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli meminta Khalid menimbangkan peruntukan kepada anggota komponen Pakatan Rakyat dalam Bajet 2013, secara terang bahawa memang wujud perancangan terhadap ketirisan wang awam untuk kegunaan Pakatan Rakyat.
Perlu diingat bahawa Rafizi adalah 'nuri jantan' belaan De Facto PKR DS Anwar Ibrahim, maka tidak mustahil kata-kata yang diucap oleh Rafizi adalah kata-kata Anwar.
Sedang yang terang seperti Bajet Selangor 2013 hendak diambil oleh Pakatan Rakyat, apatah lagi perkara yang terselindung seperti kelulusan projek pembangunan keatas padang PKNS.
Semua hal ini menjadi tanya dan menimbulkan kecurigaan yang boleh kita simpulkan bahawa regim Khalid Ibrahim ini sebagai 'Perompak Rakyat".
Kini Khalid berada dalam persimpangan, samada akan bertindak mengikut arahan Anwar atau menurut cadangan Teng yang tidak menyorokkan tembelang dan bangkai yang telah pun diketahui oleh pihak awam.
Kini Khalid berada dalam persimpangan, samada akan bertindak mengikut arahan Anwar atau menurut cadangan Teng yang tidak menyorokkan tembelang dan bangkai yang telah pun diketahui oleh pihak awam.
Friday, July 6, 2012
Lagi Seorang Wanita Pujaan Khalid Ibrahim Bakal Berdepan Masalah
Selepas Faekah seorang lagi wanita kesayangan Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah.
Noraini Roslan yang menjadi wanita pertama di Selangor menjadi YDP PBT akhirnya mengaku kesilapannya didepan pendakwa merangkap hakim Selcat.
Baca petikan dari Media Selangorku di bawah.
Berbeza dengan Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki yang lebih cekap melepaskan diri, nampaknya Noraini lebih lurus bendul.
Dalam sesi pendengaran kes Yayasan Selangor yang terdahulu, Ilham mengambil pendirian mengaku namun telah 'mengada-adakan' cerita secara terbuka, kononnya telah berlaku ketirisan dana YS semasa pentadbiran BN.
Begitu kelakar bunyi pembelaaan diri pegawai bawahan Noraini, Faiwos Abdul Hamid pada ayat terakhir petikan di atas, yang seolah-olah menciplak 'skrip' Ilham Marzuki!
Thursday, July 5, 2012
Khalid Ibrahim Gelak Sakan - Anwar Ibrahim Tak Berani Keluarkan Surat Tunjuk Sebab
Sebagai seorang yang bernilai RM1 bilion, Khalid Ibrahim begitu kebal untuk menerima surat tunjuk sebab dari PKR.
PKR pusat secara rasmi menafikan sebarang pengeluaran surat tunjuk sebab kepada Khalid Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sahkan Dirinya Parasit - Utamakan Pembelaan Anwar & Azmin
Dari apa yang dihujahkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dalam sidang media yang dikendalikanya, dengan sendirinya mengesahkan label parasit PAS yang diberikan oleh mantan Pesuruhjaya Dr Hasan Ali.
Awal-awal lagi (dalam video di bawah), Dr Rani bagai Pengerusi PKR Negeri menjadian pembelaan Anwar dan Azmin sebagai pembuka kata sidang medianya.
Wednesday, July 4, 2012
Khalid Ibrahim Pertahan Faekah Dalam Penggunaan Kepala *****
Khalid Ibrahim masih tetap mempertahankan Faekah Husin dalam isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.
Penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar, sebenarnya telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada kebanyakan ketua-ketua jabatan di Selangor.
Sebab itulah mereka telah bertindak berani dengan memulaukan Khalid di pertandingan golf di kalangan ketua-ketua jabatan yang dianjurkan atas Khalid sendiri.
Betapa tidaknya, selama ini pun kedudukan mereka sebagai ketua jabatan di Selangor tidak dihargai. Sebaliknya Khalkid lebih percaya kepada 3 wanita yang didampinginya. [Baca pendedahan di SINI].
Apa Hal Anwar Ke Selatan Thai? Nak Diurut Atau Nak Mengurut?
Khabar dari Thailand menyatakan bahawa Anwar akan berceramah di Pattani pada 4 dan 7 Julai. Kunjungan Anwar ke sana adalah untuk mencari pengundi yang memiliki dwi kerakyataan dengan bantuan beberapa orang politik pembangkang, orang-orang agama serta NGO-NGO Muslim di Selatan Thailand. Beliau kini sedang mendekati Dr. Ismail Lutfi iaitu puak Wahabbi di Thailand dan Tuan Guru Nik Dir Waba. Anwar juga akan melabur di koperasi Islam di sana dan merancang untuk membentangkan kertas kerja ekonomi dalam program yang dianjur oleh Koperasi Ibnu Affan yang dimiliki oleh Wahabbi di sana. Jika khabar yang diterima ini benar, maka kunjungan Anwar ke Thailand ini perlu dilihat dari sudut yang lebih luas dari sekadar politik kepartian di Malaysia. Ini bukan sahaja soal berapa banyak undi yang mampu diraihnya bagi membantu Pakatan Rakyat di Kelantan ataupun Kedah. Tetapi, kita tidak boleh mengambil mudah kecenderungan Anwar ke arah mencetuskan huru-hara dan keganasan. Dengan keadaan di Selatan Thailand yang sedia bergolak di tambah dengan penduduk yang rata-ratanya miskin, bukan sukar untuk Anwar merekrut kumpulan yang sanggup melakukan keganasan dengan bayaran yang setimpal sekiranya difikirkannya perlu. Dari segi jangka panjang pula, kita perlu melihat dari segi bahaya corak pemikiran yang bakal disebarkan Anwar di kalangan orang-orang Islam di sana. Sebelum keadaan menjadi parah, mereka wajar dimaklumkan bahawa apa yang disentuh oleh Anwar pasti akan hancur. Sejurus Anwar melangkah kaki ke dalam UMNO, maka kehancuran peribadi orang-orang muda di dalam UMNO pun bermula apabila beliau memperkenalkan mereka kepada politik wang dan cantas-mencantas. Kita bernasib baik kerana pemimpin tertinggi UMNO terdiri dari mereka-mereka yang amat bijaksana dan telah berjaya menyelamatkan parti dari terus hancur lebur dikerjakan Anwar. Akhirnya, mereka yang peribadinya telah hancur, perlahan-lahan mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dengan meninggalkan UMNO. Apabila Anwar memegang jawatan Menteri Pendidikan, beliau membawa kecelaruan dalam pemikiran bangsa Melayu dengan menerapkan dasar-dasar ekstrem yang tidak membawa manfaat kepada bangsa. Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau hampir membangkrapkan negara. Tidak dapat dibayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri. Kerana itu, kita merasa bimbang akan nasib dan masa depan saudara-saudara kita di Thailand apabila disentuh oleh Anwar. Apa yang pasti, Anwar akan membawa bersamanya kecelaruan pemikiran kepada komuniti Islam di sana. Pada awalnya, beliau akan mengikut rentak kumpulan yang ditemuinya. Jika Wahabbi, maka Wahabbilah Anwar. Jika Syiah, maka Syiahlah Anwar. Jika Buddha, maka mesra Buddhalah Anwar. Lakonan ini akan diteruskan sehingga semua kumpulan mempercayainya, menyanjungnya dan menobatkannya sebagai pemimpin dan penyelamat mereka. Apabila ketaksuban mula menguasai penduduk di sana, Anwar akan secara perlahan-lahan memasukkan jarum liberalnya. Dan perlahan-lahan juga, Anwar akan membentuk satu kumpulan liberal di celah-celah kumpulan Islam di Thailand. Dengan dana yang berterusan dari barat, kumpulan ini akan menyebarkan fahaman liberal di samping melemahkan lagi umat Islam di Selatan Thailand melalui perpecahan. Malah wang yang dilaburkan di koperasi di sana juga kemungkinan besar merupakan dana yang disediakan oleh sahabat neo-connya di barat. Cukuplah Anwar merosakkan Malaysia, jangan benarkan beliau merosakkan saudara seagama kita yang telah sedia menderita di Selatan Thailand. Kerosakan sesebuah negara, mampu merebak kepada jiran-jirannya. Dan inilah yang barat inginkan. Justeru, demi Islam dan persaudaraan, umat Islam di Thailand wajar diberi amaran segera mengenai bahaya kunjungan Anwar ke sana. Mereka perlu tahu bahawa bahaya yang dibawa Anwar adalah lebih berat dari letupan bom dan tembakan yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Ini kerana Anwar membawa agenda musuh Islam melalui pemikiran dan emosi dan ia akan berakar umbi dan merebak sehingga akhirnya umat Islam akan memusnahkan sesama sendiri dan diri sendiri.
"Sumber Perisikan Beruang Biru"
Wan Azizah Rayu 'Special Branch' Jangan Intip & Hendap Anwar Lagi
Hakikatnya Wan Azizah hanya bagai seekor burung nuri yang pandai berkata-kata.
Wan Azizah disediakan skrip untuk bercakap bagi pihak suaminya Anwar Ibrahim.
Dulu semasa berkuasa, Anwar dikatakan gunakan 'Special Branch' untuk tutup hal-hal peribadinya. Kini dia sendiri yang ketakutan.
Monday, July 2, 2012
Siapa Lagi Khalid's Angels Selain Faekah?
Rupanya bukan Faekah Husin sahaja yang berdampingan dengan Khalid Ibrahim, tetapi ada 2 orang lagi yang berkuasa dalam Jawatankuasa Geran Selangorku. Khabarnya Datin Alina (CEO Lembaga Perumahan) dan Rohany Talib (Pentadbir MBI).
Ketiga-tiga mereka dah jadi 'angels' Khalid. Mereka punya kuasa arah itu ini pada para pengarah jabatan dan pegawai-pegawai kanan di Selangor.
Dipendekkan cerita, pegawai-pegawai kanan di Selangor telah dikesampingkan dan seolah-olah tidak punya kuasa apa-apa.
Mungkin Khalid dah perasan hal pegawai-pegawai kanan terpinggir, khabarnya mereka telah dikumpulkan untuk satu 'tournament' golf. Anak-anak syarikat kerajaan negeri telah diarahkan jadi penaja.
Pertandingan golf yang berlangsung minggu lepas mendapat sambutan dari pegawai-pegawai kanan. Malangnya bila selesai permainan, masing-masing telah meninggalkan lapangan golf dan terus balik.
Mungkin mereka merajuk dan makan tengahari yang disediakan tidak dijamah. Bukan itu sahaja, majlis penyampaian hadiah berlangsung tanpa penerima/pemenang tampil mengambil hadiah!
Faekah tolong sahkan cerita ini!
Abby Abadi Dinasihat Jangan Naik Keretapi Dengan Lelaki Berkain Pelikat (Yang Dalam Gambar)
Bahaya menanti Abby Abadi kalau naik keretapi dengan lelaki berkain pelikat di atas. The Unspinners kata lelaki berkenan menunggu untuk keretapikan Abby.
Apa yang dimaksudkan dengan 'keretapikan'? Jawapannya klik SINI.
Sunday, July 1, 2012
Kemelut Dalam PKR - Zuraida Kamarudin Dedah Khalid Ibrahim Kerap Ponteng
Tanda-tanda Khalid Ibrahim bakal disungkit oleh PKR makin jelas.
Ketua Wanita PKR sudah memulakan perencanaan diperingkat pimpinan tertinggi PKR.
Najib Akan Turun Saksikan Final Euro 2012 Dengan Anak-Anak Muda Selangor Di Skrin Besar I-City, Shah Alam Jam 2.30 Pagi Nanti
PM DS Najib disahkan akan turun bersama anak-anak muda sekitar Selangor untuk menyaksikan Euro Final 2012 melalui skrin besar di I-City, Seksyen 7, Shah Alam 2.30 pagi nanti.
Turut menyertai beliau ialah Menteri Belia & Sukan dan Menteri Pertanian & Asas Tani.
JOM TURUN!
Lagi Double Standard Kerajaan PR Selangor - Pusat Kebudayaan Cina Di Tengah Bandar Klang Tapi Pusat Kebudayaan Melayu & India Diletakkan Di Ceruk
Adakah patut hanya Pusat Kebudayaan Cina sahaja yang dapat keistimewaan tersergam di Bandar Diraja Klang?
Tapi itulah yang dilakukan Khalid Ibrahim.
Ini bermakna tanah milik Yayasan Selangor bakal menjadi korban [baca SINI] sebagai memberi laluan kepada Pusat Kebudayaan Cina tersebut.
Bunyinya mungkin sedap, bila Khalid mengumumkan pembinaan ketiga-tiga pusat kebudayaan berkenaan akan menjajar di sepanjang Sungai Klang.
Namun kalau para pembaca ingin tahu, Pusat Kebudayaan Cina yang dicadangkan terletak di pusat Bandar Kalang. Sebaliknya Pusat Kebudayaan Melayu dan India terletak di ceruk-ceruk.
Pusat Kebudayaan Melayu dicadangkan di Kampung Kuantan, iaitu kawasan yang tidak terletak di laluan utama. Begitu juga Pusat Kebudayaan India yang bakal dibina di Kampung Pandan, merupakan kawasan 'jalan mati'.
Walau bagaimana pun Pusat Kebudayaan India lebih beruntung dari Pusat Kebudayaan Melayu, kerana ia boleh dilihat oleh para pengguna komuter KTM. Sementara, Kampung Kuantan yang bukan laluan utama mana-mana 'mode of transport', bakal terperap di ceruk.
Melainkan Khalid yang gagap itu punya perancangan untuk menaiktaraf seperti Venice, maka bolehlah para pelancung menyusuri Sungai Klang untuk melihat pemandangan dan singgah di tiap-tiap jeti. Itu pun kalau ada!
Double-Standard Dalam Agihan Bantuan Mangsa Banjir Selangor - Kawasan DAP Dapat RM1,000, Kawasan PAS & PKR Dapat RM500
Terjumpa gambar ini di blog Penggempur Mutiara.
Yang jadi tanda-tanya, apa istimewanya mangsa-mangsa banjir di kawasan DAP hingga dapat bantuan RM1,000.00? Walhal, mangsa-mangsa banjir di kawasan PAS (Selat Klang) dan PKR (Pelabuhan Klang) cuma sekadar mendapat RM500.00.
ADUN (PAS) Selat Klang merangkap Exco Dr Halimah tolong jawab. Apakah RM500.00 lagi puan masukkan ke dalam bag tangan?
Subscribe to:
Posts (Atom)