Friday, December 23, 2011

Luka Lama Makin Mengguris - Dr Hasan Ali Pernah Mengamuk Apabila Pusat Kebudayaan Cina Hendak Saingi Masjid?

Pernah dulu (sekitar 2009) seorang sahabat aktivis NGO memberitahu saya bahawa Exco Agama Selangor Dato' Dr Hasan Ali 'naik angin' bila Ronnie Liu dan Teressa Kok memohon tanah untuk membina Kompleks Kebudayaan Cina yang terbesar di Malaysia tidak jauh dari masjid baru di Klang Utara.

Bila saya membuat semakan, nyata bahawa idea asal penubuhan tercetus sejak pentadbiran mantan MB Dr Khir Toyo dan lokasi tapak telah pun dikenal pasti.

Akan tetapi, apabila berlaku perubahan pentadbiran, DAP telah memohon lokasi tidak jauh dari lokasi masjid baru di tebing Sungai Klang. Dengar khabar, keluasan tanah ialah 15 ekar. Malah pemiliknya ialah Yayasan Selangor.

Blog Darul Ehsan Today pernah membangkitkan hal ini [klik SINI], tapi DET telah merujuk kepada lokasi dimana terletaknya Asrama Yayasan Selangor, di Jalan Raya Barat.

Kalau tanah berkenaan yang dirujuk, pada saya ia tidaklah seluas mana dan tambahan pula ia berada di lokasi yang terlindung. Sebaliknya, kalau pembinaan di tanah seluas 15 ekar di tebing Sungai Klang, maka ia akan membentuk satu pemandangan yang lebih tersergam dari masjid di Klang Utara.

Berdasarkan faktor Klang sebagai Bandar Diraja Selangor, maka tidak hairanlah Hasan Ali begitu tidak bersetuju, disamping tanah yang dipohon adalah milik Yayasan Selangor.

Terkini, difahamkan keputusan bakal dimuktamadkan. Mungkinkah, Khalid Ibrahim akan melepaskan tanah 15 ekar tersebut kepada DAP? Dalam keadaan Hasan Ali yang tertanggal gigi, kita tengok tindakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan Timbalannya Khalid Samad dalam menangani perkara ini.



Pemandangan Masjid Klang Utara dari pelbagai sudut yang
bakal dicacatkan dengan Kompleks Kebudayaan Cina DAP

1 comment:

Anonymous said...

Pulok.. Buat kat rawang x bleh ke?