Thursday, December 22, 2011

Kalau U Tak Curang Kat I, Tolong Buat PC Depan I - Teressa Kok

“Saya akan bersama apa jua gerakan yang mempertahankan agama Islam, kedudukan orang Melayu dan menjulang institiusi Raja Raja. Saya dibina dalam suasana itu dan tidak mampu saya mengorbankan tiga prinsip ini” – Dr Hasan Ali

Mungkin untuk membuktikan cinta PAS kepada DAP, maka Pengerusi DAP Selangor Teressa Kok dipanggil untuk menyaksikan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor membedal bekas Pesuruhjaya.

Berbalik kepada kenyataan Hasan di atas, sebagai anak kampung yang berjirankan hampir 100% Melayu maka tidak hairanlah buti-butir perkataan tersebut keluar dari mulut Hasan.

Datuk dan bapa anak keturunan Bugis ini merupakan imam yang terkenal di kampungnya, Pulau Lumut atau kini dikenali sebagai Pulau Indah.

Pulau tempat asal Hasan, punya satu hubungan misteri dengan Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (ayahanda Sultan Selangor). Setiap tahun Almarhum akan datang ke pulau tersebut setiap tahun, semenjak baginda dilantik sebagai Raja Muda.

Justeru, tidak hairanlah keakraban wujud diantara kampung tradisi tersebut dengan istana dan bagi Hasan pula tentunya Islam, Melayu dan Raja telah sebati dalam dirinya.

3 comments:

Anonymous said...

teruskan perjuangan mu Dr Hasan Ali demi agama bangsa dan negara. Dato lah calon yang layak menjadi menteri Besar Selangor sekiranyanya kemenangan BN pada PRU13 nanti, saya tak nampak calon dari BN pun diselangor ini yang layak.....maaf cakap kebanyakkan kannya jaga kepentingan diri.

Neilkie69 said...

Kenapa PC PAS perlu ada perempuan DAP ni? Adakah dia yang mengawal apa yang akan dicakap oleh 2 orang pemimpin PAS ini? Bukankah telah jelas bahawa apa-apa saja yang berkaitan dengan alah tuju dan permasalahan PAS mesti ikut saluran DAP terlebih dahulu, dan suara PAS adalah suara DAP. Dimana sebenarnya kedudukan PAS dalam Pakatan Pembakang? (Bukan Pakatan Rakyat coz tidak semua Rakyat merestui Pakatan Haram ini)..

Anonymous said...

setuju dgn neilkie69..seolah2 dlm pakatan pembangkang DAP yg plg dominan dan berkuasa..