Desas-desus mengatakan bahawa Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu tidak akan mempertahankan kerusinya di DUN Pandamaran dan diberitakan akan mencari kawasan yang lebih selamat. Kemungkinan besar, MP Serdang Teo Nie Ching akan mengambil tempat itu.
Samada Ronnie mempertahankan kerusi itu atau tidak BN Selangor, melalui motto "Sayangi Selangor, Yakini BN" yakin mereka akan dapat merampas semula kerusi DUN Pandamaran.
Selain dari, sambutan luar biasa terhadap PM DS Najib Razak di Klang pada 14 Disember yang lalu, perjumpaan BN Klang yang sekadar menampilkan pemimpin-pemimpin peringkat negeri dan peringkat kawasan parlimen yang berlangsung malam tadi, mendapat sambutan begitu diluar dugaan.
Kini BN Selangor yakin, BN bakal membuat upset di kawasan parlimen Klang dengan merampas kerusi berkenaan dari DAP.
Dengan badai "feel good factor" yang memihak kepada BN di Klang, kemungkinan-kemungkinan itu tidak mustahil untuk berlaku.
Begitu juga dengan penerimaan terhadap penampilan Ketua Wanita UMNO DS Sharizat Jalil dalam program di Ampang, pasti akan membawa gelombang "Sayangi Selangor, Yakini BN" yang bakal menjadi trauma kepada PR di Selangor.
Nampaknya, semua berjalan lancar untuk pembubaran parlimen!
Tanpa penglibatan pemimpin peringkat nasional
Respons yang amat menggalakkan dari masyarakat
Dewan penuh sesak hingga tiada tempat duduk
No comments:
Post a Comment