Sunday, December 18, 2011

Adam Adli Jambu Baru Penjulang "Torch Light Budiman" Anwar Ibrahim

Torchlight Budiman Anwar Ibrahim

Suluh Budiman dan UPSI adalah sinonim. Takkan sanggup nak ditukar kepada "Torchlight Budiman".

Meskipun pada zahirnya R.O Windsted merupakan orang yang bertanggungjawab kepada tertegakkanya Maktab Perguruan Sultan IdrisShah (MPSI - turut dikenali sebagai SITC dalam sebutan Bahasa Inggeris) pada tahun 1922, namun matlamatnya, hanya sekadar mahu melahir guru-guru yang boleh mengajar anak-anak Melayu yang boleh membaca dan mengira. Dalam kata lain, guru-guru ini cukup sekadar akan melahirkan anak-anak Melayu yang lebih pandai sedikit dari ibu bapa masing-masing.

Matlamat mereka, kalau bapa petani maka anak-anak pun mesti jadi petani, sementara kalau berasal dari keluarga nelayan maka ke laut juga individu tersebut diarahkan menjadi rezeki.

Matlamat British nyata tersasar jauh kerana dari premis itulah lahirnya tokoh-tokoh nasionalisme seperti Ibrahim Yaakob, Ghafar Baba, Senu Abdul Rahman, Abdul Rahman Talib, Syed Nasir, Embong Yahya dan ramai lagi tokoh yang tersebut di sini.

Budayawan dan ahli akademik turut terlahir disamping tokoh-tokoh politik, contohnya Awang Had Salleh, Embong Yahya, Buyong Adil, Harun Aminursahid, Shahrum Hussain dan lain-lain.


Justeru tidak hairanlah MPSI dikenali sebagai 'Suluh Budiman'.

Apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1987 MPSI telah diangkat menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) yang kedudukannya lebih tinggi dari maktab-maktab perguruan lain di negara ini.

Akhirnya, 10 tahun kemudian IPSI telah dinaiktaraf menjadi universiti dan kini dikenali sebagai UPSI. Arkib lengkap berkenaan latar belakang UPSI, klik SINI.

Malang sekali, apabila 'Suluh Budiman' yang pernah melahirkan negarawan, budayawan dan karyawan negara, kini wujud pula anak-anak UPSI yang menjadi alat demi menjulang "Torchlight Budiman" Anwar Ibrahim.


Kelmarin dilaporkan, seoarang pelajar semester 5, UPSI telah menjadi alat "Torchlight Budiman" Anwar dengan sikap kurang ajarnya, menceroboh bangunan premis ibupejabat UMNO. Bukan itu sahaja, pelajar berkenaan yang bernama Adam Adli, dengan biadap menurunkan bendera berwajah Najib.


Hakikatnya, foto diatas menjelaskan keintiman Adam dengan pemilik "Torchlight Budiman" Anwar Ibrahim.

3 comments:

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut

Akar Umbi said...

ok bro... dipaut kembali... tqvm.

Anonymous said...

hebat sgguh mahasiswa ni..kebebasan dri undang2 yg dibuat kerajaan, tp terjerat dgn doktrin politik pembangkang