Sunday, December 18, 2011

Anwar Ke Turki Nak Beli Hospital?



Anwar Ibrahim hendak membeli rangkaian hospital di Turki?

Jawapannya tentulah tidak, kerana yang akan membeli rangkaian hospital di Turki ialah Khazanah Nasional Berhad.
KHAZANAH Nasional Bhd bercadang mengambil alih 75 peratus kepentingan dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki, Acibadem bagi memperluaskan pelaburannya dalam sektor penjagaan kesihatan global.
Sayap pelaburan Kerajaan Malaysia itu menguasai 15 peratus kepentingan secara langsung dalam pengendali hospital berkenaan manakala baki 60 peratus akan dikuasai secara tidak langsung menerusi anak syarikatnya, Integrated Healthcare Holding (IHH).
Turkish Competition Authority, berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pemegang saham Acibadem, Almond Holding dan keluarga Turki, Aydinlar berhubung penjualan kepentingan masing-masing dalam pengendali rangkaian hospital terbesar di Turki itu kepada kumpulan Khazanah. [Berita Harian]
Walau bagaimana pun Anwar bercadang ke Turki selepas jatuh hukum. Nak lari kot?

No comments: