Bak orang gila talak, Anwar mungkin teringin bendera berwajahnya berkibar di hadapan ibu pejabat UMNO. Pelajar UPSI dipergunakan untuk agenda jahat Anwar, walhal UPSI adalah IPT pendidikan terulung negara dan terkenal dengan motto 'Suluh Budiman. [Klik 'Suluh Budiman']
Apakah memadai undi hanya terdiri dari para pelajar IPT sudah cukup untuk membawa kemenangan sesebuah parti?
Saya pernah juga menjadi pelajar IPT dan kalau diambil kira keadaan pada masa itu, seolah-olah akan tewas Barisan Nasional. Namun, apabila datang PRU sebenar, BN tetap juga mengekalkan penguasasaannya.
Hari demi hari mematangkan diri saya untuk berfikir dan memandang bukan sahaja di dalam kepompong. Hakikatnya, kepelbagaian latarbelakang, lapisan, suasana budaya dan kefahaman menjadi rencah dalam lahirnya keputusan mutlak. Undi pelajar IPT sahaja, tidak cukup untuk menukar kerajaan dan bukanlah cermin kepada penolakan kepada Najib.
Kalau hanya beberapa orang sahaja mengangkat plakad seperti dipaparkan oleh KeadilanDaily diatas, apakah cukup untuk membuktikan penolakan terhadap Najib?
Bagaimana pula dengan foto-foto dibawah, dengan ribuan bersesak-sesak di dalam dewan dengan tanpa rasa malu memakai baju berlogo BN, juga adalah simbolik terhadap penolakan terhadap kepimpinan Najib?
Mungkin dalam soal keyakinan pengundi, Anwar kini mendahului. Tapi mendahului untuk diktiraf sebagai insan "torchlight budiman".
1 comment:
mahasiswa yg terlibat ni x patut guna nama mahasiswa dlm slogan diorg..diorg patut tulis "kami bdk2 u yg sokong anwar tolak najib".. terus terang kan senang..ni guna nama mahasiswa..burukkan nama mahasiswa yg lain sbb bukan semua mahasiswa sehaluan dgn diorg
Post a Comment