Friday, December 16, 2011

Muhyiddin Tersedak Ketika Minum Teh

Timbalan Presiden MIC mungkin seperguruan dengan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.

Kenyataan beliau kepada Bernama yang tersiar di Utusan telah mendahului Menteri Pelajaran TS Muhyiddin Yasin.

Biadap!

Novel Interlok ditarik sebagai teks komponen sastera

16/12/2011 8:54pm

MELAKA 16 Dis. - Kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya. - [BERNAMA/Utusan]

Khabar Pedih Dari Borneo Untuk De Facto Anwar

Mungkin semakin sukar untuk Anwar mengembangkan pengaruh PKR di Sabah dan Sarawak. Tokoh-tokoh di kedua-dua negeri sudah punya pakatan sendiri.

KOTA KINABALU 16 Dis. - Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan perikatan dengan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu (UBF) yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bekas naib presiden PKR itu membuat pengumuman berkenaan di sini dengan kehadiran Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr. Dripin Anak Sakoi yang memegang jawatan itu selepas bekas presiden, Dr. Patau Rubis memegang jawatan pengerusi tetap parti.

Turut hadir presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidik.- [Bernama/Utusan]

Pesuruhjaya PAS Selangor & Beer

Depan Nik Aziz Pesuruhjaya PAS Selangor pakai jubah

Di parti beer Pesuruhjaya PAS berlagak macam orang UMNO

Beer di atas meja

Beer lagi

Setiap meja Pesuruhjaya PAS kunjungi mesti ada beer

Tentera Amerika Berundur Dari Bumi Iraq



BAGHDAD: Tiada sepanduk berbunyi "Misi Berjaya" dan tiada perarakan kemenangan di tengah ibu negara Iraq yang dicengkam peperangan.

Tentera Amerika Syarikat hanya mengambil masa 45 minit untuk mengisytiharkan tamatnya misi mereka di Iraq seperti majlis penutup korporat di sebalik dinding konkrit yang pernah dibedil di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Sebanyak 4,487 tentera terbunuh dalam peperanagan di situ manakala lebih 100,000 rakyat Iraq menjadi korban. - [AP/Berita Harian]

Hasan bin Ali Diracun?

Ada riwayat mengatakan bahawa Hasan bin Ali bin Abi Talib telah diracun oleh salah seorang isterinya, Judah binti Al-Ash'ath. Hal ini berlaku apabila Judah terpedaya dengan janji Muawiyah yang menjanji habuan yang lumayan, andainya berjaya menjayakan konspirasi yang didalangi oleh Muawiyah.

[Kisah di atas, tiada kena mengena dengan Hasan bin Ali bin Omar (nama sebenar yang merujuk kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hasan Ali). Ini adalah kisah Hasan Ali Abi Talib yang begitu tragik berbanding kisah Dr Hasan Ali yang telah pun terguling di dalam PAS.]

Berbalik kepada kisah Hasan bin Ali bin Abi Talib, pengorbanan paling besar baginya ialah untuk memulihkan keamanan dan perdamaian. Sebaliknya dipihak Muawiyah, ia telah diambil kesempatan untuk menaikkan anaknya Yazid. Oleh kerana terikat dengan perjanjian dengan Hasan, maka jalan paling mudah untuk memastikan jawatan khalifah diwariskan kepada Yazid, kewujudan Hasan perlu dilenyapkan. Justeru, berlakulah konspirasi yang dinyatakan di atas.

Cerita penuh riwayat Hasan bin Ali bin Abi Talib, klik [SINI]

Ketua Wanita PKR Lakukan Jenayah Terhadap Ismail Kijo

Wanita biadap

Layakkah seorang ahli parlimen menghantar notis mengosongkan bangunan?

Surat yang dihantar oleh Zuraida Kamaruddin menggunakan kepala surat Ahli Parlimen Ampang, tidak lain mencerminkan PKR tidak menghormati konsep pengasingan kuasa Persekutuan Malaysia. Apatah lagi, beliau juga menjawat Ketua Wanita PKR Nasional dan secara langsung menunjukkan betapa rakusnya PKR yang mahu menguasai badan perundangan dan badan eksekutif, malah kalau boleh barangkali meletakkan badan kehakiman dibawah ketiak PKR.

Selayaknya, surat Zuraida kepada Ketua UMNO Bahagian Ampang ditakrifkan sebagai surat ugutan dan seharusnya dianggap sebagai kekerasan jenayah terlampau, diatas kebiadapannya.

Oleh itu, PKR tidak layak untuk diberi kuasa melalui peti undi.

Thursday, December 15, 2011

"Kalau 337c Di Terengganu Lepas, Takkan Aku 337b Kantoi?" - Anwar Ibrahim


Anwar sudah nampak lorong terang di hadapan.

Di Terengganu OKT yang disabitkan dengan pendakwaan Seksyen 337c, Kanun Keseksaan [bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, sebagai contoh mengugut untuk membunuh atau mencederakan yang seorang lagi, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan] telah dibebaskan.

Kini Anwar amat berharap, dia yang didakwa dibawah Seksyen 337b, Kanun Keseksaan [bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan] akan turut dibebaskan.

Namun, Anwar masih tak dapat tidur malam.

Najib Akan Temui Ulamak & Imam Untuk Bincang Kedudukan Dr Hasan Ali & Ust Nasha?


Najib akhir-akhir ini semakin boleh tersenyum.

Satu demi satu pertemuan membuahkan hasil.

Tatkala PAS gelandangan dengan konflik dalaman, esok Najib sendiri akan mengetuai pertemuan umarak dan ulamak beserta imam seluruh Malaysia. Kemungkinan diakhir pertemuan maka bakal terirar baiah?

PUTRAJAYA 15 Dis. - Seramai lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada barisan ulama bakal menghadiri Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur esok.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, majlis anjuran JAKIM yang diadakan buat kali ketiga selepas 2008 dan 2010, bertujuan mewujudkan kesatuan fikiran dan tindakan dalam pembangunan negara dan mengekang perpecahan yang mengundang kemudaratan kepada agama dan negara. [Bernama/Utusan]

Hadi Awang & Nik Aziz Yang Terjerut Dengan Agenda Anwar, Bukan Hasan Mahupun Nasharudin

Setia Usaha Agong PAS Dato' Mustafa Ali menyifatkan bekas Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hasan Ali sebagai terperangkap dalam dalam agenda UMNO.

Pada masa yang sama, amat mudah disanggah kenyataan itu oleh kedua-dua bekas penjawat PAS itu, dengan membuatkan kenyataan TG Hadi Awang dan TG Nik Aziz sebagai terjerut leher dalam merealisasikan agenda PKR.

Hakikatnya, satu tugas yang amat berat bagi PAS Pusat untuk membuat keputusan. Membiarkan kedua-dua bekas orang kuat PAS tersebut, bermakna kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua tokoh itu, akan memberi kesan yang amat negatif.

Sementara, kalau dipecat kedua-dua mereka bermakna PAS juga bakal berdepan dengan consequences yang tidak kurang besar juga kesannya.

Namun, dua orang penting dalam PAS Selangor (gambar bawah) amat tidak gemar spesis Hasan dan Nasharudin berada dalam parti tersebut.

15,000 Orang Beri Sambutan Hangat Kepada Najib di Klang

PM DS Najib Razak telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Maka Malam Perpaduan Persatuan Penganut Agama Tao Selangor pada 14/12/2001, bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran Klang.

Najib dijanjikan sokongan dari masyarakat Cina

Tokoh NGO Cina & Pemimpin BN Selangor

Mantan MB & Mantan Speaker Selangor turut diraikan

Setiap ruang terisi

Sesak

Tiada arak dihidangkan

Berdiri tanda hormat semasa ketibaan Najib

Banner berwajah Anwar di gerai haram berhampiran
kolam renang di Kompleks Sukan Pandamaran

Ronnie Liu Malukan Anwar Ibrahim Di Hadapan Najib

Ketika Anwar Ibrahim bergelut dengan debaran penggulungan kes liwat yang dihadapi yang bersambung pagi ini, Ronnie Liu harus dipertanggung jawabkan akibat dimalukan di mata PM DS Najib Razak.

Malam tadi, Najib telah hadir ke Kompleks Sukan Pandamaran, Klang yang mana lokasi berkenaan di bawah kawasan DUN Ronnie Liu dan pada masa yang sama anggota Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal PBT. Banner yang berwajah Anwar selayaknya menjadi kain penutup gerai haram di kawasan kompleks sukan berkenaan.

Bukan sahaja Najib, malah lebih 15,000 orang yang hadir ke Majlis Jamuan Makan Malam Perpaduan Agama Tao turut menyaksikan wajah Anwar yang terhina begitu rupa. Yang pastinya, mereka ketawa besar melihat wajah Anwar dimerengkan begitu!

Minum Arak Diizinkan Di Majlis Makan Malam Bersama Pesuruhjaya PAS Selangor

PM DS Najib Razak telah sudi hadir ke Majlis JamuanMakan Malam Perpaduan Agama Tao yang berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Kehadiran yang diumumkan oleh pihak penganjur ialah seramai 15,000 orang.





Najib yang juga adalah Pengerusi Perhubungan UMNO mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Cina yang menghormati majlis makan malam yang dihadirinya tanpa hidangan arak.

Hal ini berbeza dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, boleh cincai dengan hidangan arak di majlis yang di hadirinya. Gambar di atas dipetik dari blog Dr Rani, Khidmat Meru)

Wednesday, December 14, 2011

Keintiman Nurul Izzah & Hashim Lim Dicemburui

Lelaki dibawah telah dicemburui oleh penyokong Pakatan Rakyat diatas keintimannya dengan Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah.

Gay biasanya memang kuat cemburu!

Najib & Zukifli Noordin Bakal Bersaing Di Selangor

PM Najib Razak dan MP Bebas Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin bakal bersaing di Selangor namun di atas pentas yang berbeza, pada malam ini.

Najib memilih Klang, dimana beliau akan berucap di majlis perjumpaan dengan pengundi-pengundi Tionghua di Kompleks Sukan Pandamaran jam 8.00 malam.

Sementara, Zulkifli akan berucap di Dewan Rukun Tetangga SS5C (Bersebelahan Kompleks Tabung Haji), Kelana Jaya jam 9.00 malam

Mangsa Liwat Anwar Diarah Menonggeng - Sivarasa Rasiah


Butiran twitter Sivarasa Rasiah mendedahkan mangsa liwat Anwar telah mendakwa yang dia (mangsa) telah diarahkan menonggeng.

Baca butiran lanjut di MIM.

Satu Malaysia Tahu, Malah Dr Hasan Ali & Zaid Ibrahim Telah Saksikan Nik Aziz Perlu Pimpinan Najib Untuk Maju Ke Depan

Memang tidak dapat disangkal lagi dan satu Malaya pun dah tahu, malah Dr Hasan Ali sendiri telah menyaksikan, bahawa Nik Aziz perlukan pimpinan Najib untuk maju ke depan.

Walau pun, Presiden KITA Zaid Ibrahim menzahirkan tidak menyokong BN namun beliau mengiktiraf Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed sebagai calon terbaik sendiri. Mungkin atas faktor boleh maju ke depan tanpa pimpinan kot?

Inilah Reaksi Wajah Pesuruhjaya & Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Bila Setia Usaha Umumkan Dr Hasan Ali Masih Diperlukan Sebagai Exco

Inilah mimik muka Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan Timbalan Pesuruhjaya Khalid Samad yang jelas sinis, dalam reaksi mereka ketika Setia Usaha Khairuddin Osman mengumumkan bahawa Dr Hasan Ali masih diperlukan sebagai Exco dan AJK PAS Selangor.

Tonton video (di bawah) pada min 1:00 untuk pastikan reaksi mereka.


Dalam pada itu, baca pendedahan yang sememangnya Dr Hasan Ali hendak disingkirkan atas arahan Anwar Ibrahim di blog [Gelagat Anwar].

Tun Dr Mahathir Dah Kenyit Mata Kat Najib - Lepas Gong Xi Fa Cai Boleh Bubar Parlimen

Dari kenyataan di atas, Tun Dr Mahathir telah memberi hint kepada PM Najib Razak akan kesesuaian untuk membubarkan parlimen.

Apakah Najib akan ambil serius pandangan TDM?

Dalam pada itu, Rocky Bru memberikan pandangan ringkasnya seperti di bawah:-

Jika Ada Konspirasi, Bermakna Anwar Telah Bersedia Menjadi Pelaku Yang Sukarela - Pendakwa

“Anda bercakap mengenai konspirasi. konspirasi apa ? Tiada siapa pun berkonspirasi. Tidak Saiful atau (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) boleh memaksa Anwar untuk melakukannya. Jika ada konspirasi, bermakna Anwar telah bersedia menjadi pelaku yang sukarela (menjayakan konspirasi itu),” - Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Tuesday, December 13, 2011

Siapa Gerangan YB-YB UMNO Yang Bakal Gugur - Dipihak PAS Dr Hasan Ali Sudah Confirm!

Dalam sembang-sembang winnable candidate, aku dengar dari mulut seorang pemimpin tinggi parti bahawa ada YB yang popular diperingkat nasional tapi di kawasan sendiri, YB berkenaan tidak popular. Mungkinkah YB yang dimaksudkan menteri atau timbalan menteri? Atau YB berkenaan sekadar wakil rakyat?

Justeru, pemimpin tinggi berkenaan tidak menolak ramai yang bakal digugurkan atas faktor itu.

Dalam telahan diperingkat bawahan, kononnya ramai Ketua Bahagian tidak tersenarai, namun pemimpin berkenaan memberikan reaksi berbeza. Pada beliau, ada juga ketua-ketua bahagian yang kuat bekerja menyusun program, program untuk memperkukuhkan parti. Jadi, maknanya tidak semua ketua bahagian bakal tidak tersenarai.

Apa pun, nampaknya UMNO kali ini lebih berhati-hati dalam soal calon.

Ceh...... BABI

Najib Jenis Orang Yang Tak Mengacau, Tapi Memantau!


Saya berkesempatan duduk dalam satu majlis borak-borak informal dengan seorang kepimpinan tertinggi diperingkat Perhubungan UMNO Negeri.

Dalam majlis tersebut, saya memilih untuk berdiam dan tidak bercakap sepatah pun.

Akan tetapi, seorang sahabat yang agak lebih berani telah bertanya untuk mendapatkan hint calon-calon di kawasannya.

"Dato' Seri, di kawasan saya nama sipolan tu sentiasa bermain di bibir sebagai winnable candidate"

Maka dijawab oleh pemimpin berkenaan, "Jangan bermimpi disiang hari. Dalam keadaan hari ini, ketua, timbalan ketua malah ajk pun tak boleh pasang angan-angan"

Lalu disampuk pula oleh sahabat yang lain " Masakan Dato' Seri tak tahu, kan Dato' Seri baik dengan PM?"

"Eh... Kau orang ni bawa calon ke? Untuk makluman kau orang, PM ni satu orang tak kacau sesiapa, tapi dia memantau!" jawabnya.

Mungkin ada kebenaran kata-kata itu. Bak kata PM, dalam satu perjumpaan tertutup dengan penulis maya seluruh negara, 2 bulan yang lepas, "kalau boleh sesiapa yang terpilih jadi calon, jangan kacaulah ketua bahagian.....".

Selepas PRU13, Selangor Harus Ada MB Yang Garang

Duduk lepak-lepak dan borak-borak dengan rakan lama berhubung ke arah mana Selangor akan dibawa, jika BN menang.

Padanya, MB Selangor (sekiranya BN menang) mesti berwatak garang. Maknanya, MB itu disegani dan digeruni dikalangan kawan dan lawan. Alasannya, kalau MB kelihatan lembik, maka mudah dipermainkan kawan dan lawan.

Namun pada pandangan saya, terpulang kepada PM Najib dalam menentukan pilihannya. Rasanya, kalau dilihat dan dikaji matlamat Najib, pastinya ingin meletakkan dan mengekalkan Selangor No. 1 dari segi penjanaan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, PM juga boleh memilih untuk memperlahankan pergerakan ekonomi Selangor kerana biasanya dalam keadaan agresif, boleh membawa kemudaratan. Beberapa hal yang harus diambil kira, misalnya dalam isu PKFZ harus diselesaikan. Samada suka atau tidak PKFZ, harus diaktifkan dan mesti diberikan keutamaan untuk bernafas. Jika tidak, maka ia akan kekal sebagai kompleks gajah putih, malah akan menjadi tempat jin-jin bergelandangan.

Disamping itu, projek-projek terbengkalai yang ada penglibatan pemimpin BN mesti harus diselesaikan. Ini semua adalah untuk mengelakkan ia akan menjadi isu yang bakal dimainkan oleh pembangkang.

Apa pun, terpulang kepada PM untuk memilih dan yang pasti beliau mempunyai penasihat-penasihatnya dalam hal yang berkenaan.

Bila Habis Edah Hasan Ali Akan Menyeberang Jambatan?


Jangan under rate Dr Hasan Ali. Dia anak jati Selangor. Samada saudara mara sebelah ibu, mahu pun sebelah bapanya merata di kawasan-kawasan parlimen Kapar, Klang dan Kota Raja. Sedikit sebanyak ia memberi impak kepada hala mana yang dipilihnya.

Kenyataannya di atas adalah berterus terang.

Perlu diimbas kembali, Hasan adalah jeneral bersama disamping Khalid Ibrahim dalam mengepalai Barisan Alternatif (BA), disaat PR belum wujud sama sekali. Selain dari izin Allah, usaha manusia yang dijana oleh dua orang ini, telah menyebabkan beberapa kerusi UMNO telah dirampas oleh PAS dan PKR.

Semasa PRU12, masing-masing menjawat Pesuruhjaya PAS dan Pengerusi PKR Selangor. Hakikatnya, kekuatan BA bertunjang pada mereka.

Hint telah diberi. Bak kata Hasan ketidakpastian adalah politik dan yang pasti itu bukan politik. Nada yang penuh dengan teka teki.

Mudah sahaja untuk Hasan, kalau dah habis edah kelak datanglah menyeberang ke sebelah sini.

ABU Jahal & ABU Lahab Kalau Berani Adakan Rapat Rakyat Di Ijok

Monday, December 12, 2011

Najib Bantu MCA Hambat Keluar Ronnie Liu Dari DUN Pandamaran

Majlis Bertemu Pelanggan JKKK (P) Pandamaran pada 10/12/2011

PM DS Najib Razak mungkin tidak mahu berlengah. Ronnie Liu harus dinyahkan dari kawasan DUN yang diwakilinya, Pandamaran.


Dengan respons yang semakin baik dikalangan pengundi-pengundi Cina di Pandamaran, Najib akan akan hadir bersama masyarakat Cina sempena majlis perayaan tokong-tokong Tao Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, pada 14 Disember 2011, jam 8 malam.

Ini merupakan lawatan kedua Najib ke Pandamaran, setelah perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2010.