Padanya, MB Selangor (sekiranya BN menang) mesti berwatak garang. Maknanya, MB itu disegani dan digeruni dikalangan kawan dan lawan. Alasannya, kalau MB kelihatan lembik, maka mudah dipermainkan kawan dan lawan.
Namun pada pandangan saya, terpulang kepada PM Najib dalam menentukan pilihannya. Rasanya, kalau dilihat dan dikaji matlamat Najib, pastinya ingin meletakkan dan mengekalkan Selangor No. 1 dari segi penjanaan ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, PM juga boleh memilih untuk memperlahankan pergerakan ekonomi Selangor kerana biasanya dalam keadaan agresif, boleh membawa kemudaratan. Beberapa hal yang harus diambil kira, misalnya dalam isu PKFZ harus diselesaikan. Samada suka atau tidak PKFZ, harus diaktifkan dan mesti diberikan keutamaan untuk bernafas. Jika tidak, maka ia akan kekal sebagai kompleks gajah putih, malah akan menjadi tempat jin-jin bergelandangan.
Disamping itu, projek-projek terbengkalai yang ada penglibatan pemimpin BN mesti harus diselesaikan. Ini semua adalah untuk mengelakkan ia akan menjadi isu yang bakal dimainkan oleh pembangkang.
Apa pun, terpulang kepada PM untuk memilih dan yang pasti beliau mempunyai penasihat-penasihatnya dalam hal yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment