Friday, December 16, 2011

Tentera Amerika Berundur Dari Bumi Iraq



BAGHDAD: Tiada sepanduk berbunyi "Misi Berjaya" dan tiada perarakan kemenangan di tengah ibu negara Iraq yang dicengkam peperangan.

Tentera Amerika Syarikat hanya mengambil masa 45 minit untuk mengisytiharkan tamatnya misi mereka di Iraq seperti majlis penutup korporat di sebalik dinding konkrit yang pernah dibedil di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Sebanyak 4,487 tentera terbunuh dalam peperanagan di situ manakala lebih 100,000 rakyat Iraq menjadi korban. - [AP/Berita Harian]

No comments: