Dalam sembang-sembang winnable candidate, aku dengar dari mulut seorang pemimpin tinggi parti bahawa ada YB yang popular diperingkat nasional tapi di kawasan sendiri, YB berkenaan tidak popular. Mungkinkah YB yang dimaksudkan menteri atau timbalan menteri? Atau YB berkenaan sekadar wakil rakyat?
Justeru, pemimpin tinggi berkenaan tidak menolak ramai yang bakal digugurkan atas faktor itu.
Dalam telahan diperingkat bawahan, kononnya ramai Ketua Bahagian tidak tersenarai, namun pemimpin berkenaan memberikan reaksi berbeza. Pada beliau, ada juga ketua-ketua bahagian yang kuat bekerja menyusun program, program untuk memperkukuhkan parti. Jadi, maknanya tidak semua ketua bahagian bakal tidak tersenarai.
Apa pun, nampaknya UMNO kali ini lebih berhati-hati dalam soal calon.
2 comments:
aku ni kalau ada kuasa YB yg pertama aku gugur adalah kerismuddin yg tak perform....lepas tu TM pelajaran...menntu ex PM....menteri undang2....yg pompuan R...jalil...ismail sobri...rais yatim.....tapi kerismuddin mungkin tidak digugurkan..sepupu....bodoh mcm mana pun tak kan nak jantas...nak jantas najib??? tak mungkin unless di kantoi di pekan....
jgn tersalah gugur calon sudah la..
Post a Comment