Thursday, December 15, 2011

Najib Akan Temui Ulamak & Imam Untuk Bincang Kedudukan Dr Hasan Ali & Ust Nasha?


Najib akhir-akhir ini semakin boleh tersenyum.

Satu demi satu pertemuan membuahkan hasil.

Tatkala PAS gelandangan dengan konflik dalaman, esok Najib sendiri akan mengetuai pertemuan umarak dan ulamak beserta imam seluruh Malaysia. Kemungkinan diakhir pertemuan maka bakal terirar baiah?

PUTRAJAYA 15 Dis. - Seramai lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada barisan ulama bakal menghadiri Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur esok.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, majlis anjuran JAKIM yang diadakan buat kali ketiga selepas 2008 dan 2010, bertujuan mewujudkan kesatuan fikiran dan tindakan dalam pembangunan negara dan mengekang perpecahan yang mengundang kemudaratan kepada agama dan negara. [Bernama/Utusan]

No comments: