KOTA KINABALU 16 Dis. - Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan perikatan dengan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu (UBF) yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Bekas naib presiden PKR itu membuat pengumuman berkenaan di sini dengan kehadiran Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr. Dripin Anak Sakoi yang memegang jawatan itu selepas bekas presiden, Dr. Patau Rubis memegang jawatan pengerusi tetap parti.
Turut hadir presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidik.- [Bernama/Utusan]
Friday, December 16, 2011
Khabar Pedih Dari Borneo Untuk De Facto Anwar
Mungkin semakin sukar untuk Anwar mengembangkan pengaruh PKR di Sabah dan Sarawak. Tokoh-tokoh di kedua-dua negeri sudah punya pakatan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment