Tuesday, December 13, 2011

Bila Habis Edah Hasan Ali Akan Menyeberang Jambatan?


Jangan under rate Dr Hasan Ali. Dia anak jati Selangor. Samada saudara mara sebelah ibu, mahu pun sebelah bapanya merata di kawasan-kawasan parlimen Kapar, Klang dan Kota Raja. Sedikit sebanyak ia memberi impak kepada hala mana yang dipilihnya.

Kenyataannya di atas adalah berterus terang.

Perlu diimbas kembali, Hasan adalah jeneral bersama disamping Khalid Ibrahim dalam mengepalai Barisan Alternatif (BA), disaat PR belum wujud sama sekali. Selain dari izin Allah, usaha manusia yang dijana oleh dua orang ini, telah menyebabkan beberapa kerusi UMNO telah dirampas oleh PAS dan PKR.

Semasa PRU12, masing-masing menjawat Pesuruhjaya PAS dan Pengerusi PKR Selangor. Hakikatnya, kekuatan BA bertunjang pada mereka.

Hint telah diberi. Bak kata Hasan ketidakpastian adalah politik dan yang pasti itu bukan politik. Nada yang penuh dengan teka teki.

Mudah sahaja untuk Hasan, kalau dah habis edah kelak datanglah menyeberang ke sebelah sini.

No comments: