Saturday, June 11, 2011
Khir Toyo 'Dijerat' Atau 'Terjerat'?
Dari Klang Ke Kajang Berapa Tol Mahu Bayar Untuk Makan Sate Kajang?
UMNO Shah Alam minta kerajaan mansuh tol Batu Tiga dan Sungai Rasau
11/06/2011 5:50pmSHAH ALAM 11 Jun — UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan di sini, yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk Ahmad Nawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As”ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.
Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.
"Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik,” kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua Umno cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.
Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.
Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka. - Bernama/Utusan
Ustaz Kazim Elias Bakal Di'I.S.A'kan?
'Mood Selangor' Jadi Penentu PRU13?
Karpal Tahu Apa Anwar Buat Di Hong Kong, Thailand & Singapore
"Karpal did not hesitate to object when Saiful started to tell the court about the sodomy in Hong Kong, Singapore and Thailand. To him they were not relevant and were outside the scope of the charge and date."
Friday, June 10, 2011
Kisah Khalwat Mat Sabu Versi Bekas Pegawai JAHEIK
Kalau Mansor Othman & Malik Kasim Tak Sanggup Lantik AJK Masjid, Serah Saja Kepada Lim Guan Eng Untuk Buat Keputusan!
Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman dan Abdul Malik Kassim, Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim mengaku bahawa 'pilihanraya masjid' adalah idea mereka berdua.Kerja yang mudah jangan disusahkan. Takkan Timbalan Ketua Menteri dan Anggota Exco Kerajaan Negeri tidak membaca Enakmen Pentabiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Saya perturunkan petikan Enakmen Pentabiran Agama Islam (Negeri Pulalu Pinang) 2004.
Seksyen 96. Majlis menjadi pemegang amanah tunggal bagi masjid dan tanah yang berkaitan dengannya
(1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalam Negeri Pulau Pinang.(2) Tiap-tiap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud Enakmen ini.
Kaedah 4. Pemilihan ahli Jawatankuasa Qaryah.
(1) Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah mengemukakan dan mengesyorkan kepada Yang di-Pertua nama-nama anak qaryah dalam qaryah sesuatu masjid itu yang pada pandangannya adalah layak diIantik untuk menjadi ahli Jawatankuasa Qaryah.
(2) MAINPP, jika ia berpuas hati, bolehlah melantik orang-orang yang telah disyorkan itu menjadi Pengerusi dan ahli jawatankuasa Qaryah. Jika MAINPP tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang disyorkan itu, MAINPP bolehlah minta dikemukakan nama-nama yang lain, atau melantik mana-mana anak qaryah bagi qaryah masjid itu yang pada pandangannya adalah layak untuk menjadi Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Qaryah.
(3) Dengan seberapa segera selepas MAINPP membuat perlantikan di bawah subkaedah (2), Pengerusi yang diIantik hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Jawatankuasa Qaryah untuk melantik di antara ahli yang dilantik menjadi Pengerusi-Pengerusi biro yang ditubuhkan di bawah Kaedah 21.
Mak Lampir Nak Tambah 3 Kerusi Parlimen & 7 Kerusi DUN Selangor
Thursday, June 9, 2011
Tak Suka Mat Sabu Dewan Pemuda PAS Perak Sokong Dr Zambry?
IPOH 9 Jun - Dewan Pemuda Pas Perak menyokong permintaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia supaya laluan Lebuhraya Pantai Barat diubah ke pesisir pantai Perak.
Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, saranan Zambry itu amat bertepatan dengan perkembangan kawasan pelancongan yang terdapat di pesisiran pantai barat Perak.
Zambry semalam meminta LLM supaya mengubah laluan lebuh raya itu melalui kawasan pantai Bagan Datoh dan Manjung bagi membantu proses pembangunan kawasan pesisir pantai barat Perak.
Lebuh raya yang menelan kos RM6 bilion adalah dari Banting di Selangor ke Changkat Jering dekat Taiping. Laluan yang dicadangkan sekarang tidak melalui kawasan pantai tetapi dibina berhampiran Teluk Intan.
Raja Ahmad berkata, cadangan Zambry itu akan merancakkan pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi khususnya di Bagan Datoh dan Manjung.
"Kami mengharapkan projek ini akan membuka lambaran baru buat rakyat Perak dan sempadan Selangor," katanya. - Bernama/Utusan
Tamparan Buat Anwar Ibrahim - Najib & Azmin Akan Bertemu Di Taman Permata?
Lagi Seorang Yang Bakal Digelar 'Syaitan Bisu' Oleh PAS
“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]
Wednesday, June 8, 2011
Saifuddin Nasution Tetap Tidak Berganjak Untuk Berpindah Walau Pun Pejabatnya Dilelong
"Ini bukan masalah kepada kita. Kita adalah penyewa dan kita sewa. Jika bank mahu melelong hartanah itu dan pemilik baru mengambil alih, mereka masih perlu mematuhi perjanjian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini" – Saifuddin Nasution
Kita Lupakan Isu BBCC Sebab Musa Sheikh Fadzir & Nur Jazlan Dah Sepakat Nak Agihkan Bisnes Pada Blogger!
KDN pelawa syarikat, pertubuhan bantu daftar pendatang asing
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengalu-alukan penyertaan syarikat, persatuan atau pertubuhan yang berminat menjadi wakil bagi menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin.
2011/06/08
Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, berkata program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia."Program ini membabitkan enam pelan tindakan membabitkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin diminta mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari alman web www.moha.gov.my. Tarikh tutup permohonan ialah 10 Jun ini.
KDN menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing boleh memohon manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula hanya membabitkan majikan serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
"Salam. Program pemutihan pendatang tanpa izin (PATI) akn d umumkn x lama lg. Tujuan program ini ialah utk membantu pendatang tanpa izin utk mendapat permit kerja yg sah. Program pemutihan ini hanya blh dlakukn melalui agen agen yg d lantik. Sekiranya anda mengenali/memerlukan khidmat pemutihan, sila hubungi saya."
Baca Dulu Fakta Ini : Jangan Terpedaya Dengan Sandiwara Pertelingkahan Musa Sheikh Fadzir - Nur Jazlan!
KUALA LUMPUR 1 Jun — UDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd. pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjualan tanah itu, selain boleh membiayai projek tergendala, juga mampu mengukuhkan semula aliran tunai kewangan UDA Holdings yang kini berjumlah RM90 juta.
"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.
"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
Tuesday, June 7, 2011
Mengapa Perlu Pilihanraya Masjid Tapi Tidak di Tokong, Kuil dan Gereja?
Hadi Awang Semakin Merapu, Giat Nak Jadi Pelindung Kemungkaran
"Apa yang ada di dalam enakmen pentadbiran Islam itu bukan... itu British,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
Derma Paksa Rakyat Untuk Biayai Satelit MEASAT-3b
Hadi Dah Isytihar Tak Mahu Jadi PM - Maknanya Negara Islam & Hudud Cuma Alat Politik
Ada Sesiapa Nak Sponsor Pampers Kat Sam Ketot Untuk Sertai BERSIH 2.0?
Kalau berdasarkan ayat-ayat di atas, itu bukan cabaran tapi rayuan. Kalau cabaran, tentu ada kandungan "kalau berani tangkap kami dan sumbat dalam lokap polis". Itu baru betul cabaran.
Si Sam Ketot ni sebenarnya nak cabar Chegu Bard kot? Chegu Bard awal-awal lagi telah berikrar untuk sertai BERSIH 2.0 bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan tentunya tercabar Sam Ketot kalau tak turut serta dengan menjanjikan 5,000 anggota AMK.
Nampaknya, Sam dan Chegu Bard masing-masing nak tunjuk kekuatan. Lantaklah kau orang.
MP Subang R. Sivarasa Tak Tolong Rakyat Tapi Nak Tolong Penyamun!
Sungai Buloh nursery operators have rejected the design proposal for a revamp of the place saying it is unsuitable and unfair.
They are also unhappy that their main concern regarding the Temporary Occupation Licenses (TOL) was left unanswered during the briefing held by Yayasan Selangor Monday and plan to appeal to Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim at a meeting Tuesday.
“We want to maintain the uniqueness of the area. What Yayasan showed us in the briefing is just not possible as there is not enough space,” saidLun Wan Tau, vice president of the Association of Landscape and Agricultural Nursery Operators Subang (ALNS).
Selangor and Kuala Lumpur Landscaping and Nursery Operators Association president Lee Chee Hoong said Yayasan proposed design was something they, as landscape experts, could do themselves.
Most of the 50 nursery operators represented by the two associations attended the briefing held at Menara Yayasan Selangor in Petaling Jaya.
Many of the operators felt the proposed design was unsuitable because it would destroy the old world atmosphere of the place. “Grand plans are out of place here,” said one of the operators, Jolene Tan.
They also felt that the proposal was unfair as not all lots had the adjacent space for facilities.
Yayasan Selangor's long term plans also involve building an expo area to hold flower shows, a police kiosk as well as hiring 24-hours security and upgrading other infrastructure in the area such as lighting.
Nursery operator Thomas Varky said that some of these were unnecessary.
“Many have workers staying at the nurseries. So, we operators basically guard our own places. There has also been road upgrading in the area recently and the street lamps are as bright as day now during the night. So I do not see how these plans are relevant,” he said.
On the issue of TOL, Tan said the operators had spent “much money and time hiring surveyors and having so many meetings with all kinds of people from the Petaling Jaya City Hall to the land office in the expectation that we would obtain the TOL.”
“It is like giving us a dream and then taking it back abruptly,” she said.
While the operators have been trying to obtain the TOLs for the past three years, supported by area MP R. Sivarasa, Yayasan Selangor only presented their design proposal in November last year.
“We presented the design during a Selangor executive council meeting. We engaged an architect and surveyor to come up with the necessary details of the plan about a month before that,” said Yayasan Selangorgeneral manager Ilhan Marzuki at a press conference after the briefing.
He also said that the TOL Yayasan had received was dated June 3, adding that they had not decided on the rental of the area but hinted that it was likely to be based on the size of the lots and the facilities to be built in the area.
Sivarasa said that the matter of the TOL still remained unresolved.
“The TOL is a license and not a land grant. As such, it can be revoked at any time and this is up to the Mentri Besar,” he said, adding that there were also concerns about the lots being sub-let and the inability of the operators as individuals to improve the place overall the way a company could do.
“The area's potential as a tourist attraction for locals and foreigners can be realised by upgrading the place,” said Sivarasa.[The Star]
Monday, June 6, 2011
Mari Tengok Muka-Muka Melayu Lembah Kinrara Yang Bersama DAP
Protes PAS Tidak Mendapat Sokongan Penyokong Sendiri
Kalau Hadi Kentut, Siapa Gerangan Jadi Imam?
Hadi Bidas Dominan UMNO Dalam BN Tapi Gagal Yakinkan Dominan PAS Dalam PR
Anwar Kecundang Lagi! Hakim Sporting, Bagi Laluan Merayu Ke Mahkamah Rayuan
KUALA LUMUR 6 Jun - Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah hari ini menolak permohonan kali ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau menarik diri daripada terus mrndengar perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit.
Bagaimanapun, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan barisan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Kes itu djadualkan akan menyambung perbicaraan dengan Anwar akan memberi keterangan pada 13 Julai ini. - Utusan
Berita Yang Buat Anwar Jealous!
SHAH ALAM 6 Jun - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni yang didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bagaimanapun mengekalkan pertuduhan itu terhadap Mohamad Khir dan menangguhkan perbicaraan sehingga 8 Jun ini. - Utusan