Thursday, June 9, 2011

Tak Suka Mat Sabu Dewan Pemuda PAS Perak Sokong Dr Zambry?

Pelik juga bila Dewan Pemuda PAS Perak menzahirkan sokongan kepada Dr Zambry Abdul Kadir berhubung cadangan pindaan jajaran Lebuhraya Pantai Barat diubah melalui pesisir pantai Perak.

Apa pun hal ini amat positif dalam isu-isu kepentingan umum. Tahniah kepada DPP Perak, khususnya Timbalan Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Taliban dan Mat Sabu tak melentingkah?

IPOH 9 Jun - Dewan Pemuda Pas Perak menyokong permintaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia supaya laluan Lebuhraya Pantai Barat diubah ke pesisir pantai Perak.

Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, saranan Zambry itu amat bertepatan dengan perkembangan kawasan pelancongan yang terdapat di pesisiran pantai barat Perak.

Zambry semalam meminta LLM supaya mengubah laluan lebuh raya itu melalui kawasan pantai Bagan Datoh dan Manjung bagi membantu proses pembangunan kawasan pesisir pantai barat Perak.

Lebuh raya yang menelan kos RM6 bilion adalah dari Banting di Selangor ke Changkat Jering dekat Taiping. Laluan yang dicadangkan sekarang tidak melalui kawasan pantai tetapi dibina berhampiran Teluk Intan.

Raja Ahmad berkata, cadangan Zambry itu akan merancakkan pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi khususnya di Bagan Datoh dan Manjung.

"Kami mengharapkan projek ini akan membuka lambaran baru buat rakyat Perak dan sempadan Selangor," katanya. - Bernama/Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Baik ada makna ni.Hati hati sikit.Kalau kepala dia orang ni kaki penipu apatah lagi anak buah nya.

Tak kan mereka ini berbunyi melainkan 'ada udang di sebalik batu'.

Anonymous said...

Salam Bro,marilah kita bersangka baik kepada mereka.Baguslah kalau macam ni walaupun pembangkang tetapi menyokong mengenai perkara berkepentingan umum.Tahniah DPP Perak.