"Ini bukan masalah kepada kita. Kita adalah penyewa dan kita sewa. Jika bank mahu melelong hartanah itu dan pemilik baru mengambil alih, mereka masih perlu mematuhi perjanjian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini" – Saifuddin Nasution
Umum telah pun mengetahui bahawa esok (Khamis), Ibu Pejabat PKR yang juga menempatkan pejabatnya atas kapasiti Setia Usaha Agong PKR akan dilelong.
Sudah-sudahlah Din, bawak-bawaklah mengucap. Cukuplah dengan Anwar Ibrahim yang masih tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang walau pun sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah. Dr Khir Toyo lebih gentleman dari Anwar kerana telah serahkan gelaran 'Dato' Seri' dan Ketua Pembangkang DUN Selangor.
Lagi pun kalau hal ini berpanjangan dan dibawa ke mahkamah nanti panjang cerita dan hal yang tertutup akan terbuka. Apatah lagi kalau memang benar PKR tidak bayar sewa kepada pemilik bangunan.
P/s Kalau perlukan bantuan, aku pun boleh tolong angkatkan meja dan kerusi kau Din, keluar bangunan!
1 comment:
Pembetulan berhubung pernyataan saudara "Dr Khir Toyo lebih gentleman dari Anwar kerana telah serahkan gelaran 'Dato' Seri' dan Ketua Pembangkang DUN Selangor"
Khir Toyol tidak serahkan, tetapi diarahkan oleh Istana. Jawatan Ketua Pembangkang pula diarah oleh kepimpinan UMNO supaya dilepaskan.
Post a Comment