Kalau tak percaya, baca dibawah yang dipetik dari Berita Harian:-
KDN pelawa syarikat, pertubuhan bantu daftar pendatang asing
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengalu-alukan penyertaan syarikat, persatuan atau pertubuhan yang berminat menjadi wakil bagi menguruskan proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin.
2011/06/08
Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, berkata program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu dilaksana melalui pengwujudan sistem pendaftaran yang merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di Malaysia."Program ini membabitkan enam pelan tindakan membabitkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Amacam, ada minat? Kalau minat ada pula syaratnya;
Syarikat yang berminat menjadi wakil menguruskan pendaftaran pendatang asing tanpa izin diminta mengemukakan permohonan menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari alman web www.moha.gov.my. Tarikh tutup permohonan ialah 10 Jun ini.
KDN menetapkan hanya syarikat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pekerja asing boleh memohon manakala bagi pertubuhan atau persatuan pula hanya membabitkan majikan serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Ini apa hal, 8/6 bagitahu kat kita, 10/6 dia orang sudah tutup permohonan?
Untuk makluman semua, sebenarnya perkara ini dah dipecahlobangkan oleh pihak-pihak berkenaan sejak Mei lalu. Cuma aku ni nak tengok, samada betul atau tidak program ini.
Aku pernah terima SMS dari seseorang, pada 14/5/2011 (2.51pm) yang berbunyi:-
"Salam. Program pemutihan pendatang tanpa izin (PATI) akn d umumkn x lama lg. Tujuan program ini ialah utk membantu pendatang tanpa izin utk mendapat permit kerja yg sah. Program pemutihan ini hanya blh dlakukn melalui agen agen yg d lantik. Sekiranya anda mengenali/memerlukan khidmat pemutihan, sila hubungi saya."
Kalau inilah perangai-perangai orang-orang kat KDN, lebih baik jangan buka pelawaan. Yang paling senang, kau orang bagi-bagilah pada kawan-kawan dan ahli keluarga kau orang. Habis cerita!
No comments:
Post a Comment