Friday, June 10, 2011

Kisah Khalwat Mat Sabu Versi Bekas Pegawai JAHEIK

Menjelang PRU1999, seorang bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah diundang untuk berceramah di Pelabuhan Klang.

Saya lupa nama beliau, tetapi beliau ialah adik kepada bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan semasa kerajaan campuran Angkatan Perpaduan Ummah (APU - PAS & Semangat 46).

Ada 2 isu yang dikemukakan oleh beliau;

1. Kes Khalwat Mat Sabu

Beliau mendakwa antara anggota pasukan yang menyerbu bilik hotel yang dihuni oleh Mat Sabu dan pasangannya. Beliau memberitahu, wanita pasangan Mat Sabu tidak memakai tudung dan rambut dalam keadaan kusut. Cadar pula juga kelihatan tidak kemas.

Bekas pegawai tersebut memberi tahu bahawa Mat Sabu terlepas hanya atas sebab teknikal.

2. Perlaksanan Hukum Hudud

Dalam kempen pilihanraya 1990, PAS membawa janji "Hari ini menang, besok kita laksanakan hudud".

Tetapi tahun demi tahun berlalu, tiada apa yang dibuat. Setelah didesak dari dalam PAS dan juga cabaran demi cabaran dibuat oleh UMNO ketika itu, barulah draf enakmen berkenaan dibuat. Itu pun bukan digubal oleh peguam PAS, tetapi digubal oleh peguam Semangat 46.

1 comment:

Anonymous said...

Ustaz Azmi Masha la tu