Shamsudin Hayroni yang dituduh bersubahat dengan Dr Khir Toyo telah dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah dari pertuduhan.
SHAH ALAM 6 Jun - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni yang didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bagaimanapun mengekalkan pertuduhan itu terhadap Mohamad Khir dan menangguhkan perbicaraan sehingga 8 Jun ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment