Kebelakangan ini, saya dapati ia tidak berlaku. Saya hanya mengetahui kehadiran PM DS Najib Razak, hanya melalui hebahan di blog, mahu pun di FB. Soalnya, bagaimana pula makluman kepada mereka yang tidak membaca blog dan mereka yang tidak punya akaun FB, mahupun mereka yang punya akaun FB tapi tidak aktif?
Menjadi kebiasaan dulu, bas akan disediakan oleh pihak tertentu untuk mobilasasi khalayak menghadiri program bersama pemimpin. Kini ia tidak dilakukan. Mungkinkah kepimpinan UMNO/BN Selangor sengaja berbuat demikian, sebagai satu cara menilai mood rakyat di Selangor.
Ketika PM turun ke Tanjung Karang sedikit masa dulu, saya menjangkakan kehadiran tidak ramai. Apabila saya saya sampai ke lokasi, program telah bermula dan PM telah pun mula berucap, namun keadaan lalulintas jalan persekutuan Klang- Sabak Bernam tidak kelihatan sesak. Namun, saya terkejut bila kehadiran di lokasi berkenaan hampir 20,000 orang.
Kehadiran rakyat di Tanjung Karang
Terbaru, PM telah bersama rakyat di Gombak. Saya tidak tahu jumlah kehadiran, tetapi dari gambar di bawah (Agenda Daily) kehadiran kelihatan memberansangkan.
Kehadiran rakyat di Gombak
Jika tanpa hebahan yang agresif, bermakna UMNO/BN Selangor sengaja untuk menilai bilangan rakyat Selangor turun secara sukarela ke program yang melibatkan PM. Jadi mungkin benarlah teori yang mengatakan bahawa PILIHANRAYA HANYA AKAN DIADAKAN ATAS FAKTOR SEJAUH MANAKAH PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP BN DI SELANGOR(?)
No comments:
Post a Comment