Saturday, April 16, 2011

PKR cuma Menang 3 Kerusi? Sah Anwar Liabiliti Kepada Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim mengesahkan dirinya sebagai liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Membawa nafsu besar PKR dengan bertanding 49 kerusi di PRN Sarawak, namun sekadar menang 3 kerusi.

Lim Kit Siang awal-awal sekadar meletakkan sasaran menafikan majoriti 2/3, sebaliknya Anwar optimis PR menang dengan majoriti 2/3.

Akhirnya misi tawan Sarawak gagal.

PAS Melukut Di Tepi Gantang?

Dengan keputusan tidak rasmi PRN Sarawak 56-14-1 (BN-PR-Bebas), maka sudah sampai masanya untuk PAS menyemak kedudukan mereka.

PAS tidak harus meletakkan kedudukannya umpama melukut di tepi gantang, walhal hasratnya adalah fokus untuk menggantikan UMNO.

Bagi PAS, bukannya anda tidak kuat, tetapi atas maslahah semasa rakyat agak ragu untuk menyokong anda.

Wajarkah PAS berpaksi kepada keputusan 3-4 kerat pemimpin yang agak allergic kepada UMNO dan tidak percaya kepada perpaduan hingga membelakang harapan majoriti Melayu/Islam?

Kita Asyik Tunggu Berita PRN Sarawak Hingga Tidak Sedar Noh Telah Kecundang

Kita terlalu asyik dan ghairah menunggu keputusan PRN Sarawak, hingga tidak menyedari Noh telah kecundang akibat kurang satu pukulan.

Namun ia bukannya Dato' Noh Omar, tetapi Noh Seung-Ul, pemain golf muda Korea Selatan.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank, Noh Seung-yul, dari Korea Selatan gagal melayakkan diri untuk terus beraksi pada edisi tahun ini kerana kekurangan satu pukulan. Noh, 19, pemain termuda yang menjuarai Asian Tour Order of Merit, hanya mencatat par genap 72 untuk mengumpul satu atas par 145 untuk permainan dua hari. [Berita Harian]

Tipu Isteri Ke Kuching, Ditangkap Khalwat Di Pulau Pinang?

Barangkali tipu isteri pergi ke Sarawak, sebaliknya melencong ke Pulau Pinang Darul PR.

Akhirnya terkantoi ditangkap khalwat.

Pegawai kanan bergelar Datuk ditangkap khalwat


2011/04/16

GEORGETOWN: Seorang pegawai kanan kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringgi, di sini, awal pagi tadi.

Pegawai kanan itu ditahan kira-kira jam 4 pagi.

Penahanannya disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Sazeli Hussein. [Berita Harian]

Moga Allah Lindungi Sarawak Dari Dilanda Tsunami

Moga Allah akan lindungi Sarawak dari dilanda tsunami.

Gempa bumi sekadar 5.9 magnitud di bahagian tengah Tokyo.

2011/04/16

TOKYO: Satu gempa bumi kuat berukuran 5.9 magnitud menggegarkan tengah Tokyo di Tochigi jam 11.19 pagi tadi waktu tempatan, lapor Jabatan Meteorologi Jepun sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa terbabit dengan berita awal melaporkan beberapa bangunan turut bergegar. [Berita Harian]

Bukan 1 Omega, Tapi 2 Omega

Dalam kontroversi yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim pada hari ini, ramai yang terlepas pandang pada 1 lagi Omega yang menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, lebih sedekad yang lalu.

Baca berikut, jika ingin tahu Omega yang satu lagi.

Omega Securities

During the go-go 1990s, Datuk Tony Tiah Thee Kian stood at the top of the stockbroking heap. TA Enterprise Bhd was the largest stockbroker in town, with over 700 remisiers and a huge client base.

On Oct 12, 1990, as part of a restructuring exercise, TA Enterprise acquired TA Securities. A month later, TA Enterprise was listed on the then Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). In March 1991, TA Enterprise acquired Botly & Co Sdn Bhd.

On March 30, 1990, AT Securities Sdn Bhd, an outfit started by Tiah and his wife, changed its name to Omega Securities Sdn Bhd. Both Omega Securities and Pahang-based WK Securities were acquired by Omega Holdings Bhd on March 8, 1991.

While Omega was thriving and Tiah was busy expanding his business beyond Malaysian shores, there were hints of a scandal emerging.

In a July 1993 news report, for example, Tony Tiah came out to deny that TA Securities was in any way linked to the Union Paper Holdings Bhd scandal.

The Union Paper case involved the massive short-selling of the company’s shares on the KLSE, which resulted in the exchange having to buy in Union Paper shares. Tiah also denied that TA had suffered large contra losses due to a rather significant correction in the market then.

In 1997, things got more serious. Other names were being linked to the Tiahs, names such as businessman Datuk Soh Chee Wen.

On March 23, 1998, Tiah resigned from the KLSE committee, citing health reasons. Three weeks later, on April 9, he withdrew his resignation.

In June 1998, Omega Securities’ trading licence was terminated after it had failed to meet the KLSE’s minimum liquid funds requirement. Eleven other brokerages were placed under trading restrictions.

Tiah and Soh were charged with defrauding Omega Securities of RM424mil in a share transaction in August 1999.

Soh admitted to conspiring with Tiah in providing false statements to the stock exchange pertaining to 44,592,000 shares of Omega Holdings, between Sept 2, 1997 and Jan 12, 1998.

Tiah was fined RM3mil, in default 30 months’ imprisonment, on each charge. Soh admitted guilt to the second of two principal charges of defrauding the now-defunct Omega Securities of RM95.97mil.

On May 11, 2002, Tiah resigned as executive chairman of TA Enterprise and his wife took over the stewardship of the company. He returned to the post in August 2007. [The Star]

Apa pula kaitannya dengan Anwar? Jawapannya ada di [SINI].

Baca juga kenyataan akhbar Suruhanjaya Sekuriti bertarikh 5 Jun 1998 di [SINI].

Friday, April 15, 2011

Rakyat Sarawak Wajib Tolak Agenda Penjajahan Anwar Ibrahim

Lebih kurang 10 jam lagi rakyat Sarawak akan membuang undi dalam menentukan pihak mana yang bakal mentadbir Sarawak.

Seperkara yang perlu diingat, sejauh mana tukang karut dan tukang kempen dari Semenanjung dapat mempengaruhi dan memujuk para pengundi Sarawak dalam membuat keputusan yang amat penting tersebut.

Lain padang lain belalang. Lain daerah, maka lain pula isu-isunya. Mereka yang berada di lokaliti yang berkenaan yang lebih memahami masalah dan penyelesaiannya dan bukannya orang luar.

Untuk 71 kerusi yang dipertandingkan, biarlah akan muncul seorang yang mempunyai idea pendorong, yang boleh membimbing dan memimpin negeri kearah negeri yang maju di dalam Persekutuan Malaysia.

Sebelum ini, wujud janji-janji untuk memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak. Namun sejauh mana kebenaran janji tersebut, tidaklah dapat dipastikan. Apakah hasrat sebenar Pakatan Rakyat? Autonomi atau Penjajahan.

Foto skrin yang dipetik dari Blog Anwar Ibrahim (di atas) menceritakan segala-galanya. Tidakkah "tawan" bermaksud "jajah"?

UNDILAH BN SARAWAK!!!

Rakyat Selangor Sudah Tertipu, Harap Tidak Berulang di Sarawak

Pakatan Rakyat hanya wujud selepas keputusan PRU12 tidak memihak kepada Barisan Nasional di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Dalam kes Selangor, pakatan awal hanyalah melibatkan PAS dan PKR, atas nama Barisan Alternatif.

Di bawah ialah manifesto bersama PAS dan PKR, khusus untuk Selangor semasa PRU12 yang kebanyakan hanyalah pembohongan mereka, tanpa sebarang perlaksanaan.

UNDILAH BN SARAWAK!!!!!!


Ahli PAS Didakwa Membunuh

Warden Sekolah Agama Rakyat Al-Furqan didakwa di mahkamah majistret atas tuduhan membunuh Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 tahun. [Foto dan laporan The Star]

Sekolah berkenaan adalah dibawah jemaah pengurusan yang dipengerusikan oleh Rus'sele Eizan, seorang pemimpin PAS Kawasan Arau,


Kalaulah arwah Saiful Syazani Saiful Sopfidee dipukul oleh guru disiplin sebuah sekolah rendah kerajaan, tidak mustahil Ru'sele Eizan akan mengetuai tunjuk perasaan PAS Arau.

Memandangkan kematian Saiful Syazani di sekolah dibawah pengurusannya, beliau sekadar memohon maaf. [SINI]

Thursday, April 14, 2011

PRN Sarawak : Gelombang Biru Bakal Menenggelam Anwar Ibrahim

Dalam pilihanraya sememangnya kemenangan menjadi keutamaan.

Bagi TPM TS Muhyiddin Yassin, gelombang biru mulai dirasai dirasai diseluruh Sarawak. [Baca SINI]

Dalam pada itu, turut penting dalam pilihanraya ialah pertandingan dalam suasana persahabatan seperti ditunjukkan oleh DS Najib Razak dan TG Hadi Awang seperti video di bawah:-

Solat Hajat Pakatan Tak Mujarab - Lelaki Video Seks Telah Dikenal Pasti Oleh Polis

Gelabah.

Lain kali jangan main-main.

Berani buat berani tanggung.

Malangnya, bila kebenaran dipohon, ketibaannya dianggap pembohongan.

Baca SINI dan SINI.

BERITA TERKINI!!!!

Video seks: Polis kenal pasti lelaki terbabit

14/04/2011 4:25pm

KUALA LUMPUR 14 April – Polis telah mengenal pasti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dalam rakaman video yang didedahkan oleh trio Datuk T baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia didasarkan kepada bukti-bukti kukuh yang diperoleh oleh pihaknya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap keterangan Raja Petra Kamarudin berhubung akuan bersumpah beliau yang disiarkan oleh TV3 malam tadi jika terdapat laporan polis mengenainya. - Utusan

Dah Alang-Alang Mengadap Selitkan Sekali Pluralisme Anwar

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menghadap Agong

14/04/2011 2:30pm

KUALA LUMPUR 14 April — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam di Istana Negara. [Utusan]

Dah alang-alang mengadap tu, harap-harap dimaklumkan juga kepada YDPA berhubung dengan isu pluralisme.

HarakahDaily Sudah Seminggu Koma

Kepada rakan-rakan blogger, adalah dimaklumkan bahawa Harakahdaily sudah seminggu koma.

Itu sebabnya lamannya dah bersawang sebab dah seminggu tidak bersapu.

Sesiapa yang berkelapangan sila datang menziarah.

Kurang pasti sebabnya. Cerita kedai kopi mengatakan, dia diserang stroke, terperanjat menatap gambar Nik Aziz pakai baju 1Malaysia.

Mungkin Ada Accident Bila RPK Buat U-Turn

Kadang-kadang ada pemandu yang panas baran apabila pemandu dihadapannya membelok di pusingan U.

Dalam politik lagi lebih memanas barankan. Apabila Raja Petra Kamarudin memperjelaskan berkenaan Perakuan Berkanunnya (SD), umpama pemandu di lebuhraya, ramai blogger pro PR membrek cemas.

Contohnya Tulang Besi.

Wednesday, April 13, 2011

Husam Musa Tolak Piagam Bukit Bintang

Sesiapa pun bahkan Husam Musa pasti sukar untuk Piagam Bukit Bintang.

Betapa tidaknya, nama Bukit Bintang itu dengan sendiri memberi impak yang negatif, kepada dirinya dan PAS.

Hari ini Husam dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, tidak berminat untuk bertanding jawatan Presiden.

Skandal Bukit Bintang - Hadi Awang & Nasharuddin Mat Isa Difitnah?

Memalukan, malah terhina!

Tranformasi politik PAS terlaksana melalui PIAGAM BUKIT BINTANG.

PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Husam Musa dan Mat Sabu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Sementara bagi Naib-Naib Presiden, kawasan berkenaan telah menamakan Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Nizar Jamaluddin.
Mohd Radzi YDP PAS Bukit Bintang berkata pencalonan itu dibuat kerana Bukit Bintang percaya pemimpin berkenaan “boleh memimpin dalam suasana politik sekarang”. “Akar umbi mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan kehendak semasa tanpa memperlekehkan peranan (presiden sekarang) Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Beliau (boleh) lebih (berperanan dengan) diletakkan di Majlis Syura. (Oleh itu) Majlis Syura dapat diperkasakan dengan mengawasi dan memandu jawatan eksekutif,” katanya. [Malaysiakini]
Kenyataan di atas mungkin bermaksud bahawa kepimpinan ulama' sudah tidak relevan dalam PAS!

Shamsul Md Akin Akan Buat Laporan Polis Kehilangan Jam Omega Anwar Ibrahim?

Shamsul Md Akin menzahirkan kebimbangan Angkatan Muda Keadilan, apabila PDRM mula memberi fokus kepada pemilikan jam tangan Omega yang kini berada dalam simpanan PDRM. [Baca SINI]

Oleh kerana pengedaran video yang memaparkan imej lelaki mirip Anwar Ibrahim dan secara langsung ia mendedahkan diri ketua pembangkang berkenaan kepada fitnah.

Dengan demikian, siasatan terhadap pemilikan jam tangan Omega adalah satu cara membersihkan nama Anwar Ibrahim.

Memandangkan Anwar Ibrahim semakin buntu dengan pelbagai permasalahan peribadi, adalah dicadang kepada Shamsul, agar membisikkan kepada bossnya, supaya membuat laporan polis di atas kehilangan jam berkenaan.

Kasihan Anwar, kerana otaknya semakin buntu untuk mencari helah!

Rakyat Sarawak Harus Tahu Selangor Hampir Bankrap - Azmin Menipu Rakyat Sarawak Semasa PRK Sibu


Khusus untuk rakyat Sarawak yang bakal mengundi, jangan sesekali terpedaya dengan Azmi Ali. Air percuma di Selangor cuma untuk 20m3 pertama, walhal penggunaan isi rumah lebih daripada itu.

Tariff air Selangor adalah seperti berikut:
20m3 pertama RM0.57
15m3 berikutnya RM1.03
m3 berikutnya RM2.00
Malah, Kerajaan Selangor diwaktu ini menghadapi tuntutan saman berjumlah hampir RM0.5bilion dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Bila-bila masa Selangor boleh bankrap dibawah Pakatan Rakyat.

Tuesday, April 12, 2011

Syor Untuk Anwar Ibrahim - Cari Lawyer Kes Ini

Kalau Anwar berhajat untuk melepaskan diri dari kes yang sedang dihadapinya, disyorkan untuk mendapatkan khidmat guaman pengendali kes di bawah.

Menariknya kes ini, ialah OKT melakukan adegan asmara dengan kekasihnya, walhal mayat mangsa ada di dalam almari pakaian bilik berkenaan.

SHAH ALAM 12 April – Bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai selepas mayat Fazlina dijumpai di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang. – Utusan

Proses Penyisihan Ulama' Dalam Kepimpinan PAS Bermula Di Bukit Bintang?

Mungkinkah dengan pencalonan Husam Musa dan Mat Sabu sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, maka ia bermaksud permulaan penyisihan ulama dari memegang tampuk kepimpinan PAS?

Baca laporanya di SINI dan SINI.

UMNO sendiri telah melalui pengalaman, pengunduran diri para ulama' ekoran kegagalan mereka merebut kepimpinan UMNO satu ketika dahulu dan akhirnya tertubuhnya PAS yang menjadi seteru kepada UMNO.

Mat Sabu Diminati Ibu Beranak 3


Mat Sabu mungkin semakin semakin hensem, berketerampilan dan berwibawa hingga ibu beranak 3 pun minat pada beliau.

Baca sebabnya di SINI.

Jangan Sengaja Mempamer Telor Tanpa Cop, Label & Gred

Amat setuju dengan cadangan telur dicop, dilabel, digred dan ditanda dengan tarikh keluaran. Malah pengeluar telur juga diwajibkan untuk didaftarkan dengan Jabatan Veterinar


PUTRAJAYA 11 April - Selepas digemparkan dengan berita telur tiruan, kerajaan mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pengeluar telur agar berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin berkata, melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur tersebut.

"Sistem ini sudah diguna pakai untuk ladang-ladang besar yang mengeksport telur ke luar negara dan sekarang kita mahu pengeluar-pengeluar kecil juga mengguna pakai sistem ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Melalui sistem itu juga, beliau berkata kerajaan dapat memastikan sesebuah ladang itu akur dengan sistem penternakan yang dibenarkan termasuk dari segi makanan, vaksin dan antibiotik yang digunakan untuk ternakan.

Beliau berkata label ladang pula penting untuk memudahkan daya jejak dan tindakan diambil sekiranya terdapat sebarang kes melibatkan mana-mana telur keluaran ladang itu. - Bernama

Cadangan ini perlu untuk mengenal pasti pemilik asal telur yang telah terpamer atau sengaja dipamerkan.


Monday, April 11, 2011

Najib Bawa Masuk USD205M, Bukan Theresa Kok

Setiap tahun, Theresa Kok akan memberitahu DUN yang pelaburan di Selangor, saban tahun meningkat.

Untuk USD205M, pelaburan yang dibuat oleh OCI Corporation (konglomerat Korea Selatan) dibawa masuk oleh DS Najib sendiri.

Pelaburan tersebut untuk pembinaan kilang membuat logam silikon dan sel solar di Banting, Selangor.

Laporan penuh di SINI.

Telor Pemilik Omega Pun Palsu Juga?

Antara dua biji telor dipegang dan ditenung baik-baik, yang mana tulen dan yang mana tiruan?

Jawapannya di SINI.

Siapa Pemimpin PAS Bocorkan Rahsia Kepada Najib?

Pas pernah tentang penggabungan dalam Malaysia - PM

11/04/2011 12:47pm

BETONG 11 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat negeri ini agar menolak Pas yang pernah menentang penggabungan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia.

Sedangkan katanya, hari ini rakyat negeri ini sudah menikmati pelbagai manfaat daripada penggabungan berkenaan. - Utusan

Saifuddin Nasution Terkantoi Dengan Pembohongan Sendiri!


Akibat terlalu ghairah hendak mengantoikan orang, diri sendiri yang terkantoi.

Saifuddin Nasution ternyata berbohong. Saksikan sendiri video di atas.

Mana satu yang betul? Awalnya Saifuddin kata Anwar bersama dengan saksi-saksi jam 11.30 pagi, walhal kemudian dia kata Anwar masuk lif jam 12 tengahari.

Biar betul Din. Kat situ pun kau dah sah yang kau tu tipu rakyat 1 Malaysia!

Mahfuz Omar Pun Dah Sokong Apco!

Berdasarkan gambar di atas, seolah-olah Mahfuz Omar sudah menyokong APCO.

Ada 2 kemungkinan apabila logo 1Malaysia sanggup digunakan oleh PAS:-

1. Mengiktiraf 1Malaysia dan APCO bukan entiti Israel;
2. Memberi signal bahawa PAS bersedia bersendirian dalam survival politiknya.

Sumber foto dari Panglima Perang Cyber.

Sunday, April 10, 2011

Nik Aziz Baru Sedar, Bukan Tun Razak Yang Singkir PAS Dari BN

Mungkinkah Nik Aziz sudah sedar bahawa tersingkirnya PAS dari BN bukannya diera kepimpinan Allahyarham Tun Razak.

Adakah foto di atas menunjukkan Najib dan Nik Aziz punya satu matlamat?

Sejauh Mana Pakatan Rakyat Dapat Memupuk Kreativiti Karyawan?

Skim Wajib Tayang bermaksud pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar. Walau bagaimanapun, penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:

  • bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
  • bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.

Jika bilangan penonton kurang daripada 15%, pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.

Mampukah filem hasil Syed Azidi Aziz mendapat perlindungan dibawah Skim Wajib Tayang?

Saksikan promo filem tersebut seperti di bawah: