Tuesday, April 12, 2011

Jangan Sengaja Mempamer Telor Tanpa Cop, Label & Gred

Amat setuju dengan cadangan telur dicop, dilabel, digred dan ditanda dengan tarikh keluaran. Malah pengeluar telur juga diwajibkan untuk didaftarkan dengan Jabatan Veterinar


PUTRAJAYA 11 April - Selepas digemparkan dengan berita telur tiruan, kerajaan mengambil keputusan untuk mewajibkan semua pengeluar telur agar berdaftar dengan Jabatan Veterinar dan diberikan pensijilan untuk memastikan telur yang dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin berkata, melalui sistem itu, telur yang dikeluarkan perlu dicop dengan label ladang, gred telur dan tarikh ia dikeluarkan bagi menambah keyakinan pengguna terhadap telur tersebut.

"Sistem ini sudah diguna pakai untuk ladang-ladang besar yang mengeksport telur ke luar negara dan sekarang kita mahu pengeluar-pengeluar kecil juga mengguna pakai sistem ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Melalui sistem itu juga, beliau berkata kerajaan dapat memastikan sesebuah ladang itu akur dengan sistem penternakan yang dibenarkan termasuk dari segi makanan, vaksin dan antibiotik yang digunakan untuk ternakan.

Beliau berkata label ladang pula penting untuk memudahkan daya jejak dan tindakan diambil sekiranya terdapat sebarang kes melibatkan mana-mana telur keluaran ladang itu. - Bernama

Cadangan ini perlu untuk mengenal pasti pemilik asal telur yang telah terpamer atau sengaja dipamerkan.


No comments: